Semua pihak sedia maklum selepas keputusan pilihanraya umum ke13 baru-baru ini Pulau Pinang masih di tangan pembangkang dan sudah pasti DAP mengungguli carta parti yang menerajui kerajaan negeri.Banyak pihak tersentak dengan keputusan tersebut malah sekali lagi parti-parti komponen Barisan Nasional Pulau Pinang seperti MCA,Gerakan dan MIC gagal menyumbang sebarang kerusi kepada negeri mahupun persekutuan.
Rentetan kepada keputusan tersebut Pengerusi Barisan Nasional Teng Chang Yeow meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab diatas kekalahan Barisan Nasional di Pulau Pinang.
Sorry to say MMI antara yang cukup marah dengan tindakan beliau kerana lari dari medan peperangan.Setelah seluruh angkatan ke medan perang dan masih terus berjuang beliau selaku pemimpin utama Barisan Nasional lari dari tanggungjawab sebenar beliau.
Adat dalam pertandingan kekalahan adalah sesuatu yang biasa tetapi lari dari amanah sama sekali tidak boleh di terima.
Maka dengan perletakan jawatan itu Barisan Nasional Pulau Pinang kini kosong dan tidak berpengerusi.Apakah selepas ini akan ada lagi penama baru yang akan muncul dari mana-mana kem dalam parti komponen Barisan Nasional seperti MCA,Gerakan mahupun MIC ??
Berbeza pula dengan UMNO Pulau Pinang apabila bersedia memangku jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu sekiranya anggota dari Gerakan dan MCA menolak untuk memanuhi jawatan berkenaan buat sementara waktu.
GEORGETOWN - Umno Pulau Pinang bersedia memangku jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu sekiranya anggota dari Gerakan dan MCA menolak untuk memenuhi jawatan berkenaan buat sementara waktu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sekiranya kedua-dua parti yang mewakili kaum Cina itu enggan memegang jawatan berkenaan, Umno bersedia memangkunya atas dasar setia kawan.
“Sejak 1974, terdapat perjanjian di antara parti komponen BN iaitu parti yang mewakili kaum Cina akan memegang jawatan itu dan Umno akur dengan perjanjian itu. Bagaimanapun, sekiranya Gerakan ataupun MCA enggan memenuhi jawatan itu, Umno bersedia berbuat demikian.
“Kita tidak boleh biarkan jawatan itu kosong tanpa diwakili mana-mana parti. Jika mereka (Gerakan dan MCA) mahu semula, kita akan beri balik atas dasar semangat setia kawan,” katanya kepada media selepas mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri, hari ini.
Mengenai peletakan jawatan bekas Pengerusi BN negeri,Teng Chang Yeow, Zainal berkata, pihaknya ada mengemukakan surat rayuan kepadanya agar menarik semula hasratnya itu.
Menurutnya,walaupun surat rayuan sudah dikemukakan, ia bergantung kepada Chang Yeow dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskannya kelak.
“Kita masih menunggu keputusan selanjutnya daripada Najib dan kita juga sudah kemukakan surat rayuan kepada Chang Yeow agar menarik semula hasrat itu.
“Rayuan itu dibuat kerana kita merasakan beliau masih boleh memegang jawatan itu dan memimpin BN di Pulau Pinang," katanya.
Sebelum ini, Chang Yeow mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang dan Setiausaha Agung Gerakan Kebangsaan setelah kalah di kerusi Dun Bukit Tengah kepada calon PKR, Ong Chin Weh pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Chang Yeow mendakwa, keputusan itu diambil kerana bertanggungjawab atas kekalahan BN kerana bertindak sebagai perancang utama strategi untuk PRU13.mypenangonline
Apa pun kita tunggu keputusan pucuk pimpinan...
Psstt kaum cina tak bagi dah gang !!
MMI.
No comments:
Post a Comment