Followers

Friday, 29 March 2013

Mengapa Mereka Menyerang ???? #LahadDatu


Sejak kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, banyak perkara yang menyedarkan kita berkaitan nilai sebuah keamanan. Sebab itu, banyak pihak berpendapat untuk mengekalkan keamanan, perlu ada ada sistem yang baik. Disokong dengan pelan tindakan yang bagus, supaya tidak wujud pihak yang berkecil hati dan pihak yang merasakan dirinya dipinggirkan.

MMI antara yang tersentuh bila membaca kisah-kisah anggota pasukan keselamatan, yang berkorban jiwa dan raga untuk negara. Rasanya MMI tidak segagah mereka untuk pergi bertempur, mungkin sumbangan nya dari sudut yang lain pula. Sudah pasti mereka bertahan dan bertugas dalam suasana yang tidak selesa, sama ada tempat tidur, makan minum dan pakaian. Wah memang perlu ada kekuatan. Tu belum masuk bab meninggalkan ahli keluarga untuk satu tempoh masa yang mereka sendiri tak pasti.

Pernah kita terfikir alasan apakah yang mereka berikan kepada anak-anak kecil yang bertanya "Papa nak ke mana "? Aduh terasanya hati kecil ini , MMI sebagai seorang bapa faham benar perasaan itu dan ianya bukan sesuatu yang mudah.

Kadang-kadang, akal ini tak mampu berfikir; kenapa penduduk dari puak suluk tersebut sanggup mengangkat senjata dan melancarkan perang di Sabah ? Secara logiknya, untuk menang, sememang mustahil dengan kekuatan seramai 200 orang pengikut.

Bahkan membahayakan dirinya sendiri. Takkan disebabkan kesetiaan kepada pemimpin, sampai sanggup mengambil tindakan diluar batas pemikiran manusia.MMI yakin mereka yang menceroboh juga tahu akan keadaan ini kerana pengganas-pengganas itu dikatakan pengganas yang terlatih.

Apatah lagi dari segi strategi dan taktikal dalam medan perang kekuatan seramai 200 orang untuk berdepan dengan kekuatan seluruh pasukan tentera sebuah negara seperti Malaysia ianya boleh diibaratkan sebagai kerja gila.

Namun kerja gila itu tetap diteruskan tanpa banyak soal.Apakah ada sesuatu yang menyakinkan mereka untuk terus mendarat di Lahad Datu ?

Entahlah, walau pun banyak pihak yang menggunakan peristiwa ini sebagai modal kempen politik, tapi MMI sentiasa berharap moga ianya dapat berakhir dengan segera.

Al-Fatihah untuk wira negara yang gugur di Lahad Datu..


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels