Followers

Wednesday, 1 May 2013

Dakwat Kekal ~ Lagi Manipulasi Politik Pembangkang #PRU13 #TolakPR


Sejak pagi tadi juak-juak pembangkang meroyan bagai nak rak semuanya kerana satu perkara.Mesti semua dah tau apa dia sebab gambar kat atas tu dah menceritakan segalanya.Ya betul !! isu dakwat kekal yang hari ini digunakan buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya negara Malaysia.

Sejak pagi tadi anggota keselamatan termasuk para isteri mula membuang undi pos di seluruh negara dan proses tersebut berjalan seperti biasa dan keadaan semuanya terkawal.Sehinggalah tiba-tiba puak-puak pembangkang mula meroyan kononnya mereka mempunyai bukti bahawa dakwat kekal yang digunakan hari ini boleh di cuci dan hilang sepenuhnya.

Fuiyoo memang hebatlah puak-puak pembangkang ni cuba ampa tengok gambar kat bawah tu siap ada anggota tentera yang masih beruniform boleh pula datang bertemu Nurul Izzah , tak habis takat tu siap buat demontrasi lagi macam mana dakwat kekal boleh hilang..



Nah kita bagi sekali dengan gambar muka dia apa sangatlah tengok tangan saja ye tak ? Apa yang perlu kita fokuskan sekarang adalah sejauh mana lelaki tersebut benar-benar anggota tentera ? Keduanya mengapa cepat benar beliau boleh sahaja sampai dan bertemu dengan Nurul Izzah ? Apa hubungan lelaki itu dengan pemimpin PKR seperti Nuruk Izzah dan Tian Chua ? One more thing siapa wanita yang memandu kereta tersebut ? 

Alo bro , MMI nak tahu juga dari kem mana si lelaki tu datang ?? kihkih

MMI rasa dalam sikit masa lagi identiti lelaki tersebut pasti di dedahkan..Kita tunggu jelah....

Seperkara yang agak melucukan berlaku hari ini , Mungkin ampa semua lupa kot ! penggunaan dakwat kekal sebenarnya dicadangkan oleh puak-puak pembangkang sebab katanya SPR dengan kerajaan sudah tag team tipu sana sini sampai pilihanraya ke12 yang lalu Pakatan Haprak menang 5 buah negeri.

Hahaha ampa tengoklah betapa bengongnya puak-puak ni hari ni meroyan pula pasai dakwat boleh hilang , Agak-agaklah nak pembohong pun !!

Sebaliknya ampa tengok betapa telusnya kerajaan kita pastikan penggunaan dakwat kekal ini dilakukan sebabnya Barisan Nasional sendiri pun tidak mahu memerintah negara dengan mandat hasil dari usaha dan gerak kerja menipu seperti mana pembangkang.

Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib telah pun menggerakkan kerja dan hari ini adalah masanya rakyat menilai serta membuat keputusan.Pilihanraya pada 5 Mei 2013 nanti dan gunakanlah hak ampa semua sebaiknya.

Apa yang MMI boleh kata segala usaha puak-puak pembangkang ni adalah cubaan untuk menarik perhatian rakyat supaya termakan dengan dakyah dan penipuan yang dirancang oleh jentera Pakatan Sulit lagi Terancang untuk merampas Malaysia dari sebuah kerajaan terbaik yang pernah rakyat Malaysia miliki.

Lihat gambar dibawah..


Kan dah kantoi , MMI dah sebut dah tadi tapi puak-puak ni nak juga buat terpaksalah kita jelaskan... harapan kita supaya ampa semua boleh jelaskan kepada rangkaian masing-masing.Penting ni sebab ianya melibatkan masa depan negara Malaysia.Maka menjadi tanggungjawab dan amanah kita untuk sama-sama pertahankan.

Sebelum tu MMI bawakan kepada ampa semua video bagi menjawab tuduhan dan fitnah Tian Chua dan pasangannya Nurul Izzah, berikut adalah video demontrasi mencuci dakwat kekal yang dijalankan oleh anggota polis di Muar, petang tadi. Jelas Bukan? Dakwat kekal tidak boleh dihilangkan dengan sebegitu mudah seperti dakwaan Tian Chua dan pasangannya Nurul Izzah!



Kepada semua Selamat Mengundi !!

MMI.

3 comments:

  1. satu lagi benda yg mereka boleh fitnah ialah:

    "warna dakwat berbeza untuk kenal pasti siapa undi siapa! Undi anda bukan lagi rahsia!"

    Perasan tak, pada kulit setengah orang warna dakwat tu nampak macam warna pinkish violet, pada setengah pulak nampak merah saga.

    Jawapannya: warna kulit kita memberi reaksi berbeza kpd warna2 tertentu kerana pengaruh jenis darah kita. Orang perempuan yg pakai lipstik tahu ttg perkara ini.

    ReplyDelete
  2. Saya jantan nakal. Sekarang saya berangan menyahut cabaran Izzah yang meminta jejaka hebat tampil kedepan mengucup bibir seksi Izzah yang telah dicalit dengan dakwat.

    Saya berjanji akan mengucup sebaik mungkin hingga kesan dakwat dibibir Izzah hilang terus.


    Demikian angan-angan saya, tetapi tidaklah sehebat angan-angan Izzah menjadi anak kepada PM Malaysia.

    ReplyDelete
  3. anon 2.27... berani ke Izzah?

    ReplyDelete

Labels