Followers

Showing posts with label Ambiga. Show all posts
Showing posts with label Ambiga. Show all posts

Friday, 24 May 2013

AMBIGA ~ I Want More !!!!


Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga mendakwa penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim merupakan satu pelanggaran terhadap sistem demokrasi di negara ini susulan akta itu dalam proses untuk dimansuhkan.

Beliau yang ditemui di luar kamar Mahkamah Sesyen Jenayah 1 mendakwa pertuduhan Akta Hasutan terhadap Adam Adli itu juga dilihat sebagai pendakwaan terpilih, semata-mata mahu menghukum pihak tertentu sahaja. "Undang-undang itu tidak relevan digunakan oleh sesiapa dan tidak boleh mengenakan dakwaan kepada sesiapa pun.

"Jangan gunakan sistem keadilan jenayah dan undang-undang ini dengan cara menghukum satu atau dua orang saja. "...sebab itu kami fikir ia adalah pendakwaan terpilih sekaligus menyalahi sistem keadilan negara ini," katanya selepas perbicaraan Adam Adli di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, di sini, hari ini. Adam Adli ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu, kira-kira pukul 3.15 petang di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan.

Beliau direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan berakhir pada hari ini. Adam Adli, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu. Penahanannya mendapat bantahan daripada macai-macai pembangkang , manakala nyalaan lilin dilakukan di hadapan Pusat Tahanan Jinjang, tempat Adam Adli ditahan bermula hari pertama sehingga malam tadi.sumber 

Dalam kita sedar atau tidak mereka sudah mula mempertikaikan undang-undang negara kita sendiri.Oleh kerana itu MMI nak berpesan kepada mereka-mereka yang mempunyai akses atau apa saja saluran yang mampu di sampaikan kepada pucuk pimpinan negara agar segera merangka satu undang-undang yang benar-benar memberikan kuasa kepada pihak polis untuk melakukan tindakan pencegahan serta penangkapan.

Jangan lambat kerana kini undang-undang negara ibarat permainan bagi juak-juak macai pembangkang.

Dalam masa yang sama jangan hanya mengharapkan Zahid untuk bertindak yang lain juga harus bersama berusaha agar Malaysia kembali sebagai sebuah negara yang di hormati bukan saja oleh dunia luar tetapi juga mereka yang mengaku rakyat.

Psst Aku makin panazzzz

MMI.

Wednesday, 26 December 2012

BEWARE She's BACK !!


Anwar Ibrahim yang menggunakan platform Bersih melalui Ambiga Sreenavasan nampaknya semakin tertekan apabila rayuannya kepada kerajaan Australia untuk masuk campur dalam proses pilihan raya negara ini ditolak mentah-mentah.

Anwar kemudian terpaksa menggunakan pengaruhnya susulan kegagalan Ambiga yang sebelum itu berkempen di negara itu untuk tujuan yang sama tetapi menerima jawapan negatif dari Kementerian Luar Australia. 

Malu Anwar bukan kepalang apabila menerima respons yang negatif dari Menteri Luar Bob Carr.

Kata Carr kerajaan Australia bukan berfungsi sebagai badan pemantau Suruhan Jaya Pilihan Raya dan sudah tentunya bukan tugasnya untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Apabila pihak asing tidak lagi berminat untuk mendokong agenda peribadi Anwar menerusi Bersih, kini Ambiga beriya-iya pula mahu melancarkan program 'Jom Pantau' baru-baru ini.

Program itu kononnya akan menggerakkan rakyat bagi memantau proses pilihan raya pada PRU13 nanti untuk memastikan ia berjalan tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan.

Pembangkang amat senang mencari kesalahan dan keburukan orang lain tapi apabila terkena batang hidung terus membisu dan buat pekak telinga.

Contohnya pemilihan PKR dua tahun lalu penuh dengan gejala rasuah, nepotisme dan kronisme namun semua aduan dan bantahan disenyapkan oleh Anwar kerana mahu memenangkan kumpulan yang menyokong Azmin Ali.

Semua calon yang tidak sebulu dengan Azmin yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dicantas dan dipastikan tidak mendapat undi atau digugurkan nama mereka pada saat akhir.

Calon-calon anti-Azmin menghadapi laluan amat sukar kerana kawalan ketat kroni rapat Anwar itu akan memastikan Jawatankuasa Pemantau Pemilihan akan mencari setiap kesalahan bagi menafikan mereka daripada bertanding.

Akhirnya apabila keputusan diumumkan, lebih 90 peratus barisan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat adalah kroni-kroni Azmin termasuk juga majoriti ketua-ketua cabang PKR diseluruh negara.

Jika Anwar ingin bersihkan proses pilihan raya negara ini telus dan adil, pastikan beliau cuci dahulu semua kekotoran yang menyelaputi proses pemilihan partinya terlebih dahulu. 

Namun pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya objektif sebenar Anwar atau Ambiga.

Jika diperhatikan perjalanan tiga perhimpunan Bersih yang telah diadakan sejak tahun 2007, trendnya bukan untuk menuntut pelaksanaan lapan tuntutan yang dikemukakan kepada SPR tetapi sebagai satu cara mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan rusuhan jalanan. 

Lebih-lebih seruan Ambiga sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak rakyat berpartisipasi dalam program 'Jom Pantau' kononnya sebagai pemerhati dalam PRU13 adalah taktik untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu.

Ini kerana perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 menyaksikan majoriti peserta yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada orang Melayu terutamanya golongan muda dan belia.

Amat sedikit sekali peserta ketiga-tiga demonstrasi anjuran Bersih disertai oleh kaum Cina apatah lagi kaum India, lantas menimbulkan syak wasangka apakah sebenarnya tujuan bersih.

Politik Melayu telah berpecah tiga kepada UMNO, PAS dan PKR dan usaha yang dilakukan oleh Ambiga adalah untuk memburukkan lagi retak pada perpaduan Melayu.

Jika ramai belia, remaja dan muda-mudi Melayu dapat dipengaruhi menyertai program-program Bersih maka ini akan melemahkan sokongan kepada UMNO dan apabila parti tulang belakang Barisan Nasional itu hilang kekuatan, senanglah pembangkang menyerang kerajaan bertubi-tubi.

Inilah hasil daripada agenda dana asing diakui diterima oleh Ambiga sendiri.

Maka Bersih bukanlah usaha murni kononnya untuk menegakkan keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya tetapi merupakan landasan untuk menjatuhkan kerajaan melalui kekecohan yang timbul daripada perhimpunan yang diadakan.

Bersih berselindung di sebalik gerakan massa untuk melemahkan bangsa Melayu dengan melaga-lagakan mereka.

Apa yang Ambiga mahu lihat daripada perhimpunan Bersih ialah orang Melayu berkelahi sesama sendiri dan kuasa politik mereka diperkotak-katikkan.

Dengan itu senanglah pihak asing yang selama ini membiayai Anwar serta PKR dan gerakan berlandaskan pengaruh rakyat seperti Bersih, Suaram, anti-Lynas dan sebagainya, melaksanakan program kawalan asing ke atas negara ini.

Janganlah terlalu asyik dilayan slogan-slogan yang pro-rakyat sehingga lupa maksud yang tersirat.

Hakikatnya Ambiga tidak berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih atau adil dan orang Melayu yang menyokong Bersih hanyalah kuda tunggangan yang tidak sedar mereka sedang dieksploitasi dengan mudah.

kredit to info4thetruth 

MMI.

Saturday, 10 November 2012

PRU13 AMBIGA Mahu Kerajaan Sedia Ada ?!!!


"BOLEH SAJA KERAJAAN YANG SAMA" itulah antara kata-kata dari Ambiga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) apabila menyentuh berkenaan pilihan raya ke13 negara dalam satu temuramah oleh CNN baru-baru ini.

Wow ! Apakah ini petandanya Si Ambiga bakal menyokong kerajaan Barisan Nasional ?

Barangkali dengan segala macam yang berlaku dalam Pakatan Haprak hari ini sudah menyedarkan Ambiga bahawa Pakatan Haprak sudah tidak lagi relevan dalam dunia politik tanahair.

Apatah lagi sebelum ini Ambiga telah pun disekolahkan oleh Khairy Jamaludin dalam debat berkaitan tuntutan BERSIH mengenai pilihan raya.

Sebenarnya itu hanyalah sebahagian daripada kenyataan beliau sewaktu ditemuramah oleh wartawan CNN di New York Selasa lalu.
KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S.Ambiga berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya kerajaan sedia ada dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang, asalkan ia dijalankan secara adil. 
"Boleh saja kerajaan yang sama, orang yang sama masuk, (tetapi) mereka perlu membenarkan pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil," katanya dalam temu bual dengan Ketua Pewarta Antarabangsa CNN Christiane Amanpour di New York pada Selasa. 
Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata demikian apabila ditanya sama ada 'Arab Spring' mungkin berlaku di Malaysia. 
"Di tempat kami, kami tak mahu berlaku 'Arab Spring'. Kami mahu pilih pemimpin kami melalui pilihan raya yang bersih dan adil, kami mahu berbuat demikian melalui peti undi," katanya. 
Ambiga berkata beliau lebih bimbang tentang proses pilihan raya itu sendiri, daripada siapa yang akan menang. 
"Proses pilihan raya penting kerana ia mencerminkan kehendak rakyat. Ia adalah mengenai sah atau tidak dan memenuhi hak pemilih untuk mengundi," katanya.- Bernama  
Rasanya habis juak-juak dengan pemimpin Pakatan Haprak pitam kalau Ambiga benar-benar sokong Barisan Nasional.

Siapa Ambiga ni ? Apa besar sangat dia ni ? kalau ya pun nak main wayang agak-agaklah, jangan nak stim sendiri, syok jer dia sembang "boleh saja kerajaan yang sama, orang yang sama asalkan ia dijalankan secara adil", macam dia pula yang tentukan masa depan negara ni.Baca ulasan seterusnya dari sahabat blog Gelombang Kick Klik Sini

Cuma satu ja lah , kalau dah rembat sampai 5 negeri masa PRU ke12 ari tu tang mana lagi yang tak BERSIH melainkan saja nak buat dajjal jelah..

MMI nak tunggu juga Ambiga nak bertanding di kerusi mana ?

MMI.

Tuesday, 16 October 2012

Ambiga Kini Ancaman Kepada Negara !!


Rasanya dah cukup ancaman yang dibuat oleh si Ambiga ni , pihak-pihak tertentu seharusnya dah boleh mengambil tindakan sebab minah ni dah sampai tahap memusuhi negara.Pengkianat ni memang macam tulah sikap dan perangainya.

Ambiga kini dikatakan makin pening sebab usahanya untuk mendapatkan sokongan kuasa luar gagal semuanya kerana kebodohan dan tahap cerdik bodohnya sendiri.

Dalam suasana politik terkini di Malaysia juak-juak Pakatan Haprak semakin hari semakin sesak nafas malah segala gerak kerja mereka semakin hilang arah.

Sebab itulah juak-juak pengkhianat ni mencari alternatif lain bagi menyemarakkan kembali semangat untuk memusnahkan negara sendiri di kalangan penyokong mereka.

Untuk itu , mereka bergantung kepada ‘jiwa hamba’ yang menyelubungi penyokong mereka iaitu dengan menghantar Ambiga Sreenavesan, Pengerusi BERSIH untuk mengadap menyembah bangsa penjajah, iaitu Nick Xenophon, seorang Senator Bebas dalam Parlimen Australia.  

Ambiga ditugaskan secara rasmi untuk mengulangi sejarah dengan meminta bangsa penjajah membantu Pakatan Rakyat mengambil-alih kuasa dari kerajaan yang sah, yang dipilih oleh rakyat.

Caranya ialah dengan meminta kerajaan Australia  mencampuri proses pilihanraya Malaysia atas alasan ianya tidak dijalankan dengan bersih.

Pastinya, untuk bantuan seperti itu, Malaysia akan perlu membayar sama ada dengan menggadaikan sebahagian, atau keseluruhan kek ekonomi kepada asing, atau menggadaikan agama, bangsa atau kesemuanya sekali.

Namun, ternyata Nick Xenophone telah gagal meyakinkan parlimen Australia untuk menyempurnakan hajat Ambiga.  Melalui transkrip debat antara Nick dengan Menteri Luar Australia, Bob Carr, jelas hujah Nick amat lemah apabila mengusulkan kenyataan Ambiga dan Andrew Khoo, iaitu ahli jawatankuasa BERSIH bahawa Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang tidak akan adil dan bersih.

Hujah ini diasaskan kepada sistem pendaftaran undi, proses pengiraan undi,  keraguan mengenai undi pos serta larangan terhadap demonstrasi jalanan.  Beliau juga membangkitkankan isu semburan gas pemedih mata terhadap peserta demonstrasi sebagai faktor untuk meragui sistem pilihanraya negara ini.   Dengan itu, Nick meminta agar Australia memantau pilihanraya Malaysia.

Bob Carr kemudian menyangkal usul Nick dengan hujah yang berdasarkan fakta jelas iaitu kerajaan Malaysia pastinya telah melalui pilihanraya yang adil di mana parti memerintah telah kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU yang lalu.  Lebih-lebih lagi apabila keputusan ini dicapai dengan kekalahan di lima negeri yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.   Beliau juga menyatakan bahawa mengikut makluman, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sendiri juga dalam pertimbangan serius untuk menjemput pemerhati luar untuk pemantauan proses pilihanraya.

Dengan hujah Bob Carr yang bernas dan tidak dapat disangkal lagi, maka parlimen Australia langsung membakul-sampahkan hajat Ambiga atau usul Nick sebagai tidak berasas.    

Malah Bob Carr juga menegaskan bahawa hal ehwal dalam negeri Malaysia, adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia dan Australia tidak perlu campurtangan.Baca Sini

Nampak sangat puak-puak ni memang betul-betul cuba untuk memusnahkan negara Malaysia malah MMI boleh kata ini adalah sebahagian daripada gerakan untuk merampas kuasa dengan keterlibatan kuasa asing.

Bagi MMI orang semacam Ambiga ni seharusnya dikenakan tindakan malah dalam kes terbaru ini beliau selayaknya di hukum gantung saja.

Tak mustahil jika dibiarkan orang seperti ini satu hari nanti negara kita akan tergadai...

Dasar PENGKIANAT !!

MMI.

Labels