Followers

Sunday, 3 February 2013

PSY Gangnam - PENCACAI Pembangkang MENGELUPUR !!


Tu dia tiba-tiba nama Psy Gangnam ni POPULAR semula , dah lah popular di seluruh dunia sekarang lagi popular tapi semuanya kerana berita yang menyatakan BN Negeri Pulau Pinang dah tempah mamat ni untuk buat persembahan masa program sambutan tahun baru Cina nanti.Baca Sini

Yang menghairankan tiba-tiba juak pencacai pembangkang mengelupur bukan main lagi siap kata kerajaan bazir duit rakyat.Alo bro dari segi harga semua pihak sedia maklum memang mahal untuk bawa Psy sebab beliau dah jadi antara selebriti paling popular di dunia.

MMI bukan kata bayar lebih-lebih tu tak membazir tapi kalau pihak BN cekap mengawal pengurusan kewangannya apalah sangat dengan duit tu kalau kita bawa si Psy tu untuk hiburkan warga Pulau Pinang sempena sambutan hari raya Cina ? Itu belum MMI cerita penajaan daripada pihak-pihak swasta dan badan-badan tertentu yang kalau nak cerita bukan setakat RM2 juta malah lebih dari tu pun boleh dapat.

Seperkara yang kita kena tau salah sangatkah kita membayar sesuatu harga semata-mata bagi meraikan warga Cina di Pulau Pinang khususnya sempena Sambutan Tahun Baru Cina ? 

Pakai duit rakyat ? Lupakah ampa 3 himpunan BERSIH dah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan akibat daripada tindakan dan kejadian yang berlaku.Pernah tanya berapa ? Duit sapa tu ?

Dah tu pula ada juga siamang dan ungka yang mengambil kesempatan daripada isu ini untuk balun YAB PM dan isterinya.Apa kena mengena YAB PM dan isteri dengan program peringkat negeri Pulau Pinang ni ? Mereka hanya tetamu jemputan beb ! Yang susun dan atur semuanya pengurusan BN negeri Pulau Pinang.

Mau reti sikitlah kalau nak cari isu sekalipun..Menghormati hak bangsa lain tanpa membelakangkan perlembagaan negara tak salah pun.Kalau ada mana-mana pihak dari kalangan orang Islam yang kurang selesa dengan kehadiran Psy ni senang saja..JANGAN PI LAH BRO !! Nama pun sambutan hari raya Cina..

Bab pemimpin ampa jangan dok petikailah sebab itu tugas pemimpin untuk bersama rakyat.Kalau nak bising juga awat yang senyap bila Anwar Ibrahim menari atas pentas dalam majlis kaum India ? Nik Aziz bersama sami wat Siam ? Agak-agaklah !! Baca Sini dan Sini.

Sebagai rakyat MMI sudah pun menyatakan dalam entri sebelum ini nak bawa Psy Gangnam bawalah tapi kena pastikan beliau menghormati adab dan budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Paling MMI tak boleh blah bila siamang dan ungka tiba-tiba bangun mengelupur sedangkan benda tak berlaku lagi pun.Malah soal pembayaran pun sejauh mana bukti yang menyatakan BN Pulau Pinang bayar sampai RM2 juta awat hampa dah selongkar abih dah ? Kalau setakat tanya pihak Psy memanglah dia kata pembayaran banyak ni banyak tu tapi tau ka ampa sapa lagi yang "contribute" dalam pembayaran tersebut ?

Lebih menghairankan bab Psy nak mai buat persembahan bukan main ligat lagi komen sana komen sini tapi pemimpin sendiri sampai telanjang bulat tak pula mengamuk noo ???


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels