Pasti ramai yang masih ingat tentang janji dan omongan kosong oleh Guan Eng pada ketika beliau mengepalai jentera DAP menawan Pulau Pinang pada pilihanraya 2008 yang lalu.MMI masih ingat pada ketika itu bersorak riang segala malaun dan macai-macai pembangkang kerana Pulau Pinang sudah berjaya ditawan.Paling menarik juak-juak PAS turut tersenyum sumbing kerana Pakatan Haprak menang !! Malah dari pemantauan MMI dan rakan-rakan terdapat orang-orang BN sendiri pun pada ketika itu terus saja berpaling arah mungkin kerana kepentngan tertentu.Biasalah faham sangat dah...
Namun kini pilihanraya datang lagi , dan kedatangan pilihanraya kali ini cukup istimewa kerana selama hampir 5 tahun Guan Eng memimpin Pulau Pinang beliau berjaya membuktikan bahawa pembangkang sememangnya tidak boleh di harap kerana janji bulan dan bintang sebelumnya langsung tidak dapat ditunaikan.
Rasanya tak perlu MMI ceritakan dengan panjang lebar berkenaan janji pemansuhan tol Sungai Nyior,pembekalan WIFI percuma di seluruh negeri,pemberian bantuan berupa kewangan kepada golongan tertentu yang sampai ke hari ini masih tinggal janji,penghapusan tol jambatan dan lain-lain kerana ramai yang telah sedia maklum.
MMI cuma mahu mengajak semua untuk memberikan tumpuan kepada keperluan paling asas penduduk mahupun warga Pulau Pinang iaitu rumah mampu milik.Sehingga entri ini ditulis Guan Eng masih berdolak-dalih tentang pembinaan rumah tersebut.Malah dalam setiap ceramah beliau sering saja menyatakan kerajaan negeri telah pun membina rumah-rumah mampu milik ini namun apabila di tanya lokasinya ? Guan Eng diam membisu seolah-olah beliau langsung tidak mempunyai lidah.
Guan Eng bukan saja menipu rakyat Pulau Pinang tetapi turut menggerakkan usaha yang hampir sama apabila melancarkan satu projek pembinaan rumah mampu milik pada TAHUN 2013 !! Memang hebat sekali semenjak 2008 yang lalu baru kini Guan Eng bersungguh-sungguh melancarkan projek perumahan ini dan untuk makluman ampa semua projek yang dilancarkan ini hanyalah sekadar pelancaran kerana segalanya tentang projek ini masih belum di wujudkan.
Sekarang ini, kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha untuk membina 18,000 unit Rumah Mampu Milik Di bawah Fasa 1 Dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 Juta di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Daerah Timur Laut, Daerah Barat-Daya dan Seberang Perai Selatan melalui agensi pelaksana Penang Development Corporation(PDC).
Persoalan yang harus Guan Eng jawab mengapa baru kini melancarkan projek perumahan mampu milik ini ? MMI ulang sejak 5 tahun yang lalu apa yang kerajaan negeri lakukan ? Percayalah ianya hanyalah umpan politik sempena pilihanraya ke13 supaya rakyat termakan umpan tersebut.
Menurut Dato Jahara Hamid bekas ADUN Teluk Air Tawar dan kini merupakan calon bagi N06 Teluk Air Tawar ianya bukan saja tak logik dan tidak masuk akal malah rumah mampu milik di Pulau Pinang dengan harga RM 400 ribu adalah cara halus DAP halau orang miskin dari negeri ini.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya menggunakan nama 'rumah mampu milik' tetapi pada hakikatnya harga yang ditawarkan jauh dari jangkauan rakyat.
"Mana mungkin rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mampu membeli rumah berharga sedemikian. Kalau dah berharga sampai RM400 ribu, ini bukan lagi rumah mampu milik tapi rumah mampu mimpi. Bagaimana mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu membeli rumah harga sebegini.
"Golongan muda yang baru bekerja dan baru berkahwin juga tidak akan mampu beli. Hanya mereka yang kaya sahaja yang mampu beli. Malah saya melihat ini adalah salah satu strategi DAP menghalau mereka yang berpendapatan rendah dari negeri Pulau Pinang.
"Mereka seakan mahu menjadikan negeri ini hanya untuk golongan elit sahaja. Siapa yang tidak mampu sila keluar dari negeri ini. Cara inikah mahu bantu rakyat…,"??
Tambah Jahara lagi, seharusnya projek rumah mampu milik adalah sebuah projek yang membantu rakyat kurang berkemampuan untuk memiliki rumah. Oleh itu projek sebegini tidak seharusnya bermotifkan keuntungan kerana ianya bagi memastikan keperluan masyarakat dipenuhi.
"Namun, apabila harga tinggi diletakkan, bagaimana mereka yang tidak mampu mahu memiliki rumah. Ianya terang-terangan menyusahkan rakyat. Apabila rakyat negeri ini tidak mampu untuk membeli rumah di negeri mereka sendiri maka mereka akan mencari di negeri berdekatan.
"Golongan rendah dan sederhana ini akan keluar membeli rumah di negeri lain. Maka siapa lagi yang tinggal di negeri ini? Hanya golongan elit. Janji untuk membela nasib rakyat miskin terus berkubur kerana DAP hanya mengejar wang," tambahnya lagi.
Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata unit rumah seluas 1,000 kaki persegi ditawarkan pada harga siling RM400,000 itu adalah di luar kemampuan bagi golongan berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.
Malah terdapat laporan menyatakan di Singapura pernah terpampang pengiklanan menggunakan papan iklan gergasi tentang penjualan rumah di Pulau Pinang melibatkan kawasan-kawasan tertentu yang pada asalnya akan dibangunkan dengan rumah-rumah mampu milik tetapi bertukar menjadi rumah-rumah mewah dengan harga mencecah ratusan ribu ringgit.
Persoalannya mengapa perkara sedemikin boleh berlaku ? Bukankah kerajaan negeri sebenarnya mempunyai kuasa untuk menentukan pembangunan yang mahu dilaksanakan ? Jika merujuk kepada apa yang telah berlaku dan sedang berlaku ternyata Guan Eng dan Pakatan Haprak hanyalah sebuah badan yang tidak boleh dipercayai dan mereka sebenarnya sedang mempergunakan rakyat Pulau Pinang bagi kepentingan hati perut mak bapak depa.
Kepada rakyat Pulau Pinang beringatlah !!
MMI.
No comments:
Post a Comment