SEBENARNYA shisha lebih berbahaya daripada sebatang rokok." Itulah reaksi awal yang diutarakan oleh Consultant Resporatory Physician, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Sundari Ampikaipakan sebaik sahaja ditanya tahap berbahaya shisha jika dibandingkan dengan rokok.
Ini kerana jika dilihat daripada cara pengambilannya, lazimnya shisha akan dihisap antara 45 minit hingga satu jam manakala sebatang rokok pula hanya sekitar lima minit.
Ia secara tidak langsung menjadikan asap yang disedut ketika 'menikmati' shisha lebih banyak berbanding sebatang rokok.
Menurut Dr. Sundari lagi, walaupun hakikatnya kandungan nikotin di dalam shisha tidak mencecah satu peratus tetapi orang ramai seharusnya sedar cara pembakaran yang menggunakan arang adalah berbahaya.
Katanya, pembakaran cara tersebut sebenarnya lebih banyak membebaskan karbon monoksida malahan arang itu sendiri mampu memudaratkan kesihatan.
"Saya berpendapat mereka yang menghisap shisha sebenarnya tidak mengetahui tahap serta risiko bahaya yang mereka bakal hadapi.
"Ini kerana cara pembakarannya berbeza berbanding rokok dan biasanya shisha hanya salah satu alternatif lain untuk mereka beralih daripada rokok.
"Tetapi hakikatnya kesan daripada menghisap shisha adalah sama kerana kandungan bahan yang dibakar juga mengandungi bahan kimia," ulas beliau lanjut.
Tambahnya, seperti juga rokok, penghisap shisha juga boleh menghidap barah mulut, mendapat masalah paru-paru serta banyak lagi penyakit yang boleh didapati hasil daripada aktiviti tersebut.
Malahan akibat daripada aktiviti tersebut peningkatan penyakit kanser semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Dalam masa yang sama, mereka yang sering berkongsi paip juga terdedah kepada penyakit-penyakit bawaan orang lain kerana ia boleh dipindahkan melalui paip yang dikongsi bersama.
Dr. Sundari turut mendedahkan tiadanya kesedaran mengenai bahaya shisha di kalangan penggemarnya adalah kerana tidak banyak kajian yang dilakukan serta tiada bukti-bukti kukuh dikemukakan yang mampu dijadikan sempadan.
Untuk itu mereka beranggapan menghisap shisha melalui peralatan paip air yang menegak kurang risikonya jika hendak dibandingkan dengan mereka yang menghisap rokok.
Mengulas lanjut mengenai pengambilan shisha dalam kalangan remaja hari ini, katanya golongan tersebut mudah terikut-ikut dengan trend yang menular tambahan pula apabila mereka dapati shisha mempunyai pelbagai perasa serta baunya juga harum.
Jadi tanpa ragu-ragu mereka berpendapat shisha selamat untuk dihisap.
"Kebanyakan remaja hari ini menghisap shisha sekadar untuk bersuka ria dan golongan ini lazimnya suka mencuba sesuatu yang baru," katanya lagi.
Berbicara dari sudut ketagihan pula, jelas Dr. Sundari, pengambilan shisha tidak menjadikan seseorang itu ketagih tetapi ia boleh menjadi ketagih sekiranya ia kerap diambil.
Turut berkongsi maklumat mengenai penghisap shisha, menurut Dr. Sundari ada satu kajian yang dilakukan di Pakistan menunjukkan wanita yang menghisap shisha sehari sekali berisiko melahirkan bayi yang mengalami kurang berat badan.
Apa pun amalan menghisap shisha adalah amalan yang tidak sihat dan tidak selamat kerana risiko serta masalahnya juga adalah sama dengan penghisap rokok.
Orang sekeliling juga turut dinasihatkan agar menjauhi asap shisha kerana seperti asap rokok ia juga berbahaya dan berisiko kepada mereka yang menyedutnya.sumber utusan
MMI tak berapa layan shisha ni bro..tapi cool lah..Kalau ampa nak tau apa kaitan orang yang hisap rokok dengan hisap shisha adalah kedua-duanya golongan pengundi masa PRU13 nanti.Jadi sambail-sambil ampa layan shisha tu kempen sekali untuk undi BN nanti.
Bayang tengok 1 meja sekali layan kurang-kurang 4 5 orang , kalau 1 meja darab 500 lepas tu kali dengan 4 5 orang pula , fuh ramai tu bro..pengundi tu jangan lupa kat depa naa...
MMI.
No comments:
Post a Comment