Followers

Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Tuesday, 16 July 2013

REPLIKA BURUNG Tarikan Pelancong Atau Gila Meroyan ?!


Tindakan DAP menggunakan replika burung gergasi di Pulau Pinang yang didakwa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya sebagai daya tarikan pelancongan baharu ke negeri itu dilihat sebagai syok sendiri bagi mempromosikan partinya.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dakwaan penggunaan replika burung itu bagi menarik pelancong ke negeri terbabit merupakan alasan semata-mata dan mempunyai agenda politik tertentu.

“Secara umum, replika itu sendiri melambangkan parti DAP dan mempunyai unsur politik. Jadi dengan menggunakan replika itu, Guan Eng sebenarnya memberi publisiti kepada partinya itu, bukan mahu meningkatkan industri pelancongan.

“Malah, kita boleh menilai DAP selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), pemimpin parti itu tidak berputus asa untuk memberi publisiti ke atas parti mereka, antaranya menganjurkan perhimpunan haram dan kini melancarkan replika burung gergasi dengan niat mahu mempromosikan parti mereka," katanya.

Tiong Lai mengulas penggunaan replika burung gergasi di Dermaga IJM, Promenade Pulau Pinang mulai 13 Julai sehingga 31 Ogos ini.

Sebelum ini, Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan menyelar kerajaan negeri itu bersikap hipokrit apabila mendakwa pelancaran replika burung gergasi di perairan negeri itu bertujuan sebagai daya tarikan pelancongan baharu.

Katanya, tindakan DAP mengapungkan replika setinggi kira-kira tujuh meter berkenaan bukan bertujuan menarik pelancong, sebaliknya dilakukan atas kepentingan politik iaitu mahu mempromosikan parti mereka.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kos pelaksanaan replika itu membazirkan wang, Tiong Lai sebaliknya memberitahu perbelanjaan yang digunakan itu ternyata bagi tujuan mempromosi partinya.

“Walaupun projek itu tidak melibatkan peruntukan kerajaan negeri tetapi ternyata kos yang digunakan itu dengan tujuan publisiti parti sahaja bukan untuk tarikan pelancong," katanya.utusan

Apa yang boleh MMI katakan ianya bukan sekadar mempromosikan parti tetapi sudah sampai ke tahap gila meroyan pemimpin DAP dengan kuasa yang mereka miliki hari ini.Kegilaan itu berterusan sampaikan nilai RM60 ribu sudah tidak lagi memberikan apa-apa erti kepada mereka.

Mungkin selepas ini nilai yang sama akan digunakan bagi menghasilkan replika bulan yang akan di naikkan di atas KOMTAR bagi menarik kehadiran pelancong !!!

Baca juga di SINI 

MMI

Sunday, 14 July 2013

Pulau Pinang Sedang Di CINAKAN !!!


Rasanya ramai yang dah tahu tentang apa yang sedang berlaku dan di lakukan oleh DAP di Pulau Pinang.Ada usaha sejak 2008 yang lalu untuk memberikan tekanan kepada bangsa Melayu melalui badan dan agensi kerajaan negeri dengan matlamat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau bebas Melayu.

Jangan sesiapa cuba menafikan kenyataan tersebut kerana apa saja yang berlaku , rakyat Pulau Pinang tahu ianya satu penindasan terhadap orang Melayu sedangkan kaum Cina adalah sebaliknya.

Tak perlu MMI ulas satu persatu kerana ramai di luar sana sedia maklum tentang isu perobohan gerai,tanah,pembangunan dan lain-lainnya yang melibatkan banyak pihak sebelum ini.

Terkini setelah rejim DAPigs berjaya mengekalkan kuasanya bagi kali kedua di Pulau Pinang , sudah ada usaha yang jauh lebih berani malah ianya di lakukan secara terang-terangan untuk menjadikan Pulau Mutiara ini sebagai pulau milik kaum Cina.

Dalam bahasa kasarnya Pulau Pinang sedang di Cinakan !!

Pelancaran mascot UBAH Burung Enggang setinggi 7 meter di Promenade Sungai Pinang pagi semalam menggambarkan keangkuhan dan penghinaan terhadap orang yang tidak menyokong mereka.

DAPigs dengan angkuh telah membelanjakan RM60 ribu semata-mata untuk menyediakan maskot burung ubah ini.


Persoalannya untuk apa kerajaan negeri menyediakan maskot sebegini besar dan mahal jika ianya semata-mata mahu di lepaskan kelaut ? Jawapannya mudah ....


Ianya merupakan idea yang di "copy paste" dari itik getah kuning yang mahsyur di Hong Kong. Jika melihat kepada kedua-dua maskot ini jelas ianya mempunyai persamaan.

Persamaannya adalah kedua-duanya bertujuan untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

Namun ada sesuatu yang perlu kita tahu iaitu itik kuning adalah maskot bagi menarik tumpuan dunia untuk melawat Hong Kong namun di Pulau Pinang ianya jauh berbeza kerana yang di lepaskan itu adalah maskot parti DAP.

Senang cita ianya merupakan usaha berterusan rejim DAPigs untuk terus menCINAkan Pulau Pinang !!

Baca juga di SINI 

MMI

Saturday, 13 July 2013

Penduduk Pulau Pinang Bakal Nikmati Air PERCUMA !!!!


Apa yang bakal MMI catatkan nanti sudah pasti akan membuatkan ramai penduduk di Pulau Pinang tersenyum kerana ketua menteri Guan Eng telah melakukan satu tindakan paling drastik bila mana dalam masa terdekat pengguna air tidak lagi perlu membayar caj penggunaan yang membawa maksud air di bekalkan percuma di Pulau Pinang.

Menarik bukan ? Itulah hebatnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAPigs dan Guan Eng.Jadi tunggu apa lagi pakat-pakat pi jumpa dan ucap terima kasihlah !!!

Hahahaha jangan buat lagu tu kawan-kawan , jangan sesekali menyembah bangsat-bangsat komunis ni kerana mereka bukannya spesisi yang boleh kita sembah.

Apa yang MMI nak kongsi dengan semua adalah tentang sikap si Guan Eng berkaitan dengan isu air yang melibatkan dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Kedah.

Seperti mana semua sedia maklum , Pulau Pinang mendapat bekalan air mentah daripada negeri Kedah melalui sungai muda sejak dari dulu dan sudah semestinya terdapat pembayaran caj tertentu yang perlu di bayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada negeri Kedah.

Namun kerana sifat bangsat puak-puak DAPigs ni Guan Eng boleh saja menyatakan tidak mahu membayar caj yang akan di kenakan dengan alasan AIR ANUGERAH TUHAN ADALAH PERCUMA !!

Nampak dak macam mana punya sial puak-puak ni ! 

Jadi MMI nak ingatkan kepada seluruh penduduk Pulau Pinang jangan risau jika Guan Eng boleh menyatakan air adalah anugerah tuhan dan ianya percuma maka sudah pasti anugerah itu juga adalah hak kita sebagai rakyat dan penduduk.

Jadi kepada Guan Eng dan PBA , lepas ni jangan lagi antar bil air dekat kami na !!! Baca Selanjutnya 

MMI

Thursday, 11 July 2013

Mahkamah Sita Barangan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang


Beberapa pegawai dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menyita barang-barang milik Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Norhayati Jaafar di rumahnya di Taman Sri Kijang di sini.

Tindakan itu dilakukan sejurus mereka menyerahkan writ penyitaan ekoran kegagalan Norhayati mematuhi perintah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah setelah kalah dalam satu kes saman fitnah tahun lalu.

Menurut peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar, tindakan sita terpaksa diambil selepas Norhayati mengingkari arahan mahkamah yang dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese pada 27 September tahun lalu untuk membayar ganti rugi kepada Aminah.

"Hari ini pihak mahkamah telah menyerahkan writ sitaan dan jualan bagi menyita barang-barang milik defendan pertama dalam kes itu iaitu Norhayati.

"Dia diberi masa 14 hari untuk menyelesaikan tuntutan ganti rugi atau barangan terbabit boleh dilelong oleh pihak mahkamah," katanya kepada pemberita di Balai Polis Machang Bubok di sini hari ini.

Selain Norhayati, dua lagi pimpinan PKR iaitu Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamaruddin dan Timbalan Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam, Jab Samad turut diarahkan membayar ganti rugi RM30,000 setiap seorang kepada Aminah.

Aminah mengambil tindakan saman itu ekoran satu kenyataan dalam akhbar parti Pas, Harakah edisi 20-22 Mei 2011 yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya. - UTUSAN ONLINE

MMI

Pulau Pinang Semakin Berubah !!!


Terserah kepada anda untuk menilai tajuk artikel ini. Jika anda percaya ianya berbaur rasis, rasislah ia. Jika anda berfikiran ia cubaan menghasut, maka ia menjadi hasutan. Ternyata, akal kita dapat memilih untuk berada di pendirian tersendiri, berdasarkan “favouritisme” atau apa juga sebab yang selalunya menyebelahi kita.

Apa yang cuba penulis fokuskan disini ialah berkenaan dengan pengalaman seorang sahabat yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Pulau Pinang. Sedang beliau bukanlah seorang yang mesra politik, pengalamannya yang baharu sahaja mencecah 5 bulan di Pulau Pinang, telah merobah dirinya secara total; “from nothing to something”, menjadi rakyat yang celik politik.

Menurut sahabat, beliau sering melihat politik sebagai medan pemecahan keterikatan perpaduan ummah. Tidak pernah menyalahkan beliau, tetapi itulah yang berlaku di lingkaran masyarakat Melayu, yang sebahagiannya mempercayai fatwa kafir mengkafir hanya kerna politik. Minda singkat lagi kusut, hanya untuk mencari pengikut. Biarkan si Algojo menjalankan tugasnya nanti.

Pengalaman sahabat di Pulau Pinang (beliau masih lagi bertugas di sana) yang baru sahaja mencecah 5 bulan telah berjaya membuka matanya tentang apa itu politik dan betapa pentingnya mengekalkan status quo 2004, disebalik pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan yang telah lebih 50 tahun mengemudi negara ini.

Menurut sahabat, di Pulau Pinang, sensitiviti agama, mahupun adat budaya tidak lagi dihiraukan oleh golongan yang mendabikdada kerna berjaya membentuk kerajaan, waima sekadar kerajaan negeri. “Si Kerbau Pendek” dijual secara terbuka, tanpa menghiraukan sensitiviti kawasan kejiranan.  Tidak perlu penulis hebahkan tentang betapa angkuhnya mereka sekiranya ditegur.

Nasib peniaga Melayu sudah ramai yang tahu, berjajaran peniaga Cina di persisiran jalan, tetapi dihukum sebagai haram untuk peniaga Melayu. Ironinya, hukum ini diterimapakai oleh golongan Melayu minda kusut. Betapa dendam amarah syaitanirrajim yang menjadi dasar pemahaman politik mereka telah sebati di hati sanubarinya.

Bangkitnya hati Melayu sahabat ini, apabila sedang memberi perkhidmatan kepada rakyat, seraya diherdik “Ini Penang cina yang punya, you mesti mau cakap bahasa Cina”. Seperti dipalu halilintar gegendang telinganya mendengar kenyataan berbaur hamis, persis komunis.  Pilu hatinya mendengar “penghinaan” itu. Dia tidak menyangka itu akan berlaku, kerana menganggap semua yang mendapatkan perkhidmatan di tempat beliau bertugas adalah rakyat Malaysia.

Apakah Pulau Pinang bukan lagi sebuah provinsi berdaulat milik Malaysia yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi?

Sahabat memberitahu, bahawa beliau tidak sabar untuk menamatkan tugas dan kembali di negeri asalnya. Bukan takut, tetapi takut gagal membendung perasaan amarahnya. Amarah bila menyala, hadirlah syaitan menunggangnya, persis bagaimana golongan Melayu minda kusut ditunggang, sehingga lupa mana harbi, mana dzimmi.

Dan beliau memberi penjelasan, takut-takut, semangat Dato’ Bahaman, atau Rentap, tiba-tiba bangkit dan menggila sewaktu penghinaan-penghinaan tersebut dilontarkan kepadanya.

Syukur rasanya bila sahabat ini sudah keluar dari fobia politik yang selama ini membelenggunya sekaligus menyebabkan beliau gagal melihat politik dari sudut makro. Semoga ramai lagi yang diberi hidayah sama seperti beliau.sumber 

Jika diikutkan hati rasanya dah lama Pulau Pinang jadi medan tempur namun mungkin kerana  orang Melayu masih mampu mengawal perasaan maka ianya kekal begitu.Cumanya MMI yakin air sejuk lama-lama akan jadi suam dan lepas suam tu sudah pasti panas dan bila mana panas tu tak tau lah apa jadi !!

Pesanan MMI kepada kaum Cina di Pulau Pinang jangan kurang ajar sangat !

MMI

Wednesday, 10 July 2013

Tanpa TEMUDUGA Di Mana CATnya ??????


Berita mengenai perlantikan Ahli Majlis MPPP yang mendapat perhatian banyak pihak ini membuktikan betapa kerajaan negeri pimpinan Guan Eng sekali lagi melacurkan slogan yang di ciptakan mereka sendiri.

Tindakan perlantikan  Nur Fitriah Abdul Halim 26 tahun tanpa melalui proses temuduga sudah cukup untuk membuktikan betapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengotakan apa yang di janjikan melalui slogan CAT mereka.

Di mana Cekapnya jika tidak melalui proses temuduga ? Di mana akauntibilitinya jika terus mengangkat sumpah sebagai ahli majlis ? Di mana Telusnya jika gadis berusia 26 tahun ini yang baru seminggu mendaftarkan keahliannya dalam parti DAP di tabalkan sebagai ahli majlis malah tidak perlu melalui proses seperti mana orang lain ?


Alo brader agak-agaklah rakyat Pulau Pinang bukan semuanya cina bukit yang boleh angguk bila dapat habuan , kita melihat dan menilai ...... kuota Melayu hahaha BANGSAT !!

Baca juga di SINI 

MMI

Sunday, 30 June 2013

Alo Brader Apa Lu Bikin ??


Kalau di ikutkan Salleh Man ni dah dua penggal kiranya menjadi wakil rakyat.Malah di Pulau Pinang dialah satu-satunya wakil parti PAS yang menjadi wakil rakyat dan berada di Dewan Undangan Negeri.Kalau dalam Pakatan Haprak pula kira dia juga adalah wakil PAS yang ada jawatan di kawasan lah.

Jika diukur penggal lepas Salleh Man bolehlah diibaratkan sebagai pencukup kuota untuk rejim DAPigs mentadbir seterusnya berkuasa di Pulau Pinang.Dalam beberapa perkara Salleh Man ni selalunya diam langsung tak berani buka mulut apatah lagi nak melawan dengan ketua mafia di Pulau Pinang siapa lagi kalau bukan Guan Eng.

Yang terbaru pula al-kisah forum perdana yang bakal diadakan pada 5 Julai nanti di batalkan oleh kerajaan negeri dan katanya kerana arahan daripada exco agama.Paling memeranjatkan antara punca pembatalan tersebut adalah kerana penceramahnya di khuatiri mampu menggugat kerajaan negeri.

Nak tahu siapa penceramah yang puak bangsat ni takut sangat tu ? Ustaz Kazim Elias !! nampak sangat puak-puak bangsat ni perangai semacam FIRAUN ! Baca Selanjutnya 

Bab puak kafir harbi yang tolak tu MMI tak berapa kisah sangat tapi dalam hal ini mana pi semua suara puak-puak yang selalu jaja "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" ??? Kenapa diam macam tongkoi kayu ??

Paling teruk mana pi suara wakil PAS Salleh Man ?? Dia buat apa ?? 

MMI rasa kalau Ustaz Idrus yang janggut panjang dan selalu sebut BOODOO tu mesti tak ada hal punya.Al-maklumlah pak janggut ni penyokong tegar pembangkang.

Apa pun MMI setuju dengan kenyataa Ustaz Kazim apabila perkara ni di timbulkan dalam suratkhabar.


Kepada yang kat luar sana rasanya kejadian ni boleh menjadi titik penilaian sebenarnya , ampa pakat-pakat nilailah..Kepada Ustaz Kazim tak perlu risau , banyak lagi kawasan yang UMNO menang di Pulau Pinang ni dan MMI yakin selepas ni pasti akan ada jemputan untuk ustaz turun berceramah di kawasan-kawasan yang MMI maksudkan.

Sebelum ni pun dah banyak kali Ustaz Kazim turun berceramah di Pulau Pinang tak ada hal pun ? Nampak sangat perangai FIRAUN , takut tergugat ?? 

PAS ?? Kepala hotak ampa !!!

MMI.

Saturday, 29 June 2013

Ada Petualang Di Kalangan Kontraktor Melayu Pulau Pinang !!


Begitu rapuh dan mudahnya kekuatan warga kontraktor Melayu Pulau Pinang (tidak semua) apabila dengan    mudah sanggup bersekongkol dengan Rejim DApigs semata-mata kerana sikap pentingkan diri serta tamak.

Baru-baru ini satu majlis makan malam bersama warga kontraktor telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan rejim DAPigs , siapa lagi kalau bukan Guan Eng.Maka berpusu-pusulah warga kontraktor hadir untuk sama-sama dengan ketua menteri Pulau Pinang.




Namun yang menghairankan jemputan yang di buat oleh kerajaan negeri itu tidak pula melalui persatuan apatah lagi sampai kepada YDP Persatuan Dato' Haji Mohamed Fadzil Hassan.Mengapa agaknya perkara sebegini boleh berlaku sedangkang yang menjemput itu adalah kerajaan negeri yang pimpinannya sering melalak dengan CATnya.

Malah melihat kepada aturcara majlis jelas sekali Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah membelakangkan PKMMPP itu sendiri apabila hanya menyediakan ucapan wakil kontraktor Pulau Pinang dan ianya di lihat seolah-olah wujud perbincangan awal untuk menafikan hak YDP PKMMPP itu sendiri.

Apakah sesuatu sedang di susun di sini ?

Cekap , Akauntibiliti & Telus apa jika majlis sebegini pun Guan Eng dan kerajaan negeri bertindak seperti kebudak-budakkan ? 



Lebih mengejutkan di beritakan pula mana-mana kontraktor yang tidak hadir ke majlis bersama anak Kit Siang ni akan di senarai hitamkan daripada mendapat sebarang projek daripada kerajaan negeri selepas ini.

Hebat ! Satu lagi permainan kotor kerajaan DAPigs bagi menghancurkan orang-orang Melayu khususnya kontraktor-kontraktor yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Seperkara yang harus kita tahu adalah kerajaan negeri kali ini agak licik apabila telah memancing seorang lagi kontraktor berbangsa Melayu di mana beliau sekarang ini merupakan Timbalan YDP PKMM Negeri Pulau Pinang iaitu Dato ' Izham Omar Merican dan beliaulah sebenarnya yang menjadi agen kepada Guan Eng bagi menghapuskan kontraktor-kontraktor Melayu dengan menyenarai hitamkan mereka-mereka yang pro kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Kejadian ini sebenarnya telah berlaku agak lama dan melalui sumber Dato' Izham Omar di percayai melobi projek-projek daripada kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini untuk kroni-kroninya.

Jika melihat laporan daripada Free Malaysia Today jelas Dato' Izham Omar telah lama bersama kerajaan DAPigs di Pulau Pinang apabila mengeluarkan kenyataan media menyokong projek-projek kerajaan negeri khususnya pembinaan terowong bawah tanah pada ketika rakyat di Seberang Perai menolak cadangan pembinaan terowong tersebut.Klik SINI & SINI .

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang (PKMMNPP) menyokong penuh empat projek infrastruktur yang dirancang kerajaan Pulau Pinang.

“Kami sangat mengalu-alukan projek-projek tersebut kerana ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang serta akan memacu pembangunan ekonomi negeri, terutamanya di Seberang Perai Utara (SPU).

“Projek-projek yang dicadangkan ini akan membawa faedah kepada semua rakyat SPU termasuk masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di SPU.

“Justeru, terowong bawah laut yang menghubungkan Bagan Ajam dengan Gurney Drive akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi yang kritikal,” kata timbalan yang dipertua PKMMNPP, Dato Izham Dato Omar Merican dalam satu kenyataan media hari ini.Baca Selanjutnya 

Malah kenyataan daripada Dato' Izham tersebut turut di muat naik ke dalam Roketkini.com dan mereka menggambarkan ianya seolah-olah di restui oleh semua pihak dalam PKMMPP khususnya Dato' Haji Mohamed Fadzil Hassan selaku YDP sedangkan pada hakikatnya Dato' Fadzil langsung tidak tahu menahu tentang kenyataan media tersebut.


Dalam masa yang sama di beritakan besok 30 Jun 2013 akan berlaku pertandingan dalam PKMMPP di City Bayview Pulau Pinang bagi melantik jawatankuasa yang baru.Sudah pasti jawatan YDP PKMMPP akan di pertandingkan dan jika melihat kepada apa yang MMI catatkan di atas maka hampir pasti sedikit sebanyak ianya memberikan gambaran bahawa Dato' Izham merupakan proksi kepada kerajaan negeri untuk memecah-belahkan khususnya kontraktor-kontraktor Melayu di Pulau Pinang apabila bakal bertanding menentang Dato' Haji Mohamed Fadzil Hassan sebagai YDP PKMMPP yang baru.

Inilah sebenarnya "Api Dalam Sekam" yang menghantui orang-orang Melayu di Pulau Pinang apabila orang melayu sendiri sanggup menikam sesama sendiri.

Melihat kepada sokongan mereka terhadap projek terowong bawah tanah sahaja jelas ianya bukan untuk kebaikan orang Melayu tetapi lebih kepada projek dan kantung poket sendiri yang boleh di kikis daripada hasil gadaian maruah serta prinsip mereka kepada Guan Eng dan konco-konconya.

Memetik kenyataan sahabat blog GPB , mula-mula dia sentuh  kalimah Allah , selepas itu isu peniaga Melayu Uptown Bandar Perda .. kali ini dalam persatuan  kontraktor Melayu pula .... Apa lagi selepas ini ???

MMI

Friday, 14 June 2013

TERKINI Insiden Ribut Landa Pulau Pinang


Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang semalam. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.


"Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.

"Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister Pulau Pinang.sumber 

MMI.

Sunday, 26 May 2013

Apa Bakal Berlaku Kepada BN Pulau Pinang ??!!!


Semua pihak sedia maklum selepas keputusan pilihanraya umum ke13 baru-baru ini Pulau Pinang masih di tangan pembangkang dan sudah pasti DAP mengungguli carta parti yang menerajui kerajaan negeri.Banyak pihak tersentak dengan keputusan tersebut malah sekali lagi parti-parti komponen Barisan Nasional Pulau Pinang seperti MCA,Gerakan dan MIC gagal menyumbang sebarang kerusi kepada negeri mahupun persekutuan.

Rentetan kepada keputusan tersebut Pengerusi Barisan Nasional Teng Chang Yeow meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab diatas kekalahan Barisan Nasional di Pulau Pinang.

Sorry to say MMI antara yang cukup marah dengan tindakan beliau kerana lari dari medan peperangan.Setelah seluruh angkatan ke medan perang dan masih terus berjuang beliau selaku pemimpin utama Barisan Nasional lari dari tanggungjawab sebenar beliau.

Adat dalam pertandingan kekalahan adalah sesuatu yang biasa tetapi lari dari amanah sama sekali tidak boleh di terima.

Maka dengan perletakan jawatan itu Barisan Nasional Pulau Pinang kini kosong dan tidak berpengerusi.Apakah selepas ini akan ada lagi penama baru yang akan muncul dari mana-mana kem dalam parti komponen Barisan Nasional seperti MCA,Gerakan mahupun MIC ?? 

Berbeza pula dengan UMNO Pulau Pinang apabila bersedia memangku jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu sekiranya anggota dari Gerakan dan MCA menolak untuk memanuhi jawatan berkenaan buat sementara waktu.
GEORGETOWN - Umno Pulau Pinang bersedia memangku jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu sekiranya anggota dari Gerakan dan MCA menolak untuk memenuhi jawatan berkenaan buat sementara waktu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sekiranya kedua-dua parti yang mewakili kaum Cina itu enggan memegang jawatan berkenaan, Umno bersedia memangkunya atas dasar setia kawan.
“Sejak 1974, terdapat perjanjian di antara parti komponen BN iaitu parti yang mewakili kaum Cina akan memegang jawatan itu dan Umno akur dengan perjanjian itu. Bagaimanapun, sekiranya Gerakan ataupun MCA enggan memenuhi jawatan itu, Umno bersedia berbuat demikian.
“Kita tidak boleh biarkan jawatan itu kosong tanpa diwakili mana-mana parti. Jika mereka (Gerakan dan MCA) mahu semula, kita akan beri balik atas dasar semangat setia kawan,” katanya kepada media selepas mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri, hari ini.
Mengenai peletakan jawatan bekas Pengerusi BN negeri,Teng Chang Yeow, Zainal berkata, pihaknya ada mengemukakan surat rayuan kepadanya agar menarik semula hasratnya itu.
Menurutnya,walaupun surat rayuan sudah dikemukakan, ia bergantung kepada Chang Yeow dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskannya kelak.
“Kita masih menunggu keputusan selanjutnya daripada Najib dan kita juga sudah kemukakan surat rayuan kepada Chang Yeow agar menarik semula hasrat itu.
“Rayuan itu dibuat kerana kita merasakan beliau masih boleh memegang jawatan itu dan memimpin BN di Pulau Pinang," katanya.
Sebelum ini, Chang Yeow mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang dan Setiausaha Agung Gerakan Kebangsaan setelah kalah di kerusi Dun Bukit Tengah kepada calon PKR, Ong Chin Weh pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Chang Yeow mendakwa, keputusan itu diambil kerana bertanggungjawab atas kekalahan BN kerana bertindak sebagai perancang utama strategi untuk PRU13.mypenangonline
MMI kata sekarang bukan masa memujuk dan kita harus segera selesaikan apa yang tertinggal.Oleh kerana itu seharusnya ruang dan peluang ini di berikan kepada UMNO memimpin Barisan Nasional dan dalam masa yang sama parti-parti komponen BN di Pulau Pinang perlu menerima hakikat dan belajar menjadi penyokong.

Apa pun kita tunggu keputusan pucuk pimpinan...

Psstt kaum cina tak bagi dah gang !!

MMI.

Saturday, 18 May 2013

TERKINI Guan Eng HALAU Macai PAS & PKR Keluar Dari Pulau Pinang ??!!!


Hah macam mana puak-puak macai PAS dan PKR di Pulau Pinang ? Ampa dah bersiap ka nak keluar dari Pulau Pinang ?? Guan Eng dah bersuara tu !!

Baru ja kena provoke sikit dah nak meroyan!!! Memang sah Ketua Menteri Cina DAP ni tak boleh ditegur. Cuit skit pun dah marah... Kalau nak diikutkan amarah BN boleh buat macam-macam pada LGE nie. Tapi kita nak tengok juga apa yang musibat ni nak buat lepas ni. 

LGE dalam satu twitnya, bertanya sekiranya penyokong Pakatan Rakyat (PR) terpaksa berhijrah kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) , adakah penyokong BN akan meninggalkan negeri-negeri yang berjaya ditawan oleh BN.


Alo brader orang Melayu bukan perangai macam ampa..Kita akur kepada keputusan kalau nak ikutkan rasa tak puas hati tu lebih dari halau kita buat.

Lagi satu nak bagitau Guan Eng , hang sedaq dak hang tu orang mana ? Kalau bukan orang Pulau Pinang rasanya lebih baik hormat sikit orang di Pulau Pinang.Jangan sampai kerana mulut badan binasa.

MMI cuma nak minta kalau boleh Guan Eng mai Tasek Gelugor , Kepala Batas dan Balik Pulau lepas tu buat satu program ceramah besar-besaran dan masa tu sebut minta semua orang BN supaya keluar dari Pulau Pinang...Tak apa puak-puak macai PAS atau PKR tolong atur sat..Ada brani ker ??

Ampa rasa apa berlaku ??? Baca juga di blog matkilaupenang 

MMI.

Tuesday, 14 May 2013

Lagi Pemimpin UMNO Bersuara !!!


Pertamanya jangan sesekali ada mana-mana pihak yang menyalah anggap kenyataan daripada Ahli Parlimen Kepala Batas ini kerana ianya dibuat demi kelangsungan dan m aruah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.Malah sebelum ini MMI sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan yang sama khususnya tentang hala tuju iklim politik UMNO dan Barisan Nasional di Pulau Pinang Baca Sini 

Kini perkara yang hampir sama disuarakan oleh YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican , Ahli Parlimen Kepala Batas apabila melihat geopolitik di Pulau Pinang yang perlukan satu perubahan secara drastik.

Faham dan akur bahawa untuk PRU13 ini pengundi kaum Cina tidak memihak kepada Barisan Nasional maka Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata satu pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan BN masih relevan dan diterima baik oleh penduduk negeri ini.

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang wajar memberi peluang kepada UMNO untuk mengetuai barisan kepimpinan parti itu bagi memulihkan kepercayaan rakyat di negeri ini.

"Pada pandangan peribadi saya, kepimpinan BN negeri wajar diserahkan kepada UMNO kerana ini sudah masuk dua penggal selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13) MCA dan Gerakan di Pulau Pinang ditolak oleh pengundi Cina.

"Jadi adalah wajar sekiranya kepimpinan tertinggi BN memberi peluang kepada Umno negeri untuk menerajui BN Pulau Pinang sebagai satu cara untuk memulihkan semula sokongan rakyat termasuk kaum Cina kepada BN," katanya di sini, hari ini.

"Memang secara tradisinya jawatan pengerusi BN negeri diberikan kepada GERAKAN tetapi kita tidak harus terikat dengan tradisi itu...realitinya BN negeri perlu diberi suntikan semangat baru," katanya.sumber 

MMI amat bersetuju dengan pandangan tersebut kerana sudah sampai masanya perubahan di lakukan.Malah dalam masa yang sama di sinilah kita dapat melihat sejuauh mana keikhlasan rakan-rakan komponen dari bangsa lain khususnya kaum Cina untuk melihat Barisan Nasional kembali pulih.

Bukan sesuatu yang mudah kerana faktor jumlah penduduk kaum Cina yang mengatasi populasi kaum lain di Pulau Pinang tetapi sesuatu harus di lakukan.

Yakin dan percaya pasti akan ada tentangan dari mana-mana pihak namun biarlah ianya berlaku sekarang daripada ianya wujud dan berlaku sekali lagi dalam masa 5 tahun yang akan datang.

Jangan lupa UMNO dan kerajaan Barisan Nasional sudah melakukan yang terbaik untuk penduduk Pulau Pinang namun kerana kaum Cina kini semakin tamak maka mereka sudah pun bersuara dan suara ini harus kita faham dan dengar.

Sikap tamak mereka ini mampu menggugat hak bangsa Melayu dan kaum lain di bumi bertuah Malaysia ini.

Kepada kaum Cina MMI nak ucapkan ribuan terima kasih kerana ampa sudah menjawab persoalan yang bermain di fikiran MMI sejak lama dulu ... Sory bro... #Malay First Chinese Last.

MMI.

Monday, 13 May 2013

Masanya Sudah Tiba Pulau Pinang vs Kedah !! Apa Jadi ????


Tahniah buat rakyat Kedah kerana memilih Mukhriz yang mewakili Barisan Nasional sebagai Menteri Besar Kedah. Yang pasti rakyat Kedah amat bertuah kerana memiliki Mukhriz yang banyak berpengalaman dalam MITI yang berjaya membawa masuk banyak pelaburan baru ke Malaysia termasuk pelabur ke Pulau Pinang.

Dulunya Lim Guan Eng amat tidak suka dan ambil kesempatan keatas segala kerja keras Mukhriz yang banyak menyumbang pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang . Yang Lim Guan Eng tahu dengan tumpang ambil nama sahaja, kononya dia paling berjaya bangunkan Pulau Pinang, tetapi dalam sedar tidak sedar Lim Guan Eng bakal menghadapi satu fenomena yang mana dulunya Azizan boleh dikaldai dan sekarang bak buku bertemu ruas.

Jika kita imbaskan kembali. Dalam sidang DUN Kedah, exco Kerajaan Negeri, Datuk Amiruddin Hamzah membangkitkan isu kadar pajakan Pulau Pinang, dengan menuntut dinaikkan daripada RM10 ribu kepada RM10 juta setahun. Malah pernah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) bangkitkan isu dengan menganggap tuntutan menaikkan kadar pajakan dari RM10 ribu bukan isu pokok. Yang Dipertua PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof menegaskan bahawa tuntutan yang sewajarnya dibuat adalah terhadap tanah Pulau Pinang dan Seberang Perai (Province Wellesley) itu sendiri. Ianya milik mutlak Kedah.

Pulau Pinang juga mendapat manfaat besar secara percuma dari Kedah iaitu sumber air. Kedah berkorban untuk tidak menebang hutan tadahan demi untuk menjaga sumber air yang sungainya mengalir ke sempadan kedua negeri. Pulau Pinang menyedut air mentah tanpa menghulur satu sen pun kepada Kedah, sehingga mereka mampu mengenakan caj air yang paling rendah di negara ini.

Mummy Rokiah memberitahu bahawa Pulau Pinang banyak membazirkan air. Purata penggunaan sehari adalah sebanyak 285 liter sehari bagi setiap penduduk. Pulau yang tidak ada sumber air mengalahkan Johor pada 207 liter sehari bagi setiap penduduk, Selangor (234 liter), Kedah (236 liter), Negeri Sembilan (239 liter) dan Melaka (268 liter).

Zaman Kedah dibawah PAS bolehlah Lim Guan Eng jadi penipu besar dengan kata pasal tarif mereka terendah pada 31 sen semeter padu. Dia saja buat lupa bahawa air Pulau Pinang dibekalkan oleh Kedah dengan bayaran honararium RM10,000 setahun.

Oleh itu akan menjadi tanggungjawap besar buat Menteri Besar baru Kedah untuk membongkar segala penipuan terbesar Lim Guan Eng hingga rakyat salah anggap kepada Kerajaan Barisan Nasional. Cukuplah  kita mendukung biawak hidup ini dan kali ini tolonglah pastikan Lim Guan Eng mempunyai tanggungjawap sama, dengan bertanggungjawap membiayai berkalan air secara adil seperti negeri-negeri yang lain.sumber 

Dengaq cita lepas ni puak-puak bangsat penyokong Guan Eng belah pulau sana noo akan minum air kumbahan yang disterilkan , betul ker ???

MMI.

Saturday, 11 May 2013

Kini Masanya Untuk UMNO & BN Pulau Pinang REFORM !!!


Pertamanya jangan ada mana-mana pihak dari UMNO mahupun BN yang salah tanggapan dengan entri MMI kali ini.Memang pilihanraya baru sahaja selesai dan keputusan sudah pun di ketahui oleh semua pihak.Maka sudah semestinya keputusan di Pulau Pinang masih seperti mana 2008 yang lalu.

Walaupun BN tidak dapat menubuhkan kerajaan sekurang-kurangnya pilihanraya kali ini Pulau Pinang telah menyumbang kepada YAB Datuk Seri Najib 3 kerusi parlimen.

Bukan sesuatu yang mudah apabila kita berdepan dengan majoriti pengundinya adalah kaum Cina yang dari awal lagi kita tahu sering berubah-rubah pendiriannya.Oleh yang demikian Pulau Pinang sebenarnya sudah pun memberikan gambaran secara menyeluruh bahawa kaum Cina sebenarnya menolak Barisan Nasional.

Penolakan ini dapat di lihat apabila tidak ada satu pun kerusi dari rakan komponen BN menang melainkan kerusi yang ditandingi UMNO.Itu pun bagi sesetengah kawasan yang telah pun kita kenal pasti sebagai kawasan majoriti Melayu.

Isu penolakan pengundi kaum Cina ini sudah menjadi topik paling panas sejak beberapa hari ini dan bagi MMI biarlah mereka dengan keputusan mereka kerana kita sebagai kerajaan harus bijak menanganinya.Malah tidak salah rasanya kalau hari ini kerajaan memberikan penumpuan kepada mereka dan kawasan yang memberikan sokongan kepada kerajaan.

Jangan pula kerana pengundi kaum Cina tidak menyokong kerajaan maka segala tumpuan selepas ini di arahkan kepada mereka dengan tujuan untuk mendapatkan kembali sokongan tersebut.Untuk makluman jangan lagi kita di tipu oleh mereka kerana MMI faham benar sikap puak-puak ini khususnya di Pulau Pinang.

Pesanan MMI jangan sesekali mengabaikan pengundi yang telah pun menunjukkan taat setianya kepada parti kerana mereka bukan sahaja ahli parti tetapi merupakan pejuang yang harus kita bela dan pelihara.

Seperti yang semua tahu hanya UMNO yang memenangi 10 kerusi DUN di Pulau Pinang.Malah kawasan-kawasan lain juga sebenarnya berpotensi untuk menang seperti Seberang Jaya , Jawi dan Sungai Bakap.Namun ada sesuatu yang tidak kena dengan kawasan tersebut mungkin pada pandangan MMI sendiri kerana faktor calon dan juga isu-isu kawasan khususnya tindakan swing pengundi kaum Cina maka kawasan tersebut kalah.

Apa pun rakyat Pulau Pinang sudah bersuara melalui kotak undi dan mereka secara totalnya menolak Barisan Nasional.

Maka dengan keputusan itu Pulau Pinang kini kekal di bawah Pakatan Haprak melalui DAP sebagai parti teras mengemudi kerajaan negeri bagi penggal kedua.

Sebagai rakyat , MMI menghormati keputusan yang telah dibuat kerana inilah sebenarnya sistem demokrasi yang seharusnya kita terima dengan hati yang terbuka.Apa pun kaitannya keputusan tersebut adalah keputusan rakyat dan telah pun di sahkan oleh SPR.

Pada pandangan MMI sebagai blogger yang mengikuti arus politik Pulau Pinang , keputusan PRU13 ini merupakan keputusan yang seharusnya dijadikan sebagai pemangkin kepada parti UMNO untuk melakukan satu perubahan secara drastik supaya ianya terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan nasib Bangsa , Agama dan Negara tanpa menidakkan bangsa-bangsa lain.

UMNO kini perlu belajar untuk menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi boleh mendabik dada untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi di peringkat negeri sekiranya kawasan yang ditandingi tidak mampu menyumbang sebarang kerusi kepada parti mahupun Barisan Nasional.

Dalam keadaan sekarang yang paling penting adalah memperkuatkan parti dan memberikan harapan kepada mereka-mereka yang tetap setia bersama parti walau dalam keadaan apa sekalipun.

Maka kerana itu MMI merasakan UMNO perlu memilih kepimpinan utama bagi menerajui negeri dari kawasan yang menyumbang kerusi kepada parti.Kita mempunyai 3 kawasan yang telah membuktikan taat setia mereka kepada parti iaitu Kepala Batas , Tasek Gelugor , Balik Pulau dan satu di Nibong Tebal.

Jika di hitung jumlahnya UMNO mempunyai 13 kepimpinan yang mempunyai status menang atau di pilih rakyat.Maka di kalangan mereka-mereka inilah yang seharusnya di berikan amanah dan tanggungjawab bagi menerajui UMNO negeri.

Selain dari itu Barisan Nasional juga perlu di rombak , malah seharusnya kali ini Barisan Nasional Pulau Pinang harus di pimpin oleh pemimpin dari kalangan UMNO kerana rakan komponen lainnya tidak mampu menyumbang sebarang kerusi dalam PRU13 yang lalu.

Menang pahit untuk di terima tetapi inilah sahaja caranya untuk kita memperkemaskan kembali jentera UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang.Bukan alasan mahu merampas mana-mana jawatan tetapi ianya harus selari dengan apa yang bakal kita tempuh dalam masa 5 tahun yang akan datang.

Biar seluruh negeri bergema dengan fitnah kononnya UMNO mahu merampas Pulau Pinang kerana yang penting kita mahu kembalikan kekuatan.Jangan takut untuk lalukan perubahan ini kerana tanpa perubahan pun Pulau Pinang tetap milik pembangkang.

Seperkara yang harus pihak-pihak tertentu faham adalah MMI bukan menidakkan keupayaan mereka-mereka yang lain tetapi sesuatu harus di lakukan supaya UMNO bukan sahaja dapat memperkuatkan jenteranya tetapi juga mengembalikan maruah parti yang selama ini tercalar.

Percayalah MMI bukan menidakkan kepimpinan yang lain tetapi ini adalah suara akar umbi yang telah berkumandang sejak 2008 yang lalu.

Untuk kembali berjaya sesuatu harus dilakukan...

Keputusan PRU13 Pulau Pinang Klik Sini 

MMI.

Thursday, 9 May 2013

Kenapa Tiba-Tiba Guan Eng & DAP Jadi Gila Babi Di Penang ?!!


Hairan bin ajaib , entah angin apa yang datang tiba-tiba sahaja Guan Eng jadi gila babi meroyan sana sini melalak macam anjing tak ada tuan.Apa lagi yang tak kenanya ? Kalau ikutkan dah menang Pulau Pinang kemudian dah angkat sumpah pun jadi ketua menteri apa lagi yag tak kena ?

Selidik punya selidik oh rupa-rupanya sebab MCA dengan Gerakan nak tutup pusat khidmat.Laaaa apa kena mengena dengan DAP ? Apa kena mengena dengan kerajaan negeri ? MCA dengan Gerakan bukannya dalam Pakatan Haprak , DAP buatlah kerja lagipun dah menangkan ?

DAP has blasted MCA and Gerakan for threatening to close down their service centres following their wipeout from Penang in last weekend’s polls, saying this amounts to a childish “tantrum”.
“DAP is not surprised that MCA and Gerakan are behaving in a childish manner by petulantly closing down their service centres in retaliation for the devastating defeats in the recent general election.
“Such a reaction by Gerakan and MCA losing in the general election is akin to a child throwing tantrum for not getting what he or she wants.
“The people are sick and tired of these childish games.
“If MCA and Gerakan can close down service centres, why has MCA and Gerakan not announced that they will close down completely?” said DAP secretary-general Lim Guan Eng (right) in a statement today.

Guan Eng begitu marah dengan tindakan MCA menutup pusat khidmat mereka? DAP sepatutnya seronok kerana dengan tindakan tersebut ia membolehkan DAP memberi khidmat kepada kaum Cina tanpa sebarang saingan.

Malangnya, tindakan MCA menutup pusat khidmat masyarakat mereka memberi masalah besar kepada DAP. Ini kerana DAP bukan parti yang berasaskan khidmat kepada masyarakat, mereka parti berasaskan isu. Mereka hanya parti yang “party”, tiada tanggungjawab, tiada kerja bawah, tiada tanggungjawab sosial.

DAP adalah parti berasaskan hasutan membenci parti lawan. memburukkan ahli politik lain dan menimbulkan keraguan terhadap kerajaan. Justeru apabila MCA menutup bilik gerakan mereka, DAP khuatir tiada siapa yang akan memberi khidmat kepada masyarakat Cina. Ini akan menimbulkan masalah kepada mereka dalam setahun dua lagi.

Selepas ini terpaksalah Red Bean Army mereka menukar profesion – daripada tukang maki, fitnah dan menghasut kepada pekerja pusat khidmat DAP. Selamat bertugas! Giliran anda melayan karenah masyarakat! Ha! Ha! Ha! sumber mykmu.net 

Bila MMI tengok balik isu ni rasanya bagus sangat MCA tutup semua pusat khidmat mereka dan kalau boleh semua pusat khidmat Gerakan serta UMNO patut ikut langkah yang sama.

Biar DAP pula yang bagi servis dekat masyarakat lagipun dah memang puak-puak ni di pilih rakyat !

Tak ada hal pun , kepada MCA dan Gerakan kalau boleh buat secepat mungkin.

MMI.

TERKINI Pembangkang TOLAK Keputusan Pilihanraya ~ PULAU PINANG & SELANGOR Kini Tiada Kerajaan ?!!!


Nampaknya pembangkang yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim secara jelas sudah pun membuat pengakuan secara terbuka iaitu semua keputusan pilihanraya bagi semua kawasan tidak di terima.Perhimpunan haram yang diadakan malam tadi di stadium Kelanajaya merupakan bukti bahawa pembangkang tidak mahu mengakui keputusan yang dikeluarkan oleh SPR.

Serentak dengan itu semua keputusan di seluruh negara tidak diterima.Maka dengan rasminya pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor tidak akan menubuhkan kerajaan.

Macam mana pandangan ampa semua ? Betul ke apa yang MMI catatkan tu ?

Nak gelak sikit kihkihkih hanya mereka yang buta hati sahaja sanggup meredah hujan dan berhimpun semalam.Amat malang kerana mereka yang hadir itu telah di tipu hidup-hidup oleh Anwar dan juak-juak macainya.

Macam mana dengan Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan ??
Perhimpunan bantah apa sebenarnya ? Jika dilihat dari apa yang berlaku jelas sekali ianya hanyalah satu lagi sandiwara Anwar bagi menutup sumpah dan janjinya untuk berundur dari arena politik sekiranya GAGAL menjadi Perdana Menteri dalam PRU13 ini.

Malah pernahkah mereka yang berhimpun itu sedar Guan Eng di Pulau Pinang sudah pun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sedangkan apa yang berlaku semalam adalah satu bantahan terhadap keputusan PRU13 ??

Apa yang bangsat ini mahukan sebenarnya ??
Guna otaklah sikit semua proses pengundian menggunakan sistem yang sama dan semua saluran peti undi sama ada DUN mahupun Parlimen juga menggunakan proses pengundian yang sama.Jadi amat aneh sekali apabila keputusan di peringkat persekutuan cuba dipertikaikan oleh Anwar sedangkan keputusan di peringkat negeri di terima.

Nampak sangat bangsatnya puak-puak ni cuba melakukan huru hara demi kepentingan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Tak ada fatwa apa-apa ka dari Nik Ajiz ? Bercampur aduk ni !!
MMI cabar puak-puak macai pembangkang jika benar keputusan PRU13 ini tidak di terima maka minta dengan segera Guan Eng untuk menarik balik angkat sumpahnya sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan di Selangor juga harus melakukan perkara yang sama.Jangan lupa Kelantan juga harus bersama-sama dengan boikot ini.

Ada brani ?? Kalau setakat berhimpun tetapi dalam masa yang sama 3 negeri tersebut kelam-kelibut pakat angkat sumpah nak tubuh kerajaan jangan sembanglah bro !!

MMI.

Saturday, 20 April 2013

Proses Penamaan Calon Berlangsung Hari Ini !!


Sebentar saja lagi barisan calon-calon yang bakal bertanding mewakili parti-parti masing-masing akan mula berhimpun bersama jentera masing-masing untuk ke pusat penamaan calon di kawasan masing-masing.Apa yang pasti penantian sejak tahun lalu bagi menghadapi pilihanraya umum ke13 sudah pun memasuki peringkat akhir dimana selesai sahaja proses penamaan calon pagi ini sudah pasti medan peperangan sebenar  terbuka seluas-luasnya.

Kepada seluruh rakyat Malaysia tempoh masa selama 15 hari untuk berkempen ini haruslah digunakan sebaik-baiknya kerana anda bukan saja akan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia tetapi juga sedang menentukan jatuh bangun sebuah negara bernama Malaysia.

Di Pulau Pinang sebanyak 13 kerusi parlimen dan 40 kerusi DUN akan di pertandingkan.Berikut adalah senarai nama , kawasan dan jumlah kerusi parlimen dan DUN di Pulau Pinang.



MMI percaya Barisan Nasional Pulau Pinang sudah pun menurunkan barisan terbaik mereka menghadapi parti lawan dan juga pengkianat-pengkianat parti yang bakal bertanding atas tiket bebas.Sehingga saat ini BN Pulau Pinang konsisten dan memberikan komitmen penuh dengan manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.



Undilah Barisan Nasional !!

MMI.

Friday, 19 April 2013

HOT Timbalan Speaker Pulau Pinang UMUM KELUAR PKR !!!


Bekas timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Tan Hock Leong mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan akan bertanding sebagai calon bebas di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).   

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) Machang Bubuk itu berkata beliau berbuat demikian kerana mendapati PKR adalah sebuah parti yang tidak adil terutama dalam pemilihan calon untuk PRU13.
   
"PKR buat cara yang tidak adil kepada saya terutama dalam pemilihan calon, hanya tadi kira-kira pukul 11 pagi (semalam) saya dihubungi Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor (Othman) yang memaklumkan saya tidak terpilih.
   
"Beliau langsung tidak memberi sebarang alasan mengapa saya tidak dipilih dan sebelum ini juga tiada perbincangan mengenai perkara itu. Cuma saya difahamkan calon baharu dari Selangor akan bertanding di sini, dia tidak pernah turun di sini pun," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi.
   
Beliau berkata PKR yang kononnya sebuah parti memperjuangkan keadilan sebenarnya hanya mengamalkan kronisme.
  
"PKR hanya meletakkan kroni untuk calon mereka dan perkara ini bukan hanya berlaku di tempat saya sebaliknya di Perak, Selangor dan Kedah. Rakyat perlu buka mata tengok apa yang berlaku dalam parti itu,"  katanya.
   
Tan yang juga Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam berkata beliau yakin rakyat akan memilih calon terbaik dan bukannya parti seperti PKR dan percaya penduduk di Machang Bubuk memilihnya kerana kerja kerasnya selama lima tahun lepas.
   
Katanya walaupun diserang strok ringan pada 2011 dan pulih semula tiga bulan selepas itu, beliau tetap menjalankan tugas wakil rakyat dan Timbalan Speker DUN seperti biasa.
   
"Saya harap pengundi di Machang Bubuk akan menilai pengorbanan dan hasil kerja keras selama lima tahun berkhidmat. Untuk makluman bukan saya seorang keluar daripada PKR sebaliknya ramai lagi terutama pengikut di sini turut serta," katanya.
   
Pada pilihan raya umum lepas, Tan mengalahkan calon BN Datuk Lee Kah Choon dengan majoriti 4,080 undi.

Hairankan nama parti KEADILAN tapi orang sendiri kata tak ADIL kihkih...

sumber  

MMI.

Labels