Insiden pencerobohan di Lahad Datu dan kejadian tembak menembak diantara anggota keselamatan dan penceroboh kini sudah menjadi satu lagi catatan sejarah buat negara Malaysia.Gugurnya para wira mempertahankan negara membuktikan betapa anggota keselamatan kita begitu tinggi semangat juangnya.
Malah sebahagian daripada kita yang berada jauh dari kawasan kejadian sudah tentu tidak dapat merasakan bagaimana susah payahnya dan jerit perih para anggota keselamatan mempertaruhkan nyawa mereka semata-mata kerana amanah dengan tanggungjawab yang dipikul.
MMI kesal dengan sikap sesetengah pihak yang sanggup mengambil kesempatan diatas apa yang sedang berlaku bagi kepentingan politik kepartian semata-mata.
Sidang media dan kenyataan daripada Bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan berkenaan insiden ini dirasakan perlu dikongsi dengan semua.
Semestinya antara yang menarik perhatian MMI apabila Tan Sri Musa Hassan menyebut supaya Lim Kit Siang mengetuai satu pasukan keselamatan bagi menangani insiden ini dengan menggunakan "rubber bullet" atau peluru getah.
Inilah mentaliti sebahagian daripada pemimpin pembangkang yang kadang-kalanya dilihat seperti orang bodoh apabila membuat kenyataan.Baca Sini
Seperkara yang harus kita renungkan adalah kata-kata daripada Tan Sri Musa Hassan apabila beliau menyebut "Loyal citizens should help the government" dan dalam konteks ini apakah pimpinan Pakatan Haprak mempunyai ciri-ciri itu ?
Jika jawapannya tidak ! MMI yakin anda semua sudah kenal siapa pembangkang sebenarnya...
MMI.
Pembangkang cuba sedaya upaya menjadi tukang bangkang terbaik
ReplyDeleteMalangnya mentaliti sestengah drpd mereka menggambarkan seolah olah mereka ini bukan loyal citizen melainkan LAUYA CITIZEN. Seperti ayam jantan berak kapur berkokok megah tak bertempat,masa dan keadaan.