Followers

Tuesday 23 April 2013

Wartawan Maut Di Belasah Macai Pakatan ??!!!

Gambar Hiasan
Samseng ka pa ka benda dah berlaku ! Hanya kerana hon seorang wartawan sambilan meninggal dunia kesan daripada pergelutan dengan seorang penggerak satu parti politik.Apa punya musibat dah la ganggu depan rumah si mangsa , boleh pula buat samseng balun-balun orang.

Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.

"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.

"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis. - UTUSAN 

Sapa yang samseng sangat tu ?

MMI.

3 comments:

  1. Ini dah melampau!!!!!!! Babi nyer unit amal. Tak paham paham ke tu rumah dia!!! Dia berhak la nak hon! Pukimak nyer unit amal ! Ni amal apa ni! PAS boleh gi mampus dengan perangai tak bertamadun! Gi mampus PAS!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. membunuh seorg mukmin, satu kekufuran.
    2nd degree murder, takzir dan diat ! ke nak pakai undand undang konvensional, penjara seumur hidup.

    ReplyDelete
  3. Janganlah kita menambah cerita. Cerita yang benar sahaja sudah lah. Gambar di atas meskipun hanya hiasan, tapi tetap memberi gambaran buruk.

    Sekadar pandangan

    POLIS SAHKAN KEMATIAN JURUKAMERA SAMBILAN RTM KERANA SERANGAN JANTUNG

    Kota Baharu, 23 April - Polis mengesahkan kematian jurukamera
    sambilan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan, Mohamed Yaakub, 61, di Gua Musang awal pagi hari ini adalah disebabkan serangan jantung dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata doktor Hospital Gua Musang yang melakukan bedah siasat ke atas jenazah Mohamed mengesahkan kematiannya berpunca daripada saluran darah ke jantung yang tersumbat.

    "Siasatan awal pihak doktor dan polis mendapati tiada kesan lebam atau luka di luar fizikal (tubuh) Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ketua Polis Kelantan bersama calon atau wakil Pilihan Raya Umum Ke-13 Negeri Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, hari ini.

    Jalaluddin berkata Mohamed meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang dipercayai antara pukul 2 dan 3 pagi, selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Bandar Lama, Gua Musang.

    Katanya sebelum itu mangsa dikatakan telah bertengkar dengan seseorang yang telah meletak kenderaan di hadapan rumahnya sebaik pulang melakukan tugasan berkaitan pilihan raya umum ke-13 ini.

    "Isteri Allahyarham dalam aduannya mengatakan mangsa telah membunyikan hon agar kenderaan jenis Hilux itu yang diletakkan di hadapan rumahnya itu dialihkan.

    "Pemandu kenderaan itu kemudiannya telah mengalihkan kenderaan berkenaan dan selepas itu telah tercetus pertengkaran mulut namun telah dapat dileraikan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya.

    Jalaluddin juga berkata Allahyarham kemudiannya telah mengalami sesak nafas ketika masuk ke dalam rumah dan memaklumkan mengalami sakit di bahagian dada tetapi telah dibawa ke Hospital Gua Musang apabila keadaannya semakin serius.

    "Allahyarham bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Allahyarham juga mempunyai rekod kesihatan mengenai penyakit jantung yang dihidapinya," katanya.

    Sehubungan itu Jalaluddin meminta orang ramai tidak menyebarkan khabar angin mengenai kematian Mohamed itu yang heboh mendakwa disebabkan kerana bergaduh dengan penyokong sebuah parti politik.

    "Allahyarham mungkin sebelum itu mengalami stress (tekanan)," katanya.- BERNAMA

    ReplyDelete

Labels