Gambar Hiasan |
Dalam kita sedang asyik berpolitik sebenarnya ada pihak-pihak tertentu lebih sibuk dari kita.Kesibukan itu bukan satu perkara biasa tetapi ianya adalah satu tindakan mahupun perancangan untuk membunuh Perdana Menteri Malaysia.
Malah ianya sudah pun berlaku sejak tahun 1988 lagi apabila pengakuan terbaru oleh CN Afghani yang belkau satu ketika dulu pada tahun 1988 pernah merancang untuk membunuh Tun Mahathir yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri.
Ikuti laporan dari Utara News berkenaan pengakuan tersebut...
Bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh diharap tidak menjadi budaya Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbuka bekas anggota Pas seumur hidup, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988.
"Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya. "Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia.
Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh. "Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada," kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen semalam.
Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Media tempatan semalam melaporkan Zainol atau lebih dikenali sebagai CN Afghani, membuat pengakuan bahawa rancangan melakukan pembunuhan itu timbul, kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir.
Apa lagi yang kita boleh kata , jika pada tahun 1988 pun perancangan ini sudah wujud maka tidak mustahil ketika ini juga tindakan yang sama boleh dilakukan.
MMI bukan menuduh tetapi biarlah pengakuan oleh CN Afghan itu menjadi pedoman kepada pasukan keselamatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana segala kemungkinan boleh berlaku.Apatah lagi dalam suasana politik negara terkini.
MMI.
No comments:
Post a Comment