Followers

Saturday, 23 March 2013

Rakyat Pelbagai Kaum Bangun Di Pulau Pinang , Guan Eng Boleh Blah !!!


Gambar diatas dan berikutnya tidak mungkin disiarkan di Buletin Mutiara, lidah rasmi Kerajaan DAPig Penang yang menggunakan wang Rakyat. Juga tidak mungkin akan disiarkan di akhbar rasmi DAP Pusat iaitu Roket.  

Semalam Rakyat Pulau Pinang bangkit sekali lagi berhimpun secara aman di Komtar, Pulau Pinang untuk membantah projek mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan DAPig Pulau Pinang. Ketua Menterinya, Joseph Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar.

Projek mega yang diumum kerajaan negeri pimpinan DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan. Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Joseph Lim Guan Eng dilihat seolah-olah begitu terdesak mengumumkan projek itu sedangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang masih belum beroperasi dan kesan lalu lintas belum dapat dinilai lagi. Rakyat Pulau Pinang yang berhimpun juga mempersoalkan tindakan Lim menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang sebagai bayaran kepada pemaju projek berkenaan kerana nilai tanah semakin meningkat dan mendakwa transaksi seumpama itu hanya memanfaatkan pemaju.


Lagi gambar di CucuTokSelampit

Turut mengadakan demo semalam adalah warga Cina dan India yang semakin marah dengan sikap Guan Eng yang banyak menipu.Malah mereka antaranya mempersoalkan tentang dimana tapak rumah yang dibina oleh Guan Eng untuk penduduk di Pulau Pinang yang selama ini dilaung-laungkan beliau.



Pelbagai kaum kini sedar dan bangun menolak Guan Eng dan beliau harus faham kini bukan masanya untuk Guan Eng goyang kaki kerana rakyat Pulau Pinang bukan tuli seperti mana juak-juak pencacai pembangkang.

Isyarat sudah di berikan rasanya eloklah Guan Eng blah saja dari Pulau Pinang sebelum rakyat halau dengan gunakan pen nanti.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels