Followers

Sunday, 28 April 2013

PRU13 Daim Meramal Lagi !!


Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) boleh menawan semula Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti sekiranya jenteranya bersatu dan tidak melakukan tindakan mensabotaj parti.

Malah bekas Menteri Kewangan itu turut meramalkan bahawa BN akan berjaya memecah dominasi PAS di Kelantan dengan memenangi beberapa kerusi tambahan di Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun menurutnya, agak sukar bagi BN untuk merampas semula Pulau Pinang yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 berikutan sentimen masyarakat Cina yang masih kuat menyokong DAP.

"Kedah dan Selangor memang boleh jatuh semula ke tangan BN. Saya tak nampak apa-apa masalah untuk itu jika jentera dan ahli BN sama-sama bersatu padu memenangkan calon yang dipilih pucuk pimpinan.

"Begitu juga dengan Kelantan, dengan situasi semasa, saya yakin BN boleh menambah bilangan kerusi di DUN. Tapi kalau nak dapat jumlah kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan mungkin agak susah...tapi ia tidak mustahil," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN bagi kawasan Parlimen Merbok di sini, Sabtu.

Ditanya mengenai pandangannya sama ada BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU kali ini, Daim bagaimanapun mengakui ia agak sukar untuk dilakukan berdasarkan situasi politik semasa.

"BN boleh menang (tubuh kerajaan), tapi untuk dapatkan majoriti dua per tiga seperti dahulu mungkin agak sukar...tapi untuk menang saya sangat yakin," katanya.

Mengulas mengenai nasib Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'simpanan tetap' BN, Daim juga optimis bahawa kedua-dua negeri berkenaan akan kekal di tangan BN.

"Susah pembangkang nak tembusi kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kita kena tengok juga sentimen rakyat di sana yang sukar menerima parti politik yang datang dari semenanjung," katanya.sumber ayt 

Apa pun ramalannya MMI yakin pengundi adalah penentunya...

MMI.

3 comments:

  1. BN menang majority......Kebanyakan kepal pembangkang tumbang ke longkang.....

    ReplyDelete
  2. Sebenar tak susah pun nak agak Selangor dan Kedah boleh d ambik oleh BN. PKR dah gagal tadbir di sana. Cuma nak komen le d Johor Dap akan bjaya d sana. Umno boleh malu nanti. Cina haprak d Johor bpaling tadah. Melayu johor tidur! Jangan harap lah Cina johor setiakawan dgn Melayu. Kalau Cina racist Kid Siang naikkan semangat bangsa dia umur 21-35thn tapi melayu umno dok harap apek umur 60-70thn johor beri sokongan alamat kalah d G Patah tu. Malu bekas MB. Itu lah politik era baru. Tiada etika dan guna perang saraf campur fitnah. Agama Cina mana ada kisah haram halal! Dia bedal je. BN u kena do something, baru dpt 2/3. Bila dlm news Pm kata BN dpt 2/3 tapi syarat tiada masalah dalaman parti. Dah sah Pm tak yakin dah!!

    ReplyDelete
  3. Firasat aku BN akan menang 2/3....tp Kelantan dan Pulau Pinang kekal kat PR...Kedah,Selangor balik pada BN..kat Johor lak BN akan hilang beberpa kerusi DAP ambik...PAS akan kalah teruk dengan hilang beberpa kerusi... itu firasat aku aja ar...

    ReplyDelete

Labels