Followers

Thursday, 21 March 2013

GEMPAR Eskay Di BURU ?!!


Nampaknya juak-juak pencacai pembangkang semakin galak setelah Azlan bapa kepada Saiful tewas di tangan mereka.MMI tak menafikan dalam keadaan segenting ini banyak pihak sudah pasti akan melakukan apa saja yang terdaya bagi memastikan agenda masing-masing tercapai.

Dalam suasana inilah mereka-mereka di luar sana amat perlu berhati-hati kerana sudah pasti akan ada tawaran-tawaran tertentu yang mampu menyebabkan kita angkat kaki meninggalkan pendirian malah mungkin menjual maruah diri sendiri.

Bukan senang untuk berdepan dengan situasi ini apatah lagi yang dihamburkan itu berupa wang ringgit , sesiapa pun mampu goyang sekiranya jutaan ringgit berada di depan mata ! Namun dalam berdepan dengan cabaran ini hanya iman dan takwa sahaja yang memisahkan kita dengan sesiapa sahaja.

Begitu jugalah dengan perkembangan terbaru ini apabila diberitakan Datuk Eskay juga kini diburu !!

Tengahari Khamis, salah seorang anggota trio itu,Tan Sri Rahim Thamby Chik telah mengadakan sidang akhbar di Ampang dekat Kuala Lumpur.

Tujuan beliau ialah untuk mendedahkan ada usaha pihak tertentu untuk pujuk Datuk Sharzly Eskay Abdullah, bekas rakan Datuk Seri Anwar  Ibrahim yang membuat pendedahan berkenaan buat U-Turn dengan janji wang berapa saja mau.

Eskay tidak hadir di sidang akhbar itu atas sebab-sebab keselamatan. Rahim kata baru-baru ini Eskay telah diekori,dihubungi dan kemudiannya dipujuk menandatangai satu akuan bersumpah yang sudah disediakan.

Rahim menegaskan Datuk T ' is not for sale' sambil mengulangi dakwaan mereka lelaki dalam video berkenaan ialah Anwar.

Semasa isu dakwaan itu hangat dulu Eskay telah angkat sumpah dalam sebuah masjid di Sentul,Kuala Lumpur untuk tunjuk bahawa dakwaan itu benar.

Pada sidang akhbar itu Rahim menegaskan mereka Datuk T sedia disaman oleh Anwar selari dengan kata-kata popularnya yang jadi sebutan ramai sekarang " You Ulang I Saman You".

Hari ini 21 Mac 2013, juga genaplah dua tahun pendedahan kali pertama video seks tersebut dibuat oleh Rahim dan rakan-rakannya pada 21 Mac 2011. Untuk rekod mereka bertiga sudah didakwa kerana menayangkan video yang diketegorikan XXX itu tersebut kepada umum. 

Mereka semua mengaku bersalah dan tetap mendakwa bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar dan sehingga kini, selepas dua tahun, Anwar masih belum menfailkan saman terhadap ketiga-tiga mereka.

MMI yakin selepas ini lebih banyak lagi perkara-perkara sebegini akan berlaku dan kita harus bersedia bagi berdepan dengan sekumpulan manusia yang mengaku manusia namun jauh di lubuk hati mereka sebenarnya binatang yang rakus untuk terus memburu demi kepentingan diri sendiri.

Anwar Ibrahim perlu di tolak jauh-jauh !!!

MMI.

1 comment:

  1. Di satu pihak sibuk memajukan negara dan menyelesaikan masalah rakyat, di satu pihak lain sibuk nak menjawab dan menyelesaikan persoalan yg mrk sendiri timbulkan. Fikirkanlah, pihak mana nak kita pangkah !

    ReplyDelete

Labels