Followers

Thursday 21 February 2013

TERKINI PAS Kedah BERGOLAK Azizan ISTIHAR Masuk UMNO ??!!!

Gambar Hiasan
Sekali di Kedah pun sudah bergolak derr...Malah pergolakan dalaman parti PAS yang semakin meruncing ini sudah pasti mampu merencatkan segala perancangan puak pembangkang di Kedah dalam menghadapi PRU13.

Apa jadi sekalipun , tindakan 11 ADUN mendesak Azizan supaya berundur bukan perkara kecil.Sudah pasti ada sesuatu yang kini menjadi buah mulut juak-juak Pakatan Haprak.

ALOR SETAR: Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu. 

Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Megat Dewa, Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa. 

"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini. 

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas. 

Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya. 

"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri. 

Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS. 

Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka. 

"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya. 

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata, setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan. 

"Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya. - BERNAMA

Berdasarkan sumber yang MMI terima di katakan Datuk Phahrolrazi sebenarnya mengetuai kumpulan 11 ADUN tersebut mendesak Azizan supaya berundur kerana dasar yang diguna pakai oleh Azizan selaku Menteri Besar tidak dipersetujui oleh kebanyakkan pimpinan PAS dan pembangkang di Kedah.

Sejauh mana kebenarannya MMI sendiri kurang pasti tapi Isu ini sebenarnya sudah lama berlegar di Kedah dan hanya menanti masa sahaja untuk meletup.

Cukup setakat itu dulu kita tengok apa yang akan berlaku seterusnya cumanya MMI nak ingatkan pada ampa semua puak-puak PAS yang kini menentang Azizan lebih RAKUS dari apa yang ampa semua bayangkan.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels