Dah makin terdesak dah puak-puak pakatan Haprak ni sampai sanggup gadaikan integriti sendiri untuk berkempen.Sejak pagi tadi satu laman blog palsu telah digunakan oleh cai-cai haprak PR untuk meraih kepercayaan para pengguna media baru dengan menggunakan laman blog mirip Unit Media Baru Pemuda UMNO.
Blog palsu tersebut yang menggunakan url http://umb-ppum.blogspot.com di kesan telah mengeluarkan artikel mengenai senarai nama calon yang digugurkan serta tidak di senaraikan oleh UMNO kononnya yang terbaru setelah satu mesyuarat di peringkat tertinggi UMNO selesai.
Berita palsu itu di kesan sejak jam 2.51 pagi tadi dan sehingga sekarang ianya masih berterusan mengeluarkan entri-entri berkaitan UMNO dan BN.
Untuk makluman semua , blog rasmi milik UMB menggunakan url http://umbppum.blogspot.com seperti mana gambar di bawah.
Apa pun yang berlaku ianya membuktikan betapa terdesaknya cybertroopers Pakatan Haprak khususnya dalam berdepan dengan jentera media baru UMNO dan BN bagi menghadapi PRU13.Yang pasti inilah BUKTI Pakatan Haprak dan macai-macainya sanggup melakukan apa saja asalkan ianya mampu memberikan keuntungan kepada mereka.
Antara bahan yang dimainkan..
Pelbagai tuduhan oleh Pakatan Haprak terhadap jentera siber UMNO dan BN sebelum ini kononnya melakukan taktik kotor sering kali di canangkan namun perlu diingat buatlah apa pun , seranglah macam mana sekalipun kita akan terus berjuang demi Bangsa,Agama dan Negara.Tindakan cai-cai cybertroopers PR adalah BUKTI siapa sebenarnya yang kotor.
Tolak PR !!
MMI.
No comments:
Post a Comment