Antara perkara yang menjadi perbualan sejak semalam adalah pengumuman calon-calon PAS yang akan bertanding di Pulau Pinang.Riuh rendah sekitar markas PAS Pongsu Seribu malam tadi apabila nama-nama calon diumumkan satu persatu oleh Salleh Man.
Namun di sebalik keriangan calon-calon dan juak-juak macai PAS yang hadir mereka barangkali terlupa satu perkara ada diantara calon yang diumumkan itu bertindih dengan calon dari sahabat sesyurga mereka sendiri.
DUN Sungai Acheh atau N21 , PAS mengumumkan untuk meletakkan Yusni Mat Piah sebagai calon PAS manakala di tempat yang sama PKR pula meletakkan Chegu Bard.Ish ish gelojoh sungguh puak-puak ni sampaikan bab kawasan nak bertanding pun lintang pukang.
Sekiranya mengambil kira keputusan tersebut maka sudah tentu N21 Sungai Acheh bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru melibatkan PAS,PKR dan BN.
Persoalannya sekarang dimana kesepakatan yang diwar-warkan berlaku dalam Pakatan Haprak ? Apa yang berlaku cukup memalukan apatah lagi ianya berlaku dalam Pakatan Haprak yang pimpinannya mengaku sebagai yang terbaik dalam Malaysia.
Kalau bab calon DUN pun jadi lintang pukang sesama sendiri cuba bayangkan sekiranya mereka menguasai Putrajaya ?
Berikut merupakan keputusan senarai calon-calon PAS bagi negeri Pulau Pinang:
1) P041 Kepala Batas - Ust Afnan Hamimi bin Dato Taib Azzamudin
2) P042 Tasek Gelugor - Dato Sri Rahman Maidin
3) N01 Penaga - Ust Roshidi Hussain
4) N04 Permatang Berangan - Tn Hj Arsyad bin Salleh
5) N05 Sungai Dua - Cikgu Zahadi Mohamad
6) N11 Permatang Pasir - Dato Hj Mohamad Salleh Man
7) N21 Sungai Acheh - Ust Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang)
8) N38 Bayan Lepas - Cikgu Asnah bin Hashim
MMI.
No comments:
Post a Comment