Followers

Thursday, 14 March 2013

GEMPAR Pulau Pinang Juga Di SERANG ?!!


Di celah-celah kekalutan insiden di Lahad Datu , MMI dimaklumkan Pulau Pinang juga turut di serang.Pertama kali mendengar maklumat tersebut hati terus tersentak apakah pangganas Sulu turut menceroboh Pulau Pinang ? Jika di serang di manakah kawasan yang menjadi tempat serangan tersebut ?

Apa mungkin berita ini masih belum keluar di mana-mana saluran media ? Pelbagai andaian timbul dan bermain di kepala memandangkan ramai sahabat-sahabat serta kenalan MMI berada di Pulau Pinang.

Setelah meneliti kesahihan maklumat tersebut sememang serangan tersebut berlaku !!

Cuma serangan di Pulau Pinang ini agak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah.

Sebenarnya menurut laporan daripada mypenangonline diberitakan kini trend warga asing membeli atau mendiami taman perumahan baharu yang dibina pemaju di kawasan perkampungan Melayu dibimbangi akan menyebabkan kawasan tersebut lenyap secara perlahan-lahan. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, keadaan itu berlaku berikutan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang membenarkan pemaju membina rumah-rumah mewah di celah-celah perkampungan Melayu.

Menurutnya, meskipun jumlah warga asing terbabit tidak diketahui namun perkara itu jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan orang Melayu terutama generasi muda berhijrah kerana tidak mampu membeli rumah berikutan harganya yang terlalu tinggi.

"Memang orang kampung tidak mampu membelinya termasuk pasangan muda yang baru berkahwin dan akhirnya mereka terpaksa berpindah.mypenangonline 

Walaupun ianya bukan serangan bersenjata seperti mana yang berlaku di Lahad Datu kesannya tetap sama warga Melayu yang menghuni Pulau Pinang akan terpinggir kerana pembangunan yang tidak terancang ini.

Fikirkan...

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels