Hanya beberapa jam saja lagi proses pembuangan undi akan berlangsung dan seluruh rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai warganegara.Menjadi harapan kita agar Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat mandat 2/3 majoriti bagi meneruskan legasi seterusnya.
Segala proses tranformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini bakal di nilai oleh rakyat seawal pagi nanti , sebagai rakyat MMI sudah pasti akan memberikan satu undi kepada Barisan Nasional.
Sebagai blogger MMI faham benar , perjuangan ini bukan mudah apatah lagi berada di sebuah negeri yang di tadbir pembangkang peritnya bukan kepalang.Namun pesanan pejuang-pejuang terdahulu sentiasa tersemat di hati , membujur lalu melintang patah untuk undur tidak sekali !!
Berbekalkan keyakinan tersebut segala usaha yang termampu telah dan akan terus diberikan , bukan dengan niat untuk berbangga tetapi ianya adalah sumbangan sebagai seorang rakyat yang cintakan negaranya.MMI bukanlah orang penting dalam dunia politik apatah lagi pemimpin hebat namun sekurang-kurangnya inilah saluran yang mampu disumbangkan kepada Barisan Nasional yang selama ini banyak berjasa kepada MMI dan keluarga.
Benar ada pihak di luar sana yang mengherdik dan menghina malah memfitnah bukan saja kerajaan Barisan Nasional tetapi turut melibatkan pimpinan-pimpinan negara.Soalnya sejauh mana kebenarannya ? Pembangkang saban waktu bukan saja GAGAL memberikan perkhidmatan kepada rakyat tetapi lebih sibuk melakukan fitnah dari berbicara soal keperluan rakyat.
Pelbagai perkara dilakukan bukan saja dijalanan malah cubaan dan gerakan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan saban waktu berlaku dan ianya jauh mengatasi usaha pembangkang bekerja untuk rakyat.
Apa pun kisahnya kita kini berada di ambang penentuan.Penentuan yang bakal menentukan corak dan hala tuju negara bernama Malaysia.
MMI akui semua pihak sudah pun melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut cara dan haluan masing-masing maka sama-samalah kita berdoa semoga segalanya dipermudahkan.
Paling penting semoga legasi yang sedang kita bawa dan pikul ini mampu kita serahkan kepada mereka selepas kita nanti dalam keadaan yang sama pada ketika kita menerimanya ataupun lebih baik dari itu.
Persoalannya apakah kita mampu ??
Selamat mengundi dan gunakan ruang dan peluang ini sebaik mungkin.
MMI.
No comments:
Post a Comment