Followers

Thursday 10 January 2013

Nizar , Harakah MUNAFIK ?!!


Tuduhan oleh Nizar dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Harakah Daily berkenaan RM207 bilion wang pampasan oleh kerajaan Jepun untuk buruh paksa yang di lesapkan oleh kerajaan akhirnya memakan diri.Tindakan yang dilihat sebagai satu lagi usaha untuk memburukkan kerajaan oleh pihak pembangkang jelas mempunyai motif lain yang lebih bersifat fitnah dan cubaan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.
Dalam kenyataan Harakah Daily (jika belum ditarik keluar) bertarikh 22 Oktober 2012 dengan jelas menyatakan Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.
Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.
Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004. 
Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.
Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.Baca Seterusnya
Bertepuk soraklah para juak-juak Pakatan Haprak dengan berita ini kerana mereka kini sudah mendapat "target" baru untuk menghentam kerajaan malah sudah ada bunyi-bunyi dan cakap-cakap puak PAS yang sudah berkira-kira mahu segera memasang bendera PAS di Putrajaya.

Namun apa yang diimpikan ternyata hanyalah khayalan semata-mata kerana laporan daripada MalaysiaKini menyentap rasa girang mereka yang sudah pun menari ala-ala "gangnam style" apabila laporan bertarikh 8 Januari 2013 bertajuk "Kedutaan Jepun tak pernah sahkan pampasan RM207b" menjadi penamat kepada tarian yang sedang rancak ditarikan.
Kedutaan Jepun hari ini berkata pihaknya "tidak pernah mengesahkan" pemberian pampasan kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada warga Malaya yang menjadi buruh paksa membina 'Landasan Keretapi Maut'.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha kedua kedutaan Takaharu Suegami berkata pampasan wang RM207 bilion yang didakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu, adalah di luar penglibatan dan pengetahuan kerajaan Jepun. 
"Kami mengingatkan kamu, bahawa pihak kedutaan tidak pernah mengesahkan RM207 bilion telah dibayar kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada mangsa projek 'Landasan Keretapi Maut'," katanya.Baca Selanjutnya 
Rujuk juga laporan berita daripada freemalaysiatoday

Kesan daripada kenyataan diatas , tiba-tiba sesuatu yang agak menarik berlaku pada 9 Januari 2013 hanya sehari selepas MalaysiaKini mengeluarkan kenyataannya.Apa lagi kalau bukan kenyataan daripada Harakah Daily yang tiba-tiba cuba memusing kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka sendiri.


Lihatlah bagaimana Harakah cuba menyelamatkan diri sendiri dengan menuding jari pula kepada portal-portal lain yang dituduh menokok tambah kenyataan mereka.Kemudiannya menyatakan bahawa Harakah tidak pernah membuat berita mengesahkan penyerahan wang pampasan bernilai RM207 bilion sedangkan dalam kenyataan terawal kita dapat membaca dengan jelas kenyataan berbunyi Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946 dan juga tuduhan Nizar yang di catatkan sendiri oleh Harakah sebagai mempunyai bukti berdokumen.

Haha lawak,lawak..Dimana integriti Harakah selaku akhbar dan saluran media utama pembangkang dalam membuat laporan ?

Mana bukti dan dokumen yang ada pada Nizar yang kononnya pembela mangsa kekejaman perang dunia kedua ?

Dan dari mana nilai RM207 bilion itu diperolehi ?

Kalau selama ini sering saja puak-puak ini menuduh UMNO dan BN sebagai kaki fitnah , apakah semua yang dicatat diatas itu hanyalah lawak jenaka sempena tahun baru ?

Agak-agaklah nak memfitnah orang sekalipun malah MMI rasa sewajarnya Harakah dan Nizar persoalkan tentang TABUNG MEMALI yang diberitakan mencecah jumlah RM1 juta yang langsung tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya.

MMI bukan buat fitnah kerana maklumat ini berdasarkan kenyataan dan pengakuan daripada C.N Al-Afgani sendiri.Baca Sini  

Dalam konteks ini Nizar dan Harakah sebenarnya sudah pun KANTOI dan selayaknya digelar MUNAFIK kerana sanggup berbohong dan mereka-reka cerita semata-mata mahu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan.

Jelas puak Pakatan Haprak perlu ditolak !

MMI.

1 comment:

  1. Cukup cuma melihat Harakah dan Nizar,kita dah boleh mengesan betapa munafiknya parti hijau kosong ni.

    ReplyDelete

Labels