Followers

Friday, 10 May 2013

AYUH Dah Sampai Masanya Kita Abaikan DONG ZONG Mereka Ada Agenda Komunis ?!!!


MMI dah lama peratikan persatuan cina ni , kerjanya bukan setakat menjadi persatuan kepada pendidikan tetapi turut menjadi platform kepada parti-parti politik untuk berpolitik.Malah puak-puak ini sebenarnya cukup rasis kalau nak dibandingkan dengan mana-mana pihak lain.

Ada yang dah kata MMI ni rasis ! Terpulanglah nak kata apa pun biarlah MMI rasis daripada melihat anak bangsa menjadi pencacai kepada puak-puak yang mempunyai agenda komunis.

Untuk makluman Dong Zong pernah mengadakan 4 kali perhimpunan seperti berikut:-

Perhimpunan 325 – Bantahan terhadap kekurangan tenaga pengajar di sekolah rendah Cina,
Perhimpunan 520 – Permohonan Penubuhan SMPC di Kuantan,
Perhimpunan 729 – Permohonan Penubuhan SMPC di Segamat, dan
Perhimpunan 926 – Selamatkan Pendidikan Cina

Daripada 4 perhimpunan yang pernah dibuat sebelum ini didapati bahawa persatuan ini bukanlah benar-benar mahu memperjuangkan pendidikan kaum cina tetapi perjuangan mereka dilihat seolah-olah menafikan dasar-dasar pendidikan kebangsaan yang telah dirancang.  

Perancangan mengadakan satu perhimpunan setiap 2 bulan dilihat sebagai membina momentum persepsi negatif masyarakat Cina terhadap Kerajaan.


Secara realitinya, bukan semua masyarakat Cina menyokong Dong Zong. Contohnya, Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Tan Sri Pheng Yin Huah telah menyatakan bahawa Dong Zong perlu mendapatkan pandangan semua persatuan-persatuan Cina sebelum mengadakan perhimpunan  dan beliau menuduh tindakan Dong Zong ini diselindungi oleh agenda politik.

Jika dikaji, tuntutan Dong Zong mendesak Kementerian Pelajaran menambah bilangan guru Cina di sekolah-sekolah Cina dan mengeluarkan guru-guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin daripada sekolah-sekolah Cina hanyalah desakan biasa. 

Secara tersirat desakan ini sebenarnya adalah satu tindakan pembersihan etnik di sekolah-sekolah Cina melalui perancangan halus lagi tersusun dengan matlamat  mengeluarkan guru-guru berbangsa Melayu daripada mengajar di sekolah tersebut dan menghalau pelajar-pelajar Melayu daripada meneruskan pembelajaran di SJKC.  Ini kerana jika guru subjek Agama Islam dihalau, maka pelajar melayu khususnya tidak lagi dapat meneruskan pembelajaran dalam subjek tersebut sekaligus memaksa mereka bertukar sekolah.

Mereka bijak berlakon
Sikap pelampau Dong Zong ini turut tidak disenangi bangsa mereka sendiri, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan pertubuhan ini sebagai pertubuhan yang mempunyai pemikiran Ultra Kiasu seperti komunis.  

Menurutnya, kelompok ini akan menuntut sebanyak-banyaknya walaupun menyedari kerajaan tidak akan tunduk, namun akhirnya pembe­rian sedikit oleh kerajaan itulah kemenangan terbesar buat mereka. Beliau turut meminta Kerajaan supaya tidak tunduk kepada desakan kumpulan ini demi maruah dan agenda kebangsaan.

Percayalah Dong Zong bukan membawa suara masyarakat Cina kepada Kerajaan. Dong Zong tidak mewakili keseluruhan masyarakat Cina di Malaysia yang cintakan perpaduan.  Langkah Dong Zong ini dilihat sebagai satu cubaan untuk memburukkan Kerajaan di mata rakyat terutamanya masyarakat Cina. Sasaran mereka cuma satu iaitu cuba menjatuhkan Kerajaan sedia ada dalam PRU ke-13 agar kerajaan baru yang bakal memerintah dapat memberi segala tuntutan mereka. 

Kini Dong Zong yang kononnya persatuan bagi pendidikan cina sekali lagi berbicara soal politik.

Parti-parti Cina dalam BN boleh mengelak daripada menjadi tidak relevan dalam masyarakat Cina apabila mereka berhenti "tunduk" kepada UMNO , kata kumpulan pendesak pendidikan Cina, Dong Zong. Kumpulan itu berkata ini kerana "kegagalan" parti-parti tersebut - termasuk MCA, Gerakan dan SUPP - untuk mengawal dominasi UMNO telah mengakibatkan BN kehilangan undi.

"Kami merasakan ia bukan lagi menjadi isu sama ada akan ada wakil dari MCA, Gerakan atau SUPP dalam kerajaan, tetapi mereka perlu mengubah sikap tunduk mereka atau menjadi sama sekali tidak relevan dalam masyarakat kita," utaranews


Apa yang pasti Dong Zong adalah sebahagian daripada kumpulan mahupun persatuan Cina yang telah bekerja dan berusaha memastikan semua pengundi kaum Cina tidak mengundi Barisan Nasional.Percayalah agenda mereka sama mahu melihat pembangkang menang dalam pilihanraya ke13 baru-baru ini.

Baca juga di SINI 

Jangan lakukan kesilapan lagi !!

MMI.

3 comments:

  1. BAKULSAMPAH KN SAJA APA YG ANTU2 NI MINTA.BG BETIS NK PEHA,BG PEHA KEPALA NK DPIJAKNYE!

    ReplyDelete
  2. DS Najib... TOLONG AMBIL IKTIBAR !! NOW IS THE TIME FOR U TO PROVE THAT U RE ONE PM NO ONE CAN TAKE advantage on SO LIGHTLY. PROVE IT NOW OR U CAN EXPECT TO LOse more VOTES FROM YR GENUINE SUPPORTERS !! prove it, PROVE IT NOW !!

    ReplyDelete
  3. Sedarlah hakikat bhw perpaduan dgn cina buang masa, tenaga dan wang. Tumpukn pada kaum yg setia bdiri teguh menyokong BN. Cina tak dperlukan, maksimum mereka setakat tu saja... Jadi, ajar mereka cukup2. Jgn smp bumi luar bndar pun alih sokongan.

    ReplyDelete

Labels