Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam tidak mahu dirinya dikaitkan dengan tindakan pembangkang menggunakan kenyataannya untuk menyerang balik Barisan Nasional (BN).
Ini khususnya berhubung soal mengenai kemungkinan kerajaan jadi bankrap jika mereka muncul berkuasa.
Musa mengambil perhatian bahawa BN nampaknya telah menimpakan kemusnahan terhadap kewibawaan hujah pembangkang dalam isu ini hingga sebahagian dari ucapan beliau yang disampaikan pada siri Bicara Minda, dikatakan sebagai menyokong Pakatan, dipromosi dan dipaparkan dengan begitu prominen dalam kempen pilihan raya mereka.
"Pakatan (pembangkang) nampaknya begitu terdesak untuk mempromosi diri mereka dan untuk menarik sokongan pengundi, mereka sanggup menggunakan saya sebagai senjata utama mereka untuk menyerang balik BN," kata Musa dalam satu kenyataan.
Sambil melahirkan rasa tidak selesa beliau, Musa berkata: "Jalan keluar menggunakan saya dalam langkah politik yang terdesak ini mesti dihentikan. Kenyataan yang mendakwa mendapat sokongan saya mesti dihentikan.
"Dan jalan keluar menggunakan saya dan menyebut kenyataan saya dengan menggunakan papan iklan mesti juga dihentikan. Saya membuat permintaan ini demi keadilan dan kesopanan politik". - BERNAMA
Kihkihkih ada dua perkara kat sini yang MMI nak kongsi dengan ampa semua...
Satunya main bedal ja janji nampak sokong kita ! Itulah perangai dan sikap juak-juak macai penyokong si Nuar tu.
Keduanya dalam keadaan hari ini nampak gaya dah ada pihak-pihak tertentu yang naik takut semacam punya meremang bulu roma bila dikaitkan dengan si Nuar tu..Jadi apa yang MMI nak bagitau dekat ampa sudah ada banyak pihak hari ini sudah mengambil sikap berdiam diri dan menunggu malah tidak mahu lagi dikaitkan dengan Nuar mahupun Pakatan Haprak kerana mereka sudah nampak apa yang bakal berlaku pada tarikh 5 Mei 2013.
MMI.
No comments:
Post a Comment