Followers

Thursday, 23 November 2017

Tun Mahathir Benarkah Anwar MELIWAT ??


Kenyataan diatas adalah pendirian Tun Mahathir sebelum ini berkenaan isu pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet seterusnya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat.

Siapa jua yang mengikuti rapat isu liwat Anwar Ibrahim pasti akan melihat bagaimana pendirian Tun Mahathir pada waktu itu langsung tidak berubah malah Tun Mahathir adalah pemimpin politik yang memikul tanggungjawab pada saat itu sehingga segala tindakan diambil terhadap Anwar Ibrahim.

Dan kalau kita amati dalam prosiding kes di mahkamah sekalipun, barisan peguam Anwar sendiri pernah menyebut bahawa perlakuan liwat tersebut berlaku secara suka sama suka seterusnya telah membuktikan bahawa memang ANWAR MELIWAT !

Atas apa andaian dan dakwaan sekalipun, kita perlu merujuk kepada keputusan mahkamah kerana pada pandangan MMI ianya cukup telus dan langsung tidak mengenepikan mana-mana pihak sama ada pendakwa mahupun pembela.

Perlu diingat Anwar Ibrahim di wakili oleh 15 barisan peguam untuk mempertahankan beliau dan mereka-mereka itu adalah Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai 14 lagi barisan peguam yang lain dan mereka-mereka itu adalah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Jadi tak perlulah mana-mana pihak pertikaikan lagi sebab semua tu hebat-hebat belaka dan keputusan telah dibuat Anwar Ibrahim perlu menjalani hukuman penjara paling berprestij dengan pelbagai kemudahan yang pastinya tidak dimiliki oleh mana-mana peliwat yang lain.

Baik kita teruskan dengan perkara pokok yang MMI rasa perlu kita berikan tumpuan.

Sedarkah kita pada hari ini manusia bernama Tun Mahathir yang dulunya begitu gah mengepalai kerajaan dan membuat satu keputusan yang dilihat banyak pihak sebagai satu keputusan berat apabila memecat Anwar dari kabinet disebabkan perlakuan luar tabienya kini secara tiba-tiba mengunci mulut dan mula mensasarkan kepada pihak yang lain.

Buktinya dalam forum anjuran pembangkang di Petaling Jaya, Pengerusi PPBM dan Penasihat DAP itu bukan sahaja mengelak tetapi berpusing-pusing cakapnya apabila diajukan soalan mengenai tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, 20 tahun lalu.

Jawapan yang diberikan ternyata mengecewakan hadirin yang hadir apabila bekas Perdana Menteri itu seperti me­nyalahkan pihak polis dengan anggapan cuba menjatuhkan pemimpin PKR berkenaan.

“Saya ingat polis cuba menjatuhkan beliau. Oleh itu, saya tidak buat apa-apa tindakan. Pihak polis kemudiannya terus memberi laporan terperinci, tetapi saya tetap tidak mahu mempercayainya,” katanya dalam forum tersebut.

Dalam usaha mempertahankan diri, Tun Mahathir berkata, tindakan diambil terhadap Anwar selepas mendapat pandangan pemimpin-pemimpin UMNO lain untuk menolak bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Jawapan itu ternyata berbeza sama sekali dengan apa yang telah diungkapkan beliau sebelum bersama-sama dengan parti-parti pembangkang.

Jika dulunya beliau melihat kepada soal masa depan negara, hari ini Tun Mahathir sedang cuba menyalahkan pihak Polis dan pemimpin UMNO yang lain sedang pada saat dan ketika isu liwat itu dibangkitkan Tun Mahathir adalah pemimpin nombor satu negara dan parti.

Lihatlah bagaimana sekali lagi Tun Mahathir menuding jari kepada pihak lain semata-mata untuk menyelamatkan kepentingan politik peribadinya.

Ternyata Tun Mahathir bukan sahaja hilang segala-galanya tetapi beliau hampir pasti akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan hanya kerana menurut nafsu politik yang membuak-buak.

MMI kata sudahlah Tun Mahathir berhentilah sebelum pemergianmu diiringi nista yang memalukan.

Baca artikel berkaitan ;

MMI

5 comments:

  1. Itu je?
    Antara anwar dan mahathir

    Yang lebih penting
    Antara najib dengan 30 juta rakyat..
    Ada tak duit rakyat dalam akaunnya..

    ReplyDelete


  2. Dari jawapan2 yg di betikan oleh Mahathir, ternyata Mahathir tidak jujur dan tak boleh di harapkan. Dan jika Mahathir menjadi Pengurusi PH, mana seluruh anggota memang PH tak boleh diharapkan.



    ReplyDelete
  3. Kadang aku kesian juga dengan macai dan media umno, nak kena dan burukan Tun tapi selalu kantoi dan backfire..

    Tv3 berita kul 8, tajuk MAHATHIR GAGAL JAWAB SAOLAN MENGENAI KERUGIAN FOREX
    Di tunjukan seorang pemuda yang mengaku penyokong kuat Tun bertanyakan saolan..ada satu dua tepukan menyokong saolan tersebut...
    Selepas itu ditunjukan Tun menjawab..tetapi agak rengkas...diikuti tepukan gemuruh?!!!!

    Kalau dapat tepukan gemuruh, di mana katanya Tun tak sapat jawab saolan???

    Tu kan.kantoi namanya..

    ReplyDelete
  4. Betul, Madey mendapat tepukan gemuruh daripada majoriti dan ahli penyokong DAP dalam dewan tu. Nasib baik penyokong parti bunga tak ramai, kalau tidak mesti ada kerusi yamg terbang ke arah penyoal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 200 youngster yang hadir di sessi dialog tersebut bukanlah sama seperti 4000 fake cybertrooper yang dapat hp free dan powerbank palsu seperti di pwtc hari tu..sama² kena kencing.



      Delete

Labels