Melihat gambar diatas saja sudah cukup untuk mengesahkan kepada kita bahawa pembangkang sememangnya celaru.Untuk makluman gambar ini diambil di sekitar Pulau Pinang dan pastinya ia merupakan salah satu dari bilik gerakan pembangkang dari parti PAS.
Apa yang menariknya adalah selain celaru tentang bendera yang dinaikkan kerana ia jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh SPR iaitu memasang bendera mengikut parti yang bertanding kita pastinya keliru siapa sebenarnya yang bertanding di kawasan tersebut ?
Pakatan Haprak pula bukanlah satu pakatan yang didaftarkan sepertimana Barisan Nasional.Maka disini ternyata ia bukan sahaja tidak menepati peraturan SPR tetapi turut memperlihatkan sikap juak-juak macai pembangkang yang langsung tidak menghormati peraturan sedia ada.
Apakah kita sebagai rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada mereka-mereka yang mengaku memperjuangkan keadilan sedangkan peraturan pihak yang berkuasa pun tidak diikuti ?
Lebih malang mereka turut menjadi agen fitnah pembangkang apabila meletakkan replika cincin dan bag tangan yang sudah pasti merujuk kepada fitnah terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Apa yang pasti pembangkang sememangnya celaru dengan perjuangan mereka sendiri.Apa yang bakal ampa semua saksikan dalam rakaman dibawah sudah semestinya akan membuatkan banyak pihak diluar sana akan berfikir dua kali apakah ini sikap orang-orang yang mengaku kononnya merekalah yang lebih Islam dari orang-orang Islam yang lain.
Lihatlah bagaimana sikap macai-macai PAS ini yang tidak senang duduk dengan program ceramah Barisan Nasional apabila memutarkan rakaman ceramah Mat Sabu dengan audio yang kuat dan MMI tahu tujuannya hanya satu bagi mengganggu ceramah BN yang diadakan.
Apakah itu sikap orang Islam mengganggu urusan orang lain ? Mungkin ianya hanyalah sikap macai-macai PAS yang kini sedang sakit telinga kerana pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh jentera Barisan Nasional di seluruh negara.
Apa pun MMI serahkan kepada ampa semua untuk menilai...
MMI.
No comments:
Post a Comment