Followers

Thursday, 21 March 2013

EKSPERIMEN ?? Hati-Hati Membuat Keputusan

Gambar Hiasan
Bereksperimen dalam memilih kerajaan bukanlah tindakan bijak kerana jika tersilap pilih kesannya berpanjangan dan dirasai generasi akan datang.

Penganalisis politik, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata pembentukkan sebuah kerajaan baharu ibarat mendirikan sebuah rumah tangga bagi menjamin kestabilan hidup pada masa depan.

Menurutnya, dalam pembinaan sesebuah negara, rakyat tidak patut membuat eksperimen kerana soal masa depan negara tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

"Rakyat perlu sedar keadaan hari ini sudah stabil walaupun pelbagai dugaan dan tohmahan dihadapi kerajaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zainal Abidin, bekas profesor madya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata kerajaan Barisan Nasional(BN) telah membuktikan mereka mampu menjalankan pemerintahan yang mantap demi kebaikan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) semalam mengingatkan rakyat jangan bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan akibat pilihan yang salah.

Bukan mudah untuk mengecapi apa yang Malaysia miliki hari ini
"Walau apapun manifesto yang dijanjikan oleh pembangkang, rakyat mahu melihat bukti dan inilah yang telah ditunjukkan BN melalui pemerintahan yang berintergriti dan pemimpinnya yang bijak," kata Zainal Abidin.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata apa yang dinikmati hari ini sudah memadai dan rakyat tidak perlu menukar kepimpinan negara kepada kepimpinan baharu.

"Sebagai bekas pesara kerajaan, saya selalu berpegang kepada "benda" yang lama, jangan mengharapkan pada perkara yang dijanjikan yang masih belum pasti," katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata peringatan perdana menteri itu demi kebaikan rakyat.

"Program GTP ini perlu diberi masa, saya takut apabila bertukar kerajaan kelak, segala program kerajaan sekarang untuk membantu rakyat belum tentu diteruskan," katanya. - BERNAMA

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels