Followers

Tuesday, 5 February 2013

Cegaknya Shapa Ni ????


Fuiyoo cun melecun..Siapa gadis dalam gambar kat atas tu ? Fuh kalau yang ni blogger politik pro BN mau cair Anwar semua..Kalau kat Penang pula dan tentu MPP rembat dulu ! Tapi sorry lah gang beliau sudah pun berpunya dan berita ini sudah pun disahkan.

Mesti ramai yang nak tahu siapa awek ni kan ? Haa kat bawah ni ada cita dia...


KUALA LUMPUR: Akhirnya pelakon kacak, Fizo Omar mengesahkan dirinya sedang berkawan dengan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Haas Jaafar. Fizo, 28, berkata, mereka baru sahaja menjalinkan hubungan istimewa sejak tiga bulan lalu setelah berkenalan selama beberapa tahun sebagai rakan biasa.

“Kalau boleh saya tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan cinta ini tetapi saya mengaku memang sekarang saya sedang bercinta dengan Haas. “Bagaimanapun hubungan ini masih lagi diperingkat awal dan kami sedang mengenali hati budi masing-masing,” jelasnya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke 52 Datuk Shah Rezza di sini pada Ahad.

Fizo hadir bersama kekasihnya ke majlis berkenaan dengan mengenakan pakaian dari warna sedondon iaitu putih. Dalam pada itu, Fizo berkata, sikap memahami wanita berasal dari Kedah itu telah memikat hatinya selain mempunyai pelbagai persamaan membuatkan mereka serasi. “Soal jodoh saya letakkan kepada takdir. Buat masa ini terlalu awal untuk bercakap soal kahwin tetapi saya selesa dengan Haas yang cukup sekepala dengan saya.” jelasnya.Baca Seterusnya 

Gambar kat bawah ni lagi cun bro..


Semoga ampa dua berbahagia hendaknya..Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi Chewahh macam Melodi pula !! Hehe 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels