Followers

Friday, 29 March 2013

PRU13 Hati-Hati Dengan Gerakan Terlindung Ini !!


Chin Peng, ketua pengganas komunis yang telah membunuh puluhan ribu rakyat dan penduduk negara ini, sehingga sekarang tidak pernah dihukum atas kesalahan yang telah dilakukannya. Bahkan sesetengah pihak yang buta kayu, buta sejarah dan berhati perut busuk mengangkat dan menyanjunginya sebagai WIRA NEGARA dan PEJUANG KEMERDEKAAN sekalipun Chin Peng sebenarnya berhasrat ingin menjajah Tanah Melayu dan dijadikan sebagai Republik Rakyat Malaya yang berkiblatkan Mao Tze Dong dan Tembok Besar China.


Parti Komunis Malaya telah menjalankan kempen keganasan bertujuan agar mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaya pada waktu itu untuk menjadi tuan baru menggantikan British setelah mereka mendakwa memperjuangkan kemerdekaan negara ini daripada Jepun dan British.

Bagaimanapun, helah sebenar Parti Komunis Malaya yang merupakan sebahagian daripada entiti penceroboh dan penjarah yang mahu meluaskan Empayar China Komunis terdedah ditambah pula dengan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan, menyebabkan parti tersebut dan para pemimpinnya ditolak oleh seluruh rakyat Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.

Ketika proses mendapatkan kad pengenalan oleh seluruh penduduk Tanah Melayu pada tahun 1951, Chin Peng dan gerombolan komunis tidak berbuat begitu kerana kesetiaan mereka bukanlah kepada negara ini tetapi kepada parti. Mereka tidak mengiktiraf Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Mereka juga tidak mahu dikenali sebagai rakyat Tanah Melayu dan kemudian rakyat Malaysia kerana beranggapan sebagai komunis, mereka tidak memerlukan mana-mana negara untuk menjadi rakyat.

Justeru, Chin Peng tidak pernah menjadi rakyat negara ini sekalipun dia dikatakan lahir di Perak oleh ibu bapanya yang merupakan imigran dari selatan China. Besar kemungkinan Chin Peng masih lagi memegang kerakyatan Republik Rakyat China memandangkan dia telah berada di negara itu untuk tempoh yang panjang selepas kekalahan Parti Komunis Malaya sebelum akhirnya memutuskan untuk tinggal di sebuah perkampungan di selatan Thailand.

Membawa pulang Chin Peng konon-kononnya sebagai WIRA NEGARA, pastinya akan menimbulkan kemarahan ekoran bahang pencerobohan Lahad Datu yang masih terasa. Berbanding dengan lanun-lanun Sulu, Chin Peng dan gerombolannya yang kerapkali mendabik dada bahawa merekalah pejuang, telah melakukan kerosakan dan kezaliman yang sangat besar kepada negara ini.

Tawaran-tawaran agar menyerah diri dan diampunkan serta kerakyatan diberikan, langsung tidak diendahkan selama ini. Jadi, mengapa ketika Chin Peng sudah hampir MAMPUS, maka dia hendak dibawa masuk ke Malaysia? Mengapa masa dia sihat dan kuat, dia tidak pernah peduli dengan segala tawaran sebaliknya tetap bertegas hendak memerangi negara ini dengan senjata api dan kekerasan?

Untuk apa?

Untuk mendapatkan sokongan daripada simpatisan Komunis dan Sosialis yang sekarang ini dilihat sedang membarah dalam masyarakat Melayu-Bumiputera terutama sekali anak muda yang langsung tidak tahu apa-apa tentang sejarah Chin Peng dan Komunisnya?

Gerakan dan kempen membawa pulang Chin Peng telah dimulakan oleh DAP tidak lama dahulu sebagai cara mendapatkan sokongan daripada masyarakat tua Cina. DAP beranggapan seluruh masyarakat Cina menyokong Komunis dan Chin Peng walaupun hakikatnya, masyarakat Cina merupakan antara yang paling teruk dizalimi oleh Komunis dan Chin Peng terutama terhadap pemaksaan menjadi Min Yuen untuk gerombolan pengganas tersebut.

Bagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia tentunya bersetuju kalau Chin Peng dibawa balik untuk diadili dan dihukum secara terbuka. Sudah tentu ramai yang mahu dan teringin benar melihat Chin Peng menjalani hukuman gantung sampai mati di tempat awam atas jenayah-jenayah yang dilakukannya. Dan sudah pasti ramai yang akan menarik nafas lega sekiranya Chin Peng tiba-tiba sahaja bertukar menjadi sekujur tubuh kaku yang sudah tidak lagi bernyawa!sumber theflyingkick 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels