Dalam diam-diam, Pakatan cuba menyelitkan agenda cauvinis Cina dalam manifesto pilihanrayanya. Agenda yang di maksudkan tak lain tak bukan ialah:
Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan menerima pakai kelayakan bagi permohonan kerja.
Walaupun dalam keadaan Kerajaan BN sedang terdesak menawan hati masyarakat Cina, tak pernah sekali pun Kerajaan BN tunduk kepada desakan Dong Zong, NGO cauvinis Cina di bawah DAP, untuk mengiktiraf kelayakan UEC bagi kemasukan ke universiti atau permohonan kerja terutamanya di perkhidmatan awam.
Mengapa?
Kerana agenda utama Kerajaan ialah perpaduan. Bagaimana kita nak terapkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia? Dengan menggalakkan rakyat Malaysia dari semua bangsa untuk bercampur-gaul sesama mereka supaya persefahaman dan persahabatan dapat dipupuk sejak dari kecil.
Dan cara utama menerapkan perpaduan sudah tentunya menerusi sistem persekolahan. Bila anak-anak dari pelbagai kaum bersekolah bersama, maka sudah tentunya ikatan antara mereka akan lebih erat.
Kalau sekarang, selepas SRJK(C), ramai orang Cina yang masuk sekolah menengah kebangsaan kerana UEC tidak diiktiraf jadi sukar nak masuk universiti atau cari kerja, tapi kalau UEC dah diiktiraf, sudah tentunya masyarakat Cina akan lebih cenderung masuk Sekolah Menengah Cina.
Kalau Kerajaan BN tunduk kepada tuntutan Dong Zong supaya UEC diiktiraf, maka orang Cina di Malaysia dari kecil sehinggalah dewasa akan bergaul dengan orang Cina sahaja dan hanya fasih dalam Bahasa Cina sahaja. Bagaimana nak pupuk perpaduan kalau dari kecil sampai dewasa tak pernah bergaul dengan orang Melayu, India dan bangsa-bangsa lain? Cakap Bahasa Melayu pun tak tahu?
Bayangkanlah, masa kecil masuk tadika Cina. Masa sekolah rendah masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Masa sekolah menengah pun masuk Sekolah Menengah Cina yang menawarkan kelulusan UEC, tak payah ambil SPM.
Jangan lupa, Dong Zong ini adalah NGO rasis di bawah DAP yang menentang pertambahan tempoh pembelajaran Bahasa Melayu di SRJK(C)! Kerajaan nak tambahkan jumlah masa pelajar di sekolah Cina belajar subjek Bahasa Melayu kerana didapati tahap penguasaan Bahasa Melayu kebanyakan pelajar sekolah Cina terlalu lemah sehingga menyebabkan mereka gagal memahami guru-guru di sekolah menengah kebangsaan. Tapi usaha murni ini ditentang Dong Zong! Tak perlu nak fasih Bahasa Melayu, kata mereka! Yang penting untuk mereka Bahasa Cina didaulatkan dan kebudayaan Cina diutamakan. Perpaduan tak penting. Suasana muhibbah antara kaum tak penting. Yang penting hanya kepentingan Cina.
Inilah agenda rasis yang dibawa oleh Dong Zong dan DAP dan secara senyap ianya didaulatkan oleh Pakatan di dalam Manifesto mereka.
Ke mana halatuju negara kalau agenda rasis seperti ini diutamakan? Adakah menang di PRU lebih penting untuk Pakatan dari perpaduan kaum? Mana pergi suara orang Melayu dalam Pakatan? Mengapa PAS dan PKR menyokong agenda rasis DAP ini? Adakah DAP sebenarnya taiko dalam Pakatan?
Kalau negara yang berpecah dengan setiap kaum semakin terasing yang kita mahu, undilah Pakatan.
Kalau kita mahukan masa depan yang gemilang dengan perpaduan kaum sebagai teras kemajuan negara, undilah BN.
Tepuk dada, tanyalah selera.
sumber apakecoh2
MMI.
No comments:
Post a Comment