Pasti semua sudah sedia maklum Psy Gangnam akan beraksi di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 nanti sempena Sambutan Hari Raya Cina.Macam-macam isu timbul daripada soal pembaziran , wang rakyat hinggalah kepada pesanan Nik Aziz supaya Psy bertudung.
Namun apa agaknya yang akan berlaku sekiranya Rejim DAPigs dan juak-juaknya yang membawa Psy ke Pulau Pinang ?
Sebelum ini, DAPigs melancarkan video “Ubah Rocket Style”. Parodi kepada Video Klip Oppa Gangnam Style yang menjadi fenomena dunia dan digilai ramai. Pelancaran “Ubah Rocket Style” oleh DAPigs menunjukkan Gangnam Stlye sangat diminati oleh kaum Cina dan tidak kurang juga orang Melayu dan bangsa-bangsa lain.
Dalam video klip yang diterbitkan oleh Tony Pua itu, DAPigs memuatkan isu-isu yang mereka bangkitkan seperti harga barangan, tawaran ‘percuma’ dan termasuk juga ‘menghina’ Dato Seri Najib dan Rosmah Mansor dengan menunjukkan gambar Altantuya dan wanita perwatakan Rosmah.
Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini, Barisan Nasional Pulau Pinang khususnya parti Gerakan dan MCA akan menjemput penyanyi terkenal, PSY ke majlis sambutan tersebut.
Satu isu yang timbul. Pembangkang terutamanya DAPigs mempertikaikan wang yang digunakan oleh BN untuk membayar PSY dan mengatakan BN menggunakan wang rakyat untuk konsert tersebut. Ya! Memang benar, BN mengumumkan bahawa bayaran persembahan dibayar oleh ‘rakyat’ iaitu sebuah syarikat event yang bernama Mega Ultimate.
Soal bayaran ini, ianya adalah mengikut persepsi. BN sudah mengumumkan sumber bayaran tersebut tetapi Pakatan Pembangkang masih mempolitikkan isu tersebut yang dikatakan menipu dan sebagainya. Itu terpulang kepada mereka kerana biasalah parti lawan akan timbulkan persepsi yang tidak baik kepada parti satu lagi. Itu lumrah.
Ahli Politik khasnya daripada golongan ‘agama’ mempertikaikan penganjuran konsert itu adalah suatu pembaziran. Wang tersebut katanya boleh digunakan untuk kepentingan rakyat. Apabila difikir memang membazir, tetapi duit itu adalah duit syarikat dan bukannnya duit kerajaan, kita tidak mempunyai hak untuk memaksa si pemilik wang memberi kepada kita.
ITU BUKAN ISUNYA
Bayaran, lagha, membazir rasanya bukan isunya.
Isunya adalah kerana Barisan Nasional yang anjurkan konsert itu. Bagaimana pula jika DAP pula yang menganjurkan konsert itu? Apakah komen Nik Aziz dan politikus pembangkang yang lain?
Adakah jawapannya : “Tak apa, kita nak tarik orang Cina, biarkan mereka berhibur ikut cara mereka. Bayar mahal pun tak apa, bukan duit kita!”.
Jangan hanya kerana BN yang buat, heboh semuanya salah dan keluar hukum hakam. Apabila diri sendiri yang lakukan, semuanya boleh dan keluar hukum-hakam Tahaluf Siyasi?
Pembangkang kata BN adalah UMNO, ketuanya Najib Razak dan BN buat konsert yang seperti itu. Tapi bagaimana pula jika Pakatan Rakyat yang buat konsert? Bukankah Anwar Ibrahim ketuanya? Bukankah Anwar Ibrahim juga sekarang heboh berjoget di atas pentas ‘dakwah’nya? Baca Sini
DAP mungkin berasa terugat dengan ‘PSY Sebenar’ yang mungkin boleh melenyapkan terus “Ubah Rocket Style”? Mungkin juga DAP berasa tergugat dengan Gerakan yang dilihat dengan adanya konsert ini dapat menarik kaum Cina seramai 60,000 orang Cina ke konsert itu dan memberi publisiti kepada BN?
Namun ada sesuatu yang lebih besar dan lebih penting yang harus kita semua ketahui sebagai orang Melayu dan beragama Islam !
Jangan pula kita bergaduh lagi dengan isu DAP-GERAKAN-MCA ini. Mereka gaduh-gaduh, tiba-tiba mereka sama-sama tengok konsert, kita pula yang berkelahi dengan politik kepartian yang melampau!
Akhirnya, kaum lain yang untung, umat Melayu yang rugi! Nauzubillah!
“Jangan main-main”, kata Karpal Singh.
OPAH GANYANG KANG!!
MMI.
No comments:
Post a Comment