Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.
Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.
Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.
Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.
"Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”)
Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.
"Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).
Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.
Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.
Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.
Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).
Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.
Seperti sebelum ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara.
Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan Misuari)
Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti? sumber theunreportednews
Apa yang sedang berlaku mutakir ini amat membimbangkan khususnya kepada negara.Melihat kronologi kejadian demi kejadian yang berlaku sebelum ini kita harus lebih berhati-hati kerana kini sudah ada pihak-pihak di luar sana yang sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kuasa.
Kebarangkalian sesuatu yang lebih dasyat mungkin berlaku selepas ini tidak dapat di nafikan..Persoalannya sejauh mana ianya ada kaitan dengan pembangkang ?
MMI.
Yg jadi tanda tanya seluruh rakyat adalah bagaimana mereka bleh bolos dgn begitu mudah? 100 org, dgn bersenjata, bkn suatu perkara yg bleh di ambil mudah? apakah keselamatan negara kita begitu longgar sehingga bgitu mudah org asing mnceroboh negara kita? kita marah apabila keselamatan negara kita di perlekehkan, tapi apa yg berlaku ini, tidak kah mnjawab segala tohmahan tersebut??
ReplyDeleteSungguh pelik artikel yang ditulis ni ........100 orang bersenjata boleh lolos dengan mudah tiba tiba Anwar Ibrahim bersedia nak lancar Arab spring di Malaysia . Adakah penulis cuba untuk mengolah persetujuan berkenaan Arab Spring di Malaysia .Malang sungguh artikel ini........ an insult of intelligent to every Malaysian !!!
ReplyDeleteKeselamatan negara mmg tidak dinafikan lg...Mmg terbaik.. jika tidak benar, anggota tentere Malaysia tidak akan dimintak untuk ke Lubnan utk mengawal keamanan disana atau lebih di kenali sebagai pengaman PBB.. Kejadian yg berlaku di lahat datu adalah kejadian yg dirancang oleh org dlm.. senang cerita ANUAR AL-JUBURI.. Ini semua kerana terdesak mahu menjadi pemerintah Malaysia.. kita semua kenal mcm mana anuar-aljuburi nie.. PELAKON NO1.. buat sakit pandai.. putar belit pandai.. PEMBOHONG no1 lah dll.. Fikir logik sikit la... Klu negara xanam kita dah hidup mcm PALESTIN dah...
ReplyDeleteCik hamidah ngan anon: kalau perairan malaysia ni sebesar padang bola pasti tak akan ada yang lepas nye,sedangkan amerika yang sebegitu canggih pun ada pencoroboh sempadan yang lepas,apa cer..dan tolong baca skit geografi malaysia. Ada akai pakai..
ReplyDeleteCUBA KITA SEMUA RENUNGKAN BETAPA LUASNYA SEMPADAN PERAIRAN NEGARA KITA DARI PERLIS HINGGA KE SABAH DAN DENGAN JUMLAH ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERHAD ADALAH MUSTAHIL UNTUK MEMANTAU SETIAP INCI BUMI MALAYSIA SEPANJANG MASA.PENCEROBOH DAN PENDATANG ASING PULA AKAN MENGELAK KWS STRATEGIK YANG DIKAWAL KETAT,PENCEROBOH DI SABAH MASUK MENYAMAR SEBAGAI ORANG TEMPATAN YAKNI NELAYAN,PENIAGA DAN PENCARI MUTIARA,MAKA RAKYAT ATAU MASYARAKAT UMUM MESTI MEMBERI KERJASAMA DENGAN ANGGOTA KESELAMATAN.SAMA SAMA MENJAGA KEDAULATAN NEGARA.
ReplyDelete