Followers

Thursday, 10 January 2013

Sapa Yang Dapat Naib Johan Ni ??


Yang pasti ini bukan gambar pemenang pertandingan memancing mahupun cabutan bertuah ! Ianya merupakan sijil gergasi yang akan diserahkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah Guan Eng kerana telah berjaya merangkul naib johan dalam acara pengurusan belanjawan negeri di semenanjung Malaysia.

Hehe pelik sungguh nama pertandingan tu noo..Apa pun baca berita kat bawah , 

GEORGETOWN: Kerajaan negeri perlu menjelaskan mengenai belanjawan negeri yang mencatatkan defisit sebanyak RM262.04 juta pada tahun ini.

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Hing Teik berkata, pihaknya bimbang kerajaan negeri akan bankrap sekiranya gagal mengawal defisit yang sudah berterusan dua tahun berturut-turut.

"Jika ia berterusan tahun ini akan menjadi tahun ketiga berturut-turut Pulau Pinang mempunyai bajet defisit. Kaedah pentadbiran sebegini tidak boleh berterusan kerana rakyat yang akan menjadi mangsa.

“Perkara ini sangat membimbangkan rakyat dan  sekiranya dibiarkan berterusan tanpa ada langkah konkrit diambil oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, negeri ini sedang menuju ke arah bankrap," katanya pada sidang media di sini.

Hing Tiek yang juga Ketua Pemuda MCA negeri berkata, berdasarkan angka yang diperolehi daripada laporan beberapa akhbar berbahasa Cina itu, kali pertama kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit pada 2011 iaitu sebanyak RM107.78 juta.

“Jumlah itu kemudiannya terus meningkat pada tahun lepas iaitu sebanyak RM105.93 juta menjadi RM213.71 juta.

"Perkara tersebut menunjukkan kerajaan negeri tidak dapat membuat perbelanjaan berhemah dan membazirkan duit rakyat," katanya.

Hing Teik berkata Guan Eng perlu memberi penjelasan sewajarnya mengenai peningkatan defisit belanjawan dua tahun berturut-turut dan mendedahkan kepada umum baki terkumpul negeri.

"Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu tampil dan menjelaskan kepada rakyat sebelum Isnin depan dan sekiranya gagal kami akan menyerahkan replika sijil pencapaian kepadanya kerana mempunyai defisit kedua tertinggi.

"Tindakan ini terpaksa dilakukan kerana BN yang mewakili rakyat, risaukan masa depan Pulau Pinang sekiranya ia bangkrap," katanya.

Psst mungkin dia tak mau jawab sebab nak gantung sijil tu dalam pejabat dia..


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels