Followers

Friday, 8 February 2013

Juak Pencacai Sudah Mula Tagih SIMPATI Rakyat !!


Barangkali kerana semakin terdesak maka cai-cai pembangkang kini sudah mula memainkan sentimen untuk mendapatkan simpati rakyat.Usaha-usaha ke arah itu semakin jelas dan kini menjadi salah satu mekanisma jentera pembangkang untuk menyaingi populariti Barisan Nasional yang kini semakin mendapat sokongan rakyat.

Gerak kerja jentera dan program transformasi yang dilakukan oleh YAB PM ternyata merupakan ancaman terbesar kepada pembangkang yang kini dilihat semakin bermasalah.Malah dalam beberapa perkara mereka dilihat bertelagah sesama sendiri sehinggakan berlakunya protes dari kalangan akar umbi parti sendiri.

Namun agak mengjengkelkan apabila usaha untuk menagih simpati rakyat itu dilihat amat memalukan sekali apatah lagi ianya dilakukan oleh barisan pembangkang yang dulunya mendabik dada merekalah yang terbaik dalam segala hal.

Paling MMI tak boleh blah apabila usaha-usaha ini turut mendapat sokongan daripada blog pro pembangkang.Selain dari itu mungkin kerana terlalu taksub kepada Pakatan Haprak dan kerana air jampi si Anwar Ibrahim , maka kini Guan Eng pula dijadikan bahan eksperimen untuk menunjukkan betapa juak-juak Pakatan Haprak ni hidup dalam keadaan serba sederhana hanya dengan sekeping gambar.


Cuba kita perhati sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Puan Betty Chew, isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang memperlihatkan Lim Guan Eng sedang memasak di dapur. Mungkin apa yang orang hanya pandang ialah perbuatan Guan Eng memasak di rumah. Santai di dapur dengan rambutnya juga yang tidak diminyak. 

Tetapi cuba pandang sedikit ke belakang dan lihat ruang dapurnya yang serba sederhana itu. Rak plastik yang bersepah dijual di pasar borong. Kain lap yang selalunya dijual lima helai sepuluh ringgit di pasar malam. Siap ada lesung batu yang terceruk. Pemimpin yang rendah hati dan baik budi inilah yang ditohmah siang malam dengan fitnah yang akhirnya dibuktikan tidak benar di mahkamah.Baca Seterusnya

Kalau Guan Eng kini hidup cara sederhana macam mana pula Mat Sabu hari ini yang dah merayap merata tempat dengan Alphardnya ? Itu belum masuk Anwar,Azmin malah Nga dan Ngeh di Perak begitu juga dengan pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Haprak.

Ampa semua pakat-pakat besaq dah , pikiaq tengoklah !! 

Terdesak sungguh puak-puak ni sampai ampu macam tu sekali...

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels