Followers

Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Tuesday, 13 August 2013

Kejadian BUNUH Di PAKA , Apa Mungkin CURFEW Selepas Ni ?


Lagi kejadian bunuh berlaku kali ini melibatkan seorang pemilik Restoran Nasi Kukus di Paka, Dungun, Terengganu.Mangsa di laporkan ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam dan terus rebah meninggal dunia ditempat kejadian.  


Kejadian di laporkan berlaku betul-betul di hadapan Restoran Nasi Kukus kepunyaan mangsa. Kereta Toyota Hilux warna hitam kepunyaan mangsa nombor pendaftaran CCL 5455 telah dilarikan oleh pembunuh. Polis kini sedang giat memburu sipembunuh..Baca Selanjutnya 

Semakin menjadi-jadi nampaknya kejadian bunuh yang berlaku di negara kita.Dalam masa yang sama semua pihak perlu faham dalam keadaan dan situasi sebegini seharusnya kita meletakkan kepercayaan kepada pasukan polis untuk menanganinya.

Namun MMI sendiri tidak dapat nafikan kebanyakkan rakyat sudah pun merasa gelisah dengan kejadian demi kejadian yang berlaku dan ianya memperlihatkan seolah-olah Malaysia tidak mempunyai undang-undang.

Seperkara yang harus kita ingat , para anggota polis sebenarnya sedang giat menjalankan tugas mereka bagi menangani kejadian jenayah cumanya dengan beberapa pindaan dan pemansuhan akta-akta tertentu barangkali memungkinkan kegiatan jenayah ini berlaku.

Dalam beberapa keadaan kita juga harus menerima hakikat faktor politik juga sebenarnya menyumbang kepada apa yang sedang berlaku.Politik yang tidak matang dan berdasarkan keuntungan parti semata-mata sebenarnya menjadi titik tolak kepada kekerapan berlakunya kegiatan jenayah bunuh ini.

Kita harus rasional bahawa kerakusan pembangkang dan kelemahan kerajaan mendepani isu-isu nasional seperti pemansuhan akta-akta tertentu adalah penyumbang terbesar kepada berlakunya kejadian seumpanya.

Untuk itu MMI rasa jangan hanya menuding jari kepada pasukan polis dan kerajaan semata-mata kerana pembangkang juga sebenarnya adalah pencetus kepada apa yang sedang berlaku.

Persoalannya apabila insiden ini di lihat semakin menjadi-jadi di mana suara pembangkang ? Dari pemerhatian MMI suara yang ada hanyalah menyalahkan kerajaan semata-mata sedangkan apa yang sepatutnya berlaku adalah sebaliknya.

Mengapa tidak semua pihak (pembangkang/kerajaan) duduk berbincang bagi mencari jalan menyelesaikan isu yang telah mengakibatkan rakyat semakin gelisah ? Persetankan tentang politik buat sementara waktu kerana yang lebih penting adalah kemakmuran dan keamanan yang selama ini menjadi milik kita semua.

Banyak yang hipokrit !!

Apa mungkin langkah mengadakan CURFEW adalah jalan terbaik menyelesaikan isu ini ?

MMI

Saturday, 10 August 2013

Bukit Bintang Sarang MAKSIAT Ada PAS Pernah TEGUR ?!!


Sengaja MMI bawakan cerita tentang Bukit Bintang ni sebabnya pembangunan pesat yang berlaku di kawasan tersebut di lihat tidak seimbang dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi sekarang ni.

MMI akui ianya telah bermula sejak lama dulu dan sejak itulah UMNO dan kerajaan BN sering saja di tuduh sebagai penyumbang kepada gejala yang tidak baik ini.Malah berdasarkan kepada cakap-cakap selama ini kerajaan di lihat GAGAL dalam menangani kegiatan-kegiatan maksiat di kawasan tersebut.

Ya , MMI setuju kerana siapa sahaja yang melalui kawasan ini atau singgah khususnya di malam hari sudah tentu akan menganggap Bukit Bintang umpama mini Hatyai di Thailand.Percaya atau tidak lelaki-lelaki berhidung belang sudah tentu dapat memuaskan nafsu serakah masing-masing , sebut saja apa yang anda inginkan sudah pasti hajat itu mampu di tunaikan janji poket mau tebal.

Disini jugalah berhimpunnya segelintir anak-anak muda yang mahu menghabiskan masa bersantai hingga ke pagi.Malah disinilah jugalah kebanyakkan anak muda kita hanyut dengan aktiviti maksiat yang boleh MMI umpamakan sebagai tanpa sempadan.  


Persoalannya apakah kita masih mahu menyalahkan kerajaan ? Rasanya terlalu kejam kalau kesalahan itu hanya di letakkan kepada kerajaan sahaja walaupun ianya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan hal-hal sebegini tidak berlaku.

Bagi MMI semua pihak sebenarnya terlibat dan turut sama menyumbang kepada gejala yang kini semakin menular khususnya di kalangan anak-anak muda.

Kalau bab politik pasti akan ada pihak tertentu yang lebih suka menuding jari kepada orang lain sedangkan perkara sebegini seharusnya menjadi tanggungjawab semua termasuklah ibu dan bapa.

Persoalan kedua mengapa ianya masih berlaku dan terus berlaku ?

Jawapan MMI mudah , kerana orang Melayu berpecah khususnya dalam dunia politik !

Kerana perpecahan inilah maka dua pihak yang sama bangsa dan agamanya saling menuding jari sesama sendiri sedangkan perkara yang lebih penting di lupakan.

Untuk sekurang-kurangnya menyelesaikan isu seperti ini orang Melayu tiada pilihan melainkan bersatu atas nama bangsa dan agama.UMNO dan PAS tidak lagi boleh menuding jari antara satu sama lain kerana ianya akan lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

MMI yakin sekiranya dua kelompok terbesar orang Melayu ini bersatu , banyak isu-isu khususnya yang melibat kepentingan orang Melayu dan agama Islam dapat di selesaikan.

Tapi sayang disaat UMNO membuka pintu untuk bersatu PAS pula lebih suka mengikut naluri hati dan dendam kesumat dengan menolaknya.

Malah mereka lebih percayakan DAP sebagai sahabat untuk mewujudkan sebuah negara ISLAM seperti mana yang mereka idam-idamkan.

Ya , mungkin ada puak-puak macai PAS yang tidak bersetuju dengan pandangan MMI namun ada satu perkara yang MMI rasa perlu untuk mereka fikir dan kalau boleh jelaskan kepada rakyat.

Kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur boleh diibaratkan sebagai Hatyai Malaysia.Ianya mula wujud sejak lama dulu dan kawasan ini pula di kuasai majoriti mereka yang berbangsa cina.

Sejak PAS bersama Pakatan Haprak pada 2008 yang lalu sehingga kini mengapa aktiviti malam di kawasan Bukit Bintang masih tidak berjaya di hapuskan ?

Kawasan Bukit Bintang merupakan kawasan yang dimenangi oleh wakil DAPigs dan ini bererti ianya berada di bawah Pakatan Haprak atau pembangkang.

Sehingga ke hari ini adakah kita pernah mendengar pemimpin PAS menegur puak-puak DAPigs ini supaya segera melakukan sesuatu kerana aktiviti sundalnya perlu di hentikan serta-merta ?

PAS yang sering melalak kononnya membangun bersama Islam pun di lihat GAGAL untuk mendepani isu di Bukit Bintang.

Rumusannya bukan sesuatu yang mudah apabila ianya berkaitan dengan puak pendatang yang kini beraja di tanah tumpah kita.Jangan sesiapa waima PAS sekalipun mendabik dada kononnya mereka merupakan kumpulan pendesak dalam Pakatan Haprak untuk menerima perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS.

Kalau dalam isu di Bukit Bintang pun PAS masih GAGAL untuk merubahnya apakah PAS mampu untuk memastikan Malaysia terus berpegang kepada perkara-perkara asas yang selama ini ini disimpan kemas dalam perlembagaan negara sekiranya Pakatan Haprak menerajui negara ?

Rasanya TIDAK !!

MMI

Saturday, 3 August 2013

NAJIB Iktiraf MeloyaKini ??? BAGUS Sangatlah Tu ...


Semalam berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Media bersama YAB Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana Putrajaya.Di beritakan lebih dari 1 ribu pengamal media dari pelbagai cabang hadir bersama-sama YAB Perdana Menteri.

Dalam majlis yang sama juga telah berlangsung penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada pengamal media yang membuat liputan insiden Lahad Datu tempoh hari.Syabas dan tahniah kepada semua pihak termasuk penerima anugerah kerana kerja kuat dan pengorbanan meninggalkan keluarga untuk berada di perbatasan bagi membuat liputan dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat di hargai.

Cumanya MMI agak terkejut dengan berita yang kini sedang tersebar apabila mendapat tahu wartawan Malaysiakini antara penerima anugerah yang agak tinggi darjatnya ini. Dua wartawan Malaysiakini tersebut adalah Nigel Aw dan Lee Long Hui. Sebelum ini anugerah yang sama telah diberikan kepada pejuang-pejuang negara seperti anggota Polis dan Tentera yang berkhidmat di Ops Lahad Datu.

Bukanlah MMI berdengki dengan mereka-mereka yang menerima anugerah tersebut kerana rakan-rakan bloggers juga antara yang  terpilih untuk menerima anugerah yang sama , kena faham yang tu noo...

Tetapi apabila ianya melibatkan wartawan MeloyaKini , rasanya seperti ada yang tak kena.

Persoalan yang bermain di fikiran MMI adalah mengapa mereka yang selama ini memutar belit kenyataan dan melakukan spin paling dasyat dalam sejarah politik tanahair sehinggakan kerajaan sendiri pun terkesan dengan berita-berita yang mereka keluarkan DIIKTIRAF peranannya ?

Tak pastilah atas kapasiti apa mereka di anugerahkan pingat sedemikian tetapi berdasarkan rekod rasanya MeloyaKini seharusnya tidak di senaraikan.

Berlambak lagi portal dan media pro-BN yang bertungkus-lumus bukan sahaja menyampaikan maklumat malah memperbetulkan setiap tohmahan serta pertahankan serangan politik pembangkang terhadap kerajaan kepada rakyat marhein sebelum ini yang seharusnya di berikan perhatian.

PELIK kenapa iktiraf MeloyaKini ???

JIKA BENARlah , agaknya inilah strategi baru pihak-pihak tertentu untuk terus memperkasakan kerajaan dan Barisan Nasional.

TAHNIAH lah .... Lagi berita Baca Sini 

MMI

Thursday, 1 August 2013

PPPM Tetap Di Lancarkan , YES Terbaik TPM !!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan tetap dilancar 6 September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Beliau yang juga Menteri Pendidikan menegaskan, kerajaan tidak akan tunduk atau berasa takut dengan desakan Dong Zong kononnya PPPM akan menghapuskan bahasa Mandarin dan sekolah-sekolah vernakular.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab membela perjuangan kaum Melayu dan negara, kita akan teruskan dasar ini tanpa rasa terganggu, tergugat atau takut berhadapan dengan mereka," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Surau Saadiah, di sini hari ini.

Sebelum ini, Dong Zhong mendakwa PPPM akan menghapuskan bahasa Mandarin dan sekolah vernakular menerusi persidangan yang diadakan persatuan tersebut sekali gus menunjukkan mereka seolah-olah dihantui dengan pelaksanaan pelan berkenaan.

Dalam pada itu, Muhyiddin mencabar Dong Zong membaca dan meneliti isi kandungan pelan berkenaan yang tidak menyebut langsung usaha memansuhkan bahasa Mandarin atau sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.

Menurutnya, PPPM yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntuk sebanyak RM125 juta yang bukan sahaja bertujuan memperkasa bidang pendidikan tetapi bahasa Melayu di sekolah kebangsaan.

"Kita mahu jadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan kepada semua kaum. Jangan jadikan usaha ini sebagai isu politik yang boleh menggugat keharmonian dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata, bidang pendidikan akan mundur jika langkah tersebut tidak diambil kerana PPPM adalah menyeluruh serta merangkumi semua aspek.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan, kerajaan turut memberi tumpuan dalam soal pendidikan Islam untuk meneruskan kemajuan sekolah agama di negara ini sesuai dengan kedudukan umat Islam sebagai masyarakat majoriti.

"Untuk itu kita akan bina sekolah menengah agama sempena nama arwah bapa saya di atas tanah seluas 6.8 hektar di daerah Muar Johor  ini," katanya.utusan 

Inilah sebenarnya yang di nantikan oleh kebanyakkan rakyat khususnya mereka yang berbangsa Melayu dan Islam , satu keputusan dan tindakan tegas sebagai kerajaan bagi melakukan sesuatu tindakan.Bukan dengan mengikut segala kata-kata dan cakap puak pembangkang.

Tahniah MMI ucapkan kepada TPM dan harapan kita supaya ketegasan seperti ini akan berterusan dan di ikuti oleh kepimpinan lain dalam kerajaan.Ingat mereka sedang cuba melemahkan kerajaan dengan menyerang kepimpinan kita.Hati-hati lah ...

MMI

Sunday, 28 July 2013

DONG JIAO ZONG Lancar PERANG TERHADAP KERAJAAN


Belum pun reda isu filem The New Village kini timbul kempen pula.Huh apa yang sedang berlaku ni ? Apakah Malaysia kini out law seperti mana yang prnah berlaku di beberapa negara di lur sana ? 

Hari ini Dong Jiao Zong secara terbuka melancarkan perang terhadap kerajaan. Persatuan cinabeng ini melancarkan perang bahawa konon-kononnya dasar pendidikan kerajaan akan datang yang memperjuangkan satu bahasa akan membantutkan pertumbuhan bahasa cina.

Persatuan cinabeng ini sedang giat mengumpulkan tandatangan untuk petisyen bantahan yang akan dikemukakan kepada kerajaan. Jangan hairan pula apabila akan ada Melayu bangsat yang turut sama menandatangani petisyen tersebut.


Selama ini segala permintaan puak-puak cinabeng ini telah sedaya-upaya dipenuhi oleh kerajaan. Kadangkala permintaan tersebut sangat jelas mengguris hati majoriti masyarakat Melayu. Tetapi untuk memastikan "keharmornian", orang Melayu terpaksa beralah walaupun orang Melayu sedar permintaan mereka semata-mata untuk kepentingan kaum cinabeng sahaja dan akan merugikan orang Melayu. 

Akhirnya PRU13 membuktikan mereka hanya sekadar meminta tetapi enggan bersama kerajaan untuk membangunkan Malaysia.

Setiap kali mereka ini tampil untuk meminta perkara yang bukan-bukan daripada kerajaan maka setiap kali itulah permintaan mereka di layan.

Persoalannya, adakah ini sememangnya satu permintaan dan keperluan atau pun ianya sekadar ingin mencetuskan huru-hara?

Di bawah adalah poster yang digunakan untuk melancarkan petisyen mengarut ini.


Di bawah ini pula poster yang digunakan oleh puak-puak Bersih.


Dimanakah persamaan di antara kedua-dua poster ini? Pastinya logo yang mempunyai lambang tangan yang menggenggam. Mungkin ada yang tidak tahu apakah maksud logo kedua-dua di atas.Video berikut ada jawapannya Klik Sini 

Jadi masih perlukah kerajaan melayan permintaan persatuan cinabeng yang sebenarnya tidak ikhlas ini? Jadi Kementerian Pendidikan sila bertindak kerana mereka sedang giat menggunakan dewan sekolah-sekolah cina untuk menyebarkan dakyah anti kerajaan ini. Untuk pengetahuan hari ini mereka telah menggunakan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Kwo, Kuala Lumpur untuk program mengumpul tandatangan dari ibu bapa untuk pertisyen ini.sumber 

Nak tunggu ada laporan dulu ka ?????

MMI

Sunday, 14 July 2013

Akta Hasutan 1948 Kenapa Di Mansuhkan ??!!!


Mungkin sesetengah daripada ampa semua beranggapan MMI akan huraikan tentang mengapa perlunya Akta Hasutan 1948 di mansuhkan oleh kerajaan.Namun jangan silap faham , sebenarnya MMI antara yang kecewa dengan keputusan ini memandangkan Malaysia sebenarnya masih memerlukannya.

Tak pasti dan langsung tak faham mengapa pemimpin-pemimpin di atas sana boleh pula berkira-kira untuk memansuhkan akta ini setelah ISA di mansuhkan sebelum itu.

MMI tak nampak relevan pemansuhannya malah menggantikannya dengan satu lagi akta yang di namakan Akta Keharmonian Nasional sebenarnya memberikan ruang yang cukup luas kepada pembangkang bagi menjaja di seluruh negara bahawa desakan demi desakan daripada mereka akhirnya membuah hasil.

Tahukah pemimpin kita dengan pemansuhan ini sebahagian besar rakyat melihat kerajaan sebenarnya tunduk kepada desakan pihak yang sering melakukan tindakan keterlaluan yang sebenarnya mampu di cegah dengan akta yang kini hanya tinggal nama ?

Berdasarkan pemerhatian MMI , dalam suasana politik negara yang agak ekstrem ini seharusnya Akta Hasutan 1948 di kekalkan manakala Akta Keharmonian Nasional pula di wujudkan.

Bukankah ianya lebih baik sekiranya kita mempunyai kedua-duanya ? Ataupun sekiranya tidak mahu mempunyai banyak akta sekiranya di kira menyemak dalam garis perundangan negara adalah lebih baik sekiranya Akta Hasutan 1948 di tambah nilai.

MMI juga tahu bahawa akta baru ini sebenarnya mampu memenuhi kecacatan yang mungkin ada pada akta yang di mansuhkan tetapi tahukah kesannya apabila kita memansuhkan akta sedia ada itu ?

Akan ada pihak yang meraikannya sebagai satu kejayaan dan bayangkan impaknya kepada politik negara !!!

Seperkara yang harus MMI ingatkan , sidang kedai kopi di mana wakil-wakil parti bersidang dengan secawan kopi sudah pun mengiktiraf pemansuhan akta ini adalah hasil usaha dan kejayaan pembangkang malah kerajaan tunduk kepada desakan pembangkang sejak ISA di mansuhkan.

Tahukah pemimpin kita jentera penerangan tanpa jawatan di sidang kedai kopi terpaksa berhadapan dengan cemuhan sebegini saban hari ? 

Walaupun ada ketikanya mereka di lihat gagal mempertahankan hujah masing-masing , MMI tidak menyalahkan mereka kerana ianya bermula di peringkat tertinggi.

Kepada sesiapa jua yang kini berada di atas sana JAGA ORANG SENDIRI SAMA !!!!

Memetik kenyataan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menegaskan Akta Hasutan harus dikekalkan bagi memelihara empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu.

Persoalannya kenapa mansuh ????

MMI

Tuesday, 25 June 2013

Politik & Jerebu ~ Apa Yang Anda Lihat ??


Ramai di kalangan teman, rakan dan pengunjung tetap blog MMI bertanyakan ke mana MMI menghilang hampir 4 hari lepas.Pertamanya MMI nak mohon maaf kepada semua dan ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang bertanya.Ada di antaranya turut bertanyakan sama ada MMI sudah mahu berhenti dari menulis di blog !! Tidak , MMI bukan PapaGomo ... Insyaallah blog jalanan bertaraf penjaja ini akan terus menyinari kehidupan seharian anda semua khususnya berita-berita tentang pentas politik negara.

Selain dari itu ada juga yang bertanya adakah MMI tidak sihat atau sakit ?? Insyaallah selagi kudrat ini masih mampu menaip maka MMI pastinya sihat cuma kadang-kalanya sakit kepala dan pening-pening tu biasalah bagi orang semacam MMI ni.

Namun sepanjang 4 hari lepas , MMI belajar sesuatu dan merasai sendiri tentang seperkara yang rasanya harus kita sama-sama kongsi dan bicarakan.Mungkin bagi sesetengahnya ianya sekadar omongan kosong tetapi tidak bagi sebahagian dari kita yang sentiasa mengikuti perkembangan tentang dunia politik Malaysia.

MMI yakin dan percaya sebut sahaja tentang politik Malaysia , ramai yang akan terbayang muka Najib dan Anwar malah mungkin sesetengahnya terbayangkan muka-muka artis yang dapat kita lihat bagai cendawan tumbuh selepas hujan untuk bergiat dalam dunia politik khususnya dalam ketika kita menghadapi PRU13 yang lalu.

Mungkin ianya sebahagian daripada rempah yang menyedapkan kawah masakan kari politik negara dan barangkali juga ianya ramuan yang di tokok tambah mengikut peredaran masa.Apa pun ianya politik dan kerana politiklah kita sama-sama membaca blog MMI hari ini.

Pasti semua sudah sedia maklum negara menghadapi JEREBU yang cukup hebat bermula di Johor dan kini ianya sudah sampai ke Pulau Pinang.Berdasarkan maklumat ianya di katakan bermula di Riau Indonesia.Keadaan ini sudah pasti akan membuatkan banyak pihak menghadapi kesulitan khususnya mereka-mereka yang mempunyai Athma,alahan dan lain-lain.

Bagaimanapun dalam satu-satu keadaan kita harus menerimanya sebagai ketentuan daripada Allah swt dan seharusnya kita perlu sama-sama mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang sedang menimpa kita semua.Insyallah MMI yakin dalam sedikit masa lagi masalah jerebu ini akan berakhir.

Namun ramai di kalangan kita sebenarnya terlupa , negara sejak sebulan yang lalu sudah pun menghadapi jerebu yang sedikit berbeza dengan jerebu kali ini.Jerebu yang melanda negara sejak sebulan atau sejak keputusan PRU13 di umumkan oleh SPR sebenarnya sama hebatnya dengan jerebu yang melanda kita hari ini.

Boleh di katakan hampir seluruh negara jerebu yang di bawa oleh Anwar Ibrahim berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Sedarkah kita bahawa jerebu tersebut turut mengundang rasa tidak selesa hampir jutaan rakyat Malaysia yang lain ?

Jerebu 505 sebenarnya sama bahayanya dengan jerebu yang kita sedang hadapi kini.Malah jerebu 505 itu bukan sahaja tidak berakhir ianya sudah sampai ke tahap indek paling berbahaya apabila sudah ada gerakan-gerakan berhimpun di Parlimen malah ada yang berkhemah seolah-olah satu perkhemahan jambori pengakap sedang berlangsung.

Jerebu 505 ini bukan sahaja sudah menyusahkan banyak pihak tetapi ianya turut mampu menyekat pertumbuhan ekonomi negara dengan keadaan kacau bilau yang berlaku apabila mereka mengambil tempat.Hati-hati kerana gerakan ini turut mendapat liputan mereka-mereka di luar sana dan ianya mampu merencatkan perancangan mana-mana pelabur untuk masuk melabur ke dalam negara kita.

Kepada anak-anak muda yang kini sedang menggengam segulung ijazah sedarlah bahawa jerebu 505 ini juga mampu menyusahkan kamu kerana tindakan macai-macai yang menjadi zarah dalam jerebu itu mampu menidakkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang diidamkan kerana sebahagian daripada usaha zarah-zarah ini mampu menyebabkan para pelabur memilih negara lain untuk membuat pelaburan.

Pernahkah anda terbayangkan apa akan berlaku kepada negara sekiranya apa yang MMI catatkan di atas berlaku ?

Seperkara lagi yang menarik perhatian MMI adalah jerebu 505 yang melanda negara baru-baru ini merupakan cetusan daripada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang kononnya sudah memiliki pelbagai bukti yang menyatakan bahawa keputusan PRU13 yang lalu adalah hasil daripada penipuan oleh kerajaan dan SPR.

Malah pada satu-satu ketika kita mendengar Anwar dan konco-konconya akan memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.Kecoh di seluruh negara pembangkang akan memboikot sidang parlimen.Namun seperti yang di jangka gertakan seperti itu hanyalah satu sandiwara pemimpin pembangkang apabila semalam menyaksikan semua ahli parlimen Malaysia mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen.

Sekali lagi jerebu 505 membuktikan niat mereka hanyalah mahu menyusahkan rakyat dan negara demi mendapatkan kuasa politik yang kini menjadi idaman setiap dari pimpinan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya di sini mengapa Anwar tidak memilih untuk mengotakan janjinya untuk bersara dari dunia politik dan memilih untuk menjadi pensyarah seperti mana yang beliau sendiri ungkapkan ?


Kepada semua gunakan akal dan fikiran anugerah tuhan sebaik-baiknya kerana kita bukan berdepan dengan musuh seperti mana serangan Portugis,Jepun dan Komunis tetapi dari bangsa dan mereka yang mengaku rakyat Malaysia.

MMI tahu tulisan ini barangkali tidak mampu menyedarkan mana-mana pihak tetapi sekurang-kurangnya kita sama-sama dapat menilai sejauh mana pembangkang benar-benar ikhlas dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Kepada semua hati-hati di luar sana kerana jerebu mampu membuatkan kita lemah dan sakit.Dalam masa yang sama hati-hati juga dengan jerebu 505 kerana mereka juga mampu merosakkan apa yang telah kita pertahan serta bina selama ini.

Anwar tersenyum girang sedangkan pada ketika itu macai-macainya bergelimpangan di luar mempertahankan jerebu 505 ?? Fikirlah.....

MMI.

Wednesday, 5 June 2013

Guan Eng & DAP Lebih TERUK Dari PAP Di Singapura !!!


MMI sendiri pun tak pasti Guan Eng ni manusia jenis apa.Sejak bergelumang dalam politik bersama DAP , mamat ni semacam langsung tak pernah menghargai jasa yang pernah negara bernama Malaysia ini berikan.Mungin sesetengah daripada puak-puak bangsat ni turut mempunyai sikap dan pandangan yang sama.

Agak pelik apabila kenyataan terbaru daripada Guan Eng yang mahu mempertahankan puak-puak bangsat yang melakukan onar di luar negara sana menghina dan memalukan Malaysia dengan melakukan demontrasi dan sebagainya sedangkan Singapura sendiri pun mengambil tindakan terhadap mana-mana rakyatnya yang melakukan kesalahan.

Malah sejak Malaysia memansuhkan akta ISA , Singapura pula langsung tidak menyentuh tentang akta ini dan sehingga ke hari ini Singapura tetap meneruskan akta ISAnya.

Sebelum ini juga Singapura turut mengenakan tindakan terhadap rakyat Malaysia yang mengadakan himpunan haram di negara republik itu.Malah beberapa ahli parlimen pembangkang dari Malaysia turut menerima amaran dari kerajaan Singapura agar tidak masuk campur urusan negara tersebut.


SINI BUKAN MALAYSIALAH… mungkin itu slogan baru negara republik tersebut terhadap ahli-ahli politik Malaysia dan mengeluarkan amaran agar tidak masuk campur soal ‘rumah tangga’ mereka.

Ini berikutan beberapa ahli parlimen pembangkang cuba nak jadi hero dengan menghantar memorendum minta negara itu beri ‘peluang kedua’ kepada  21 rakyat Malaysia yang ditahan kerana mengadakan demonstrasi ‘Blackout 505′ di negara itu.

Kementerian Luar Singapura berkata tuntutan oleh ahli Parlimen Malaysia supaya republik itu melepaskan mereka yang ditahan dilihat sebagai campur tangan asing.

“Tindakan yang melibatkan pihak asing adalah percubaan untuk mendapatkan layanan istimewa dan  terus mempolitikkan apa yang pada asasnya adalah perlaksanaan undang-undang domestik di Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di laman webnya.

Singapura menambah bahawa mereka telah sentiasa mengambil pendirian yang tegas terhadap isu-isu luar atau politik yang cuba dibawa masuk ke republik itu.

Menurut kenyataan itu, mereka tidak campur tangan soal hal ehwal dalam negeri negara-negara lain, dan mengharapkan layanan yang sama sebagai balasan.

Sebelum ini, sekumpulan rakyat Malaysia berkumpul di Merlion Park Singapura pada 8 dan 11 Mei untuk membantah keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Pada 11 Mei, 21 rakyat Malaysia telah ditangkap oleh polis Singapura. PAS kerja seorang dari suspek dan pas lawatan dua lagi suspek telah dibatalkan manakala baki 18 lagi individu sedang disiasat pihak berkuasa negara itu.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Nurul Izzah menghantar memorendum kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur meminta agar kerajaan negara itu memberi peluang kedua kepada 21 rakyat Malaysia berkenaan.

Apa yang boleh MMI simpulkan disini sememangnya Guan Eng dan DAP mempunyai niat di sebalik setiap tindakan mereka.Kini mereka cuba berlagak HERO untuk mempertahankan puak-puak bangsat di luar sana yang langsung tidak menghormati kerajaan dan negara Malaysia.

Berikut adalah kenyataan daripada Guan Eng..

DAP will fight in court for Malaysians overseas whose passports were revoked by the BN Federal government because of political involvement in opposing the corruption and abuse of power of BN. DAP will not stand idly by and watch Malaysians persecuted and victimised merely for exercising their fundamental human rights of expressing their political beliefs.

According to news reports, Immigration Director-General Datuk Alias Ahmad has confirmed that the Immigration Department would revoke the passports of 6,564 Malaysians who have been blacklisted for tarnishing the image of the country overseas, including those who took part in demonstrations overseas. Alias had earlier denied a Malay daily report quoting him as citing Section 8 of the Immigration Act 1959/63 or the Passports Act 1966 to support the decision to cancel the passports of blacklisted Malaysians.

However, by referring to the case of Federal Government vs Loh Wai Kong 1979, he insisted that the government has the right to “issue, not issue, delay the issuance of or revoke a passport”. Alias has also assured that the revocation of the passports will be done “justly”.

This “reassurance” is a mockery of the rights of Malaysians, especially when former Bar Council President and Bersih 2.0 co-chairperson Datuk Ambiga Sreenevasan has pointed out that the Immigration Department does not have the right to do so, citing a 2009 Federal Court ruling that disapproved of the decision in 1979. In other words any such attempt to revoke Malaysian passports who are overseas is unlawful.

Although Alias has now promised to make further clarifications next week, the DAP demands that Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak immediately make the government’s stand clear and to reassure Malaysians that their rights will not be revoked simply for dissenting peacefully. Such a threat is not only against natural justice, undemocratic and an act of political retribution but also goes against the very grain of national reconciliation that has been proposed by Najib himself.

DAP fully supports Datuk Ambiga in demanding that the Federal government abandons its attempt to frighten and strike fear into overseas Malaysians with threats to revoke their passports for opposing BN. I will direct the head of DAP Legal team headed by DAP MP for Puchong Gobind Singh Deo to get DAP’s lawyers take up cases of any Malaysian whose passports were revoked because of their support for PR or their opposition for BN.Lim Guan Eng 

Jelas lagi nyata , apa yang sedang di lakukan oleh Guan Eng dan DAP adalah cubaan untuk menafikan hak kerajaan dan undang-undang sedia ada bagi menghukum mana-mana rakyatnya yang didapati bersalah apatah lagi menghina negara sendiri.

MMI bukan pandai sangat dalam undang-undang tetapi tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng dan DAP membuktikan niat sebenar mereka tidak lain dan tidak bukan menimbulkan isu supaya rakyat terus membenci kerajaan.

Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kerajaan dan undang-undang oleh yang demikian kerajaan sebenarnya berhak untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka-mereka yang didapati bersalah.Jika Singapura sendiri boleh mengambil tindakan terhadap rakyat negara kita kerana kesalahan berdemontrasi masakan kita sebagai kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap rakyat sendiri sekiranya mereka-mereka itu bukan sahaja di dapati bersalah malah mengkianati serta langsung tidak menghormati Perlembagaan serta rukun negara.

Usah bersandiwara Guan Eng , kita tahu niat dan tujuan kamu.Kepada rakyat Malaysia ingat mereka semakin galak berusaha untuk menghancurkan Malaysia jangan sesekali leka dengan permainan kotor lagi jijik puak pembangkang.



Pesan MMI ambil tindakan terhadap puak-puak puaka yang tidak tahu menghormati negara sendiri.Jutaan rakyat menantikan tindakan sedemikian.

MMI.

Monday, 3 June 2013

Jangan Buang Masa Dengan Politik Berlebihan ~ NAJIB Komited Teruskan Agenda


Setelah keputusan PRU13 diumumkan oleh SPR dan serentak dengan itu Barisan Nasional yang di ketuai oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat mandat pertamanya bagi menubuhkan kerajaan.Walaupun sedikit kecewa kerana tidak mendapat 2/3 majoriti seperti mana yang di harapkan , kejayaan Barisan Nasional menubuhkan kerajaan dengan jumlah kerusi 133 di Parlimen , sudah cukup untuk Barisan Nasional sekali lagi meneruskan agenda tranformasinya.

Dalam beberapa perkara kejayaan Barisan Nasional pada PRU13 ini mendapat reaksi daripada pelbagai pihak sama ada dari mereka yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

MMI tidak nafikan kemenangan BN dalam PRU13 baru-baru ini banyak ditunjangi oleh kemenangan besar kerusi yang ditandingi UMNO dan peningkatan sokongan pengundi Melayu sehingga 70% kepada BN. Berdasarkan statistik kerusi parlimen yang ditandingi UMNO pada PRU-12 berjumlah 117 kerusi,UMNO sekadar memenangi 79 manakala pada PRU13 kali ini UMNO bertanding di 121 kerusi dan berjaya meningkatkan jumlah kerusi kepada 89.Selebihnya merupakan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponen BN termasuk daripada Sabah dan Sarawak menjadikan kerusi yang dimenangi BN berjumlah 133 kerusi. 

Kejayaan BN merampas Kedah daripada Pakatan Pembangkang (PP) membuktikan bahawa sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu di Kedah terhadap UMNO dan BN sudah kembali.Beberapa parlimen yang merupakan kubu kuat PAS dan PP di Kedah seperti Sik,Baling,Padang Terap,Pendang,Kulim-Bandar Bharu,Merbok dan Jerai berjaya dirampas kembali ke tangan UMNO selain mengekalkan parlimen yang dimenangi pada 2008. 

YAB Datuk Seri Najib turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan tumbang walaupun sebahagian besar kaum cina menyokong pembangkang kerana BN terus mendapat sokongan kaum Melayu Bumiputera dan kaum India yang diterjemahkan dalam PRU13 sekaligus BN mendapat mandat untuk mentadbir negara. 

Tsunami politik kaum Cina sangat dirasai apabila melihat kepada keputusan pilihan raya yang sangat jelas bahawa kaum Cina mahu ubah kerajaan sedia ada dan diberi kepada Pembangkang.Sebagai contoh ,parlimen Seputeh yang mempunyai populasi pengundi Cina 88%, Melayu 5.4%, India 6% dan lain-lain 0.6% dimenangi oleh Teresa Kok (DAP) dengan majoriti besar melebihi 50,000 undi mengatasi calon BN dari MCA Nicole Wong Siaw Ting. Sangat jelas terasa sokongan Cina terhadap BN melalui MCA sudah jatuh dan mereka sudah terpengaruh dengan janji-janji perkauman yang sering ditiup oleh DAP. Selain itu,kebanyakan kerusi DUN atau Parlimen yang populasi majoriti pengundi Cina atau marginal, kebanyakan kawasan turut dimenangi oleh DAP dan calon pembangkang bukan Melayu. 

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah telah meranapkan harapan bekas MB Johor,Dato' Abdul Ghani Othman untuk mewakili kawasan tersebut di Dewan Rakyat dan Mat Merapu mengkagumi pendirian Dato' Abdul Ghani kerana sebagai calon Melayu berani bertarung di tempat populasi tinggi pengundi Cina dan akhirnya pengundi Cina tetap tidak mahu memberi sokongan kepada calon Melayu.  

Jika dikaji secara lebih terperinci, lihatlah demografi politik di P.Pinang apabila DAP sekali lagi mencatat kemenangan besar di P.Pinang sekaligus mempertahankan negeri tersebut daripada dirampas kembali. PP menang 30 kerusi DUN daripada 40 dan DAP memenangi sebahagian besar kerusi tersebut diikuti PKR dan PAS (satu kerusi sahaja).UMNO hanya mampu mempertahankan 10 kerusi DUN yang kebanyakan kerusi ditandingi calon Melayu dari PAS atau PKR. Sangat jelas sokongan Melayu kepada UMNO dan BN masih tidak berubah dan berlaku peningkatan sokongan terutama di kawasan populasi tinggi pengundi Melayu .

Kata-kata Perdana Menteri sangatlah tepat dan BN perlulah melipat gandakan usaha untuk terus mendapat sokongan semua kaum dan melakukan penyatuan nasional yang sangat diperlukan jika melihat kepada senario politik PRU13 yang bakal mengundang bahaya jika tidak ditangani dengan segera serta secara bijaksana oleh kerajaan BN pimpinan UMNO.

Seperkara yang harus diingat dalam usaha kerajaan memacu negara sudah pasti kekangan dan pelbagai halangan khususnya gerakan-gerakan daripada pihak pembangkang yang saban hari melakukan segala dakyah dan tohmahan terhadap UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya boleh mengganggu-gugat kerajaan yang kini memerlukan formula tambahan bagi memastikan misi negara khususnya dalam soal perpaduan yang kini dilihat sedikit terjejas kerana politik keterlaluan yang dimainkan oleh pembangkang sepanjang 5 tahun yang lalu.

Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan bukan sesuatu yang mustahil untuk di lakukan.Apa yang penting adalah usaha berterusan daripada pihak kerajaan tanpa menidakkan keputusan PRU13 yang rasanya sudah cukup untuk kerajaan jadikan sebagai rujukan.

Seperti yang pernah MMI katakan sebelum ini keputusan PRU13 sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dan kerajaan kerana kaum Cina sebenarnya sudah melakukan satu kesilapan paling besar dalam sejarah pilihanraya negara.Malah gerakan pembangkang yang terdiri daripada DAP,PAS dan PKR juga sebenarnya sudah dapat diduga dan kita sebenarnya mempunyai kelebihan dalam merencanakan segala dasar dan juga pelan-pelan tindakan selepas ini.

Apa yang penting adalah pasukan yang bersama dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menempuh 5 tahun yang akan datang perlu benar-benar dapat membantu malah memberikan idea-idea serta sumbangan terbaik mereka tanpa meminggirkan mana-mana saluran.

Berdasarkan ucapan daripada YAB Datuk Seri Najib pagi tadi , MMI percaya kita mampu melakukannya.

PUTRAJAYA 3 Jun - Pilihan raya sudah selesai dan rakyat tidak harus menoleh ke belakang serta membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan (excessive pilitics).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara sebaliknya perlu bergerak ke hadapan dan kerajaan perlu menumpu perhatian kepada usaha menunaikan amanah yang diberikan rakyat.

"Lebih sebulan berlalu selepas pilihan raya, masanya sudah tiba untuk tidak toleh ke belakang dan mesti mengorak langkah ke depan.

"Kita tidak boleh membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan kerana ia akan mengalih pandangan daripada usaha yang besar iaitu menunaikan amanah yang diberikan rakyat untuk memastikan negara membangun lebih pesat,'' katanya berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. - UTUSAN

Psst Apakah laungan 1 Malaysia akan masih kedengaran selepas ini ????

MMI.

Friday, 31 May 2013

Salam Jumaat , Apa Benar Kerajaan BN ZALIM ?!!!!


Macam-macam cita sekarang ni kerajaan tak betul sana , tak betul sini malah dah sampai tahap gaban dah !! Mana tidaknya segala rasuah , kroni , menipu , perabih duit rakyat dan macam-macam lagilah semuanya lengkap ada pada kerajaan.Ada pula tu lepas sahaja pilihanraya baru-baru ni siap buat perhimpunan lagi..Mak ai dah sampai ke tahap tak boleh terima ketentuan tuhan dah !! manusia apa puak-puak ni sampaikan semuanya salah semuanya tak betul ?

MMI bukannya apa kadang-kadang sebagai manusia ni kita selalu lupa tentang nikmat yang Allah swt berikan kepada kita.Apalagi sebagai orang Melayu dan beragama Islam kita di tuntut untuk berterima kasih sesama manusia selain dari berterima kasih dan bersyukur kepadanya.

Bagaimana masih ada sebahagian dari kita yang langsung tidak berterima kasih sesama sendiri tapi boleh pula bersyukur dengan nikmat pemberian tuhan.Bukan soal MMI mahu menidakkan rasa syukur kita kepada Allah swt tetapi Allah lebih suka kepada umatnya yang berterima kasih sesama sendiri sebelum berterima kasih serta bersyukur kepadanya.

Entahlah agak sukar untuk kita labelkan mereka-mereka ini namun sebagai rakyat MMI yakin dan pasti sebahagian besar rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sebenarnya sentiasa mendapat manafaat daripada sebuah kerajaan bernama Barisan Nasional.

Ya Barisan Nasional merupakan sebuah kerajaan yang sering di herdik dan di caci oleh sebahagian besar juak-juak pembangkang.Namun MMI ingin berpesan kepada semua kerajaan yang di herdik dan di maki inilah yang saban detik dan waktu memikirkan tentang untung nasib rakyatnya.

Sebenarnya MMI sendiri kurang memberi perhatian dan baru semalam sewaktu mengemas meja tiba-tiba terpandang sesuatu..Masyaallah besarnya nikmat yang Allah swt kurniakan kepada rakyat Malaysia selama ini.



Terima kasih kerajaan !! Terima kasih Ya Allah !! Sesungguhnya aku bersyukur dengan limpah kurniaMu dan nikmat pemberianMu.Amin.

Psst chek bil masing-masing...

MMI.

Thursday, 30 May 2013

Jom Borak-Borak Tentang GST ?!!!!


Beban ? Sebut sahaja perkataan tersebut kita sudah pasti dapat membayangkan tentang satu perkara iaitu beban atau tanggungan yang pasti berat untuk di pikul oleh sesiapa sahaja.Malah pada ketika entri ini di tulis juak-juak pembangkang yang sinonim dengan bangkang apa saja asalkan ianya bukan dari pembangkang sudah pun menggerakkan seluruh jenteranya untuk memanipulasikan isu melibatkan dasar kerajaan berkenaan GST.

Apakah GST itu benar-benar membebankan rakyat ? Apakah dengan pelaksanaan GST itu nanti maka rakyat akan berhadapan dengan kenaikan harga barangan yang pastinya akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dalam ekonomi seterusnya melibatkan kos-kos lain turut meningkat naik ?

Apa akan berlaku semacam satu tsunami besar-besaran rakyat tidak lagi mampu untuk berbelanja ?

Sebelum itu timbul satu persoalan mengapa agaknya kaum Cina antara paling ramai yang menentang pelaksanaan GST oleh kerajaan ? Adakah kerana ianya benar-benar akan menekan pengguna ?

Disinilah sebenarnya kita di tuntut untuk membuat sedikit pembacaan dan mendapatkan pencerahan sekurang-kurangnya apa yang di gembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu dapat kita saring dengan sebaik-baiknya.

Apakah kita semua boleh percaya bahawa Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang baru-baru ini berjaya membentuk kerajaan setelah  keputusan pilihanraya di umumkan boleh dan sanggup mengeluarkan idea atau dasar GILA yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat ?

Perlu diingat Barisan Nasional sudah faham dan menerima dengan baik setiap suara rakyat yang turun menunaikan tanggungjawab mereka baru-baru ini di peti-peti undi dan mereka tidak memberikan Barisan Nasional 2/3 majoriti seperti mana YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan.

Apakah ampa semua yakin tanpa 2/3 majoriti kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melakukan tindakan yang boleh membebankan rakyat ?

Perlu diingat kerajaan hari ini akan berdepan dengan pilihanraya ke-14 dalam tempoh masa mungkin lagi 5 tahun sahaja.5 tahun bukanlah satu tempoh yang lama bagi sebuah kerajaan yang perdana menterinya baru mendapat mandat rakyat dan kita juga harus melihat suasana politik hari ini di mana pembangkang yang ada bukanlah pembangkang yang profesional dari segi politiknya.

Tahukah negara kini memiliki pembangkang ekstrem yang sanggup melakukan apa sahaja waima turun ke jalanraya bagi mencapai cita-cita gila mereka ?

Sekali lagi MMI nak tanya , ampa yakin kerajaan hari ini akan melaksanakan sesuatu dasar yang boleh menekan rakyat ????????

Kita dah berbicara sedikit sebanyak tentang senario politik , masyarakat dan beberapa perkara yang sempat MMI catatkan namun jangan lupa semuanya berkisar tentang GST.

Oleh kerana itu MMI nak tanya semua , ampa faham ka apa tu GST ???? 

Huh kalau GST pun tak tau macam mana ampa boleh bercakap tentang GST ????

Psstt jangan jadi macam monyet kat atas tu dia tau ka apa yang dia pegang tu ???

Nantikan entri seterusnya tentang GST..Insyaallah.. 

MMI.

Saturday, 25 May 2013

Red Bean Army ~ Lakukan Sesuatu Jangan Bercakap Saja !!!!


Kerajaan digesa lebih tegas memerangi anasir-anasir jahat di laman siber terutama berhubung kewujudan Red Bean Army yang mengugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mendesak pihak berwajib untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan berkaitan DAP itu terhadap rakyat.


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kewujudan Red Bean Army itu dikesan oleh pihaknya pada tahun 2011 apabila jentera propaganda bersifat cauvinis tersebut cuba melahirkan simpati terhadap Tan Sri Robert Kuok yang tidak lagi memonopoli perniagaan gula di negara ini.

Menurut beliau, sentimen perkauman yang mulanya disasarkan kepada usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kemudian diperluaskan kepada pemimpin UMNO terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PPIM sudah lama menyiasat ancaman Red Bean Army terhadap permuafakatan masyarakat di negara ini yang mana pelbagai fitnah dan lakonan dilakukan mereka untuk mengelirukan rakyat terutama masyarakat Cina.

"Mereka bukan sahaja digerakkan oleh sentimen perkauman yang tebal tetapi dilihat seperti sebuah gerakan terancang untuk menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjang oleh orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nadzim menegaskan, pasukan serangan siber dipercayai ditaja DAP itu perlu dihalang daripada terus menghasut pemikiran rakyat melalui penguatkuasaan lebih tegas oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kita kena tegas kerana fitnah kumpulan ini boleh menyebabkan masyarakat negara ini yang tidak matang terkeliru dengan fakta-fakta yang salah dan yang lebih buruk lagi, ancaman puak ini dapat menganggu-gugat kemakmuran," tegasnya.


Sementara itu, Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, sekiranya fitnah Red Bean Army dibiarkan berleluasa, dikhuatiri perpaduan rakyat sejak 55 tahun akan musnah.

"Tidak pernah lagi perpaduan kaum di negara ini menjadi seburuk ini apabila orang Cina sudah berani memainkan sentimen perkauman yang sempit, semua ini berikutan kebebasan kumpulan pro-DAP ini di medan siber.

"Keberanian mereka ini sangat menakutkan sehingga sanggup mempermain dan memperlekehkan isu melibatkan agama Islam, hak istimewa orang Melayu serta bahasa Melayu," katanya.


Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mahu pembuat fitnah tersebut dipantau secara progresif melalui peruntukan undang-undang.

Meskipun kebebasan internet tiada batasannya, beliau menjelaskan, masih ada ruang untuk menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.

"Seperti di China, kerajaan republik itu menyekat Facebook, perkara ini walaupun mereka hanya terdiri daripada satu kaum, mungkin kita perlu ke arah itu agar tidak timbul suasana yang tidak sihat dalam aspek perpaduan rakyat di Malaysia," katanya.sumber 

Apa pun yang berlaku MMI percaya sesuatu harus segera di lakukan supaya isu ini dapat di seimbangkan.Perjuangan di teruskan selagi mana negara masih dalam bahaya kerana perbuatan puak-puak yang hanya melihat kepada keuntungan dan kepentingan peribadi bagi mencapai cita-cita politik masih berterusan.

Apakah kita masih boleh berdiam sekiranya mereka yang kita percaya dan terbukti melakukan politik hasutan menumbangkan sebuah negara merdeka seperti Malaysia dibebaskan oleh mahkamah kerana isu-isu teknikal ? Hati-hati jangan sampai kita terduduk kerana sewaktu kuasa masih berbaki di tangan kita lalai dan lembut dengan petualang yang saban hari berusaha meruntuhkan institusi uang telah kita bina sejak 60 tahun yang lalu.

Baca juga di SINI 

MMI.

Thursday, 16 May 2013

JELAS Anwar Mahu Malaysia Huru-Hara !!!


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq. "Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu. Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia. Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa". 

"Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab. "Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela.sumber 

Hati-hati sedara-sedara sekalian , makhluk bernama Anwar ini sudah semakin jauh..jauh dari realiti dan kini sudah pun menggadaikan maruah sendiri apabila sehingga kini TIDAK ADA APA-APA BUKTI YANG DI KEMUKAKAN OLEH BELIAU KEPADA MANA-MANA PIHAK BERKUASA DI MALAYSIA BAGI MENYIASATNYA.

Agak menghairankan , apabila tiba-tiba Anwar mahu pula memberikan bukti tersebut kepada Obama seorang Presiden sebuah negara bernama Amerika Syarikat.Barangkali mungkin Anwar beranggapan inilah sebenarnya POLIS DUNIA yang boleh di percayai...IZINKAN MMI untuk gelak sebentar KIHKIHKIHKIHKIHKIH...

Alo gang lupakah Anwar mengapa Amerika Syarikat menyerang IRAQ ?? Apa bukti yang mengesahkan IRAQ mempunyai simpanan senjata nuklear dan biologi seperti mana yang di gembar-gemburkan ?

Sehingga serangan di lakukan dan hampir sebahagian rakyat IRAQ menderita , apa yang di panggil BUKTI itu tetap tidak ada.Maka inilah sebenarnya yang di mahukan oleh Anwar supaya campur tangan Polis dunia ini dapat membantu Anwar untuk duduk di singgah sana kerusi idamannya Perdana Menteri Malaysia.

Yang pasti tindakan paling bodoh itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk melihat Malaysia huru-hara...

MMI.

Wednesday, 15 May 2013

Menteri Kabinet 2013 KJ Di Kementerian Belia & Sukan TAHNIAH !!


Seperti yang diwar-warkan YB Khairy Jamaluddin di lantik menganggotai jemaah menteri kali ini.Beliau yang sebelum ini tidak di lantik dalam mana-mana jawatan di peringkat kerajaan sudah pun melakukan segala yang terdaya bagi mendapatkan kembali sokongan orang-orang muda kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Malah ternyata beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan kerana itu perlantikan beliau ke Kementerian Belia & Sukan di lihat mampu membantu YAB Perdana Menteri dalam menyusun dan meneruskan program tranformasi negara 

Tahniah MMI ucapkan kepada YB Khairy Jamaluddin diatas perlantikan tersebut.

Memang kena pada masanya !!

Berikut adalah senarai Menteri Kabinet baru yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi..

Perdana Menteri 
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Timb. Perdana Menteri 
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
DATO JAMIL KHIR
DATO SRI ABDUL WAHID OMAR
IDRIS JALA
JUSUF KURUP 
SHAHIDAN KASIM
NANCY SUKRI
JOSEPH ENTULU
PAUL SENG KUA

Menteri Pertahanan
HISHAMUDDIN TUN HUSIN

Menteri Kewangan II
AHMAD HUSNI HANADZLAH

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi
MUHYIDIN YASIN
IDRIS JUSUH ke II

Menteri Dalam Negeri 
ZAHID AHMAD HAMIDI

Menteri Pengangkutan 
HISHAMUDDIN -pemangku

Menteri Pelancongan 
NAZRI AZIZ

Menteri Luar 
ANIFAH AMAN

Menteri Kerja Raya 
FADILAH YUSUF

Menteri Kesihatan 
SUBRAMANIAM

Menteri Belia Dan Sukan 
KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Sumber Manusia 
RICHARD

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna 
HASSAN MALIK

Menteri Perdagangan Dan Industri 
MUSTAPA MOHD

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani 
ISMAIL SABRI YAAKUB

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi 
IVON IBIN

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar 
G PALANIVEL

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air 
MAXSIMUS ONGKILI

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 
SHAFIE AFDAL

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi 
DOUGLAS UNGGAH

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
ROHANI AB KARIM

Menteri Komunikasi Multimedia
AHMAD SHABERY CHEEK 

Menteri Wilayah Persekutuan
TG ADNAN TENGKU MANSOOR

Menteri Kesejahteraan Bandar
AB RAHMAN DAHLAN


MMI.

Labels