Followers

Thursday 25 April 2013

Chegu Bard Kena Sailang Sebelum Penamaan Calon ??!!! #PRU13 #PG13 #TolakPR


Nampak gayanya PKR Pulau Pinang membariskan sekali lagi calon yang sama ketika PRU 2008 yang lalu iaitu Norhayati Binti Jaafar bagi menentang calon Barisan Nasional Dato Jahara Binti Hamid bagi N06 Teluk Air Tawar.Walaupun calon Barisan Nasional juga tetap sama sewaktu bertanding dengan calon PKR pada 2008 yang lalu namun ada perbezaan di antara dua calon ini.

Jadi apa kena-mengena pula dengan si Bard ni ?? 

Untuk makluman ampa semua apa yang MMI boleh ceritakan hasil dari sumber kawasan menyatakan penyokong-penyokong PAS juga sebenarnya kurang berminat dengan calon PKR ini kerana mereka mahukan supaya Chegu Bard bertanding di Teluk Air Tawar.Jadi apabila PKR mencalonkan Norhayati banyak pihak kecewa dan sekarang ini gerak kerja PAS hanya terarah kepada menggerakkan bilik gerakan sahaja.

Memanglah dalam dunia politik ni setakat cakap-cakap saja tanpa rakaman dan bukti kukuh sukar untuk kita meyakinkan mereka-mereka di luar sana apatah lagi sikap juak-juak macai pembangkang yang pasti akan menolak apa saja walaupun terdapat rakaman dan aksi akrobatik melibatkan pimpinan sendiri.

Mungkin diam lebih baik dari bersuara sekurang-kurangnya Nik Aziz boleh bawa mereka ke syurga..

Lagi pelik PAS tak bercakap soal calon dari parti mereka sendiri mmm mungkin sebab kuota kot !!

Apa yang pasti Chegu Bard kena sailang dari bertanding di Teluk Air Tawar dan agak pelik apabila Chegu Bard bukan saja bertanding di Sungai Acheh tetapi turut di cabar pula oleh calon PAS Yusni Mat Piah dari PAS.

Nampak sangatlah puak-puak ni dok ding dong dengan Chegu Bard kihkih..

Oklah MMI nak cita sikit tentang calon PKR kat Teluk Air Tawar ni , memang serabutlah citanya sampaikan penyokong sendiri pun geleng kepala sebabnya nampak sangat si Norhayati ni tak ambil tahu tentang kawasan Teluk Air Tawar sendiri.

Beliau dengan selamba sahaja menyatakan sekiranya PKR menang di Teluk Air Tawar beliau akan membina sekolah-sekolah agama kerana di Teluk Air Tawar tidak terdapat sekolah agama.Agak-agaklah bro sebelum ni anak-anak pelajar kita belajar agama kat mana ? Di Bukit Mertajam ka ?????

Di Teluk Air Tawar sahaja setakat yang MMI boleh ingat ada sekolah agama yang dah beroperasi lama dah..Antaranya di Bagan Belat,Bagan Tambang,Padang Benggali dan Bagan Lebai Tahir.Selebihnya ampa minta calon PKR tu buat rombongan pi melawat kawasan supaya dia boleh nampak sendiri.Lain kali cakaplah nak tambah beb..

Kemudiannya tentang janji beliau yang akan memberikan imbuhan sebanyak RM600 kepada suri rumah dan RM200 kepada para suami.Lagi sekali penduduk dan pengundi Teluk Air Tawar tersenyum simpul sebab dalam diri dok fikir boleh buat ke si Norhayati ni ? Isu di Selangor saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa PKR sememangnya tak boleh diharap asyik membohong ja kerja dia.Jangan lupa juga berapa banyak ibu tunggal yang hari ini bangun menyaman kerajaan negeri Selangor kerana tidak menunaikan janji mereka.

Sudah-sudahlah , rakyat khususnya di N06 Teluk Air Tawar jangan sesekali termakan dengan janji kosong lagi menipu ni sebab menang macam mana pun yang akan menguasai kerajaan negeri adalah DAP.Ampa semua mau pikiaq lah macam mana DAP dengan Guan Eng dok buat tahana selama ni !!

Akhir sekali MMI peringatkan kat ampa satu perkara Norhayati ni bukan orang Teluk Air Tawar dia orang luar noo Seberang Jaya noo..Lepas tu bergerak dalam politik di Bukit Mertajam sebab tu main hantam saja.Sebelum ni ada ker dia mai buat kerja di Teluk Air Tawar ?? Ampa mau pikiaq tengoklah..

Ampa kena ingat bukan soal calon luar tak bagus tapi kalau mai kawasan lepas tu langsung tak buat "homework" haa caca marba la jadi dia !!

Baca juga di SINI 

Untuk maklumat & laporan politik terkini klik SINI

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels