Followers

Friday 24 May 2013

AMBIGA ~ I Want More !!!!


Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga mendakwa penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim merupakan satu pelanggaran terhadap sistem demokrasi di negara ini susulan akta itu dalam proses untuk dimansuhkan.

Beliau yang ditemui di luar kamar Mahkamah Sesyen Jenayah 1 mendakwa pertuduhan Akta Hasutan terhadap Adam Adli itu juga dilihat sebagai pendakwaan terpilih, semata-mata mahu menghukum pihak tertentu sahaja. "Undang-undang itu tidak relevan digunakan oleh sesiapa dan tidak boleh mengenakan dakwaan kepada sesiapa pun.

"Jangan gunakan sistem keadilan jenayah dan undang-undang ini dengan cara menghukum satu atau dua orang saja. "...sebab itu kami fikir ia adalah pendakwaan terpilih sekaligus menyalahi sistem keadilan negara ini," katanya selepas perbicaraan Adam Adli di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, di sini, hari ini. Adam Adli ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu, kira-kira pukul 3.15 petang di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan.

Beliau direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan berakhir pada hari ini. Adam Adli, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu. Penahanannya mendapat bantahan daripada macai-macai pembangkang , manakala nyalaan lilin dilakukan di hadapan Pusat Tahanan Jinjang, tempat Adam Adli ditahan bermula hari pertama sehingga malam tadi.sumber 

Dalam kita sedar atau tidak mereka sudah mula mempertikaikan undang-undang negara kita sendiri.Oleh kerana itu MMI nak berpesan kepada mereka-mereka yang mempunyai akses atau apa saja saluran yang mampu di sampaikan kepada pucuk pimpinan negara agar segera merangka satu undang-undang yang benar-benar memberikan kuasa kepada pihak polis untuk melakukan tindakan pencegahan serta penangkapan.

Jangan lambat kerana kini undang-undang negara ibarat permainan bagi juak-juak macai pembangkang.

Dalam masa yang sama jangan hanya mengharapkan Zahid untuk bertindak yang lain juga harus bersama berusaha agar Malaysia kembali sebagai sebuah negara yang di hormati bukan saja oleh dunia luar tetapi juga mereka yang mengaku rakyat.

Psst Aku makin panazzzz

MMI.

2 comments:

  1. 100% setuju...bring back ISA...

    zaman moden ni manusia semakin susah dikawal....
    Hak Kebebasan lah Kononnya.....

    Hak Kami yang inginkan Keamanan...MACAM MANA ?

    tengoklah budak-budak zaman sekarang...
    anak-anak yang diasa pandai demanding....

    ReplyDelete

Labels