Followers

Showing posts with label Tian Chua. Show all posts
Showing posts with label Tian Chua. Show all posts

Wednesday, 12 June 2013

GOSSIP Tian Chua & Nurul Izzah Pasangan Secocok ??!


Eh malu-malu pula dua-dua orang ni , dah heboh di seluruh negara menceritakan tentang pasangan paling secocok ni.Malah sudah banyak blog-blog yang menceritakan tentang hubungan diantara keduanya.Cumanya kali ni hubungan tu bukanlah semacam hubungan papa homo dengan chinadoll tapi lebih kepada cara dan kerja buat mereka.

Kes salah laku melibatkan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar merupakan antara isu 'heavyweight' yang difailkan di dalam petisyen Barisan Nasional (BN), demikian menurut Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

"Di Parlimen Batu melibatkan YB Tian Chua dikatakan hilang kelayakan untuk bertanding. Manakala di Parlimen Lembah Pantai lebih kepada taktik berkempen melampau YB Nurul Izzah menentang Datuk Raja Nong Chik," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Tian Chua sebelum ini dikatakan hilang kelayakan sebagai calon apabila terlibat dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan suatu perhimpunan awam dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.

Manakala Nurul Izzah pula didakwa menggunakan taktik kotor serangan peribadi terhadap pesaingnya di Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkaitan isu pembelian tanah dan harta, selain menuduh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai rasis.

Mengulas lanjut, Hafarizam berkata, kesemua petisyen yang difailkan BN berasaskan kepada fakta dan bukti kukuh dan tidak menjadikan jumlah petisyen difailkan Pakatan Rakyat yang sebagai satu isu besar.

"BN pada mulanya nak failkan 50, tapi selepas kita adakan mesyuarat bersama peguam-peguam BN seluruh Malaysia, kita lihat secara fakta dan aduan serta bukti yang ada, kita telah kurangkan kepada 21. Atas alasan kita mahukan kes yang ada asas untuk dibicarakan dan bukan atas tujuan politik.

"Kedua ialah dalam 21 petisyen, ada satu petisyen tidak melibatkan fakta, rasuah atau perjalanan PRU. Tetapi melibatkan intepretasi undang-undang sama ada (seseorang) layak menjadi Ahli Parlimen atau tidak.

"Maknanya petisyen ini bukan nak tunjuk kita tak puas hati sebab kalah, tetapi mahu undang-undang tidak dipandang remeh, sebaliknya kelayakan menjadi calon parlimen atau DUN adalah paling utama sebelum seseorang dilantik," katanya lagi.

Jelas Hafarizam lagi, BN mempunyai lima alasan kukuh mengapa petisyen difailkan iaitu mahu membuktikan pembangkang terlibat dalam kegiatan rasuah dan taktik menakut-nakutkan pengundi dengan cara tidak wajar.

"Ketiga, tentang perjalanan PRU yang dibuat SPR tak mematuhi piawaian undang-undang. Keempat berkenaan kertas undi rosak ditolak tanpa mengikut alasan seperti dalam peraturan perjalanan PRU. Kelima berkaitan kelayakan seseorang menjadi calon."

Terdahulu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur pada hari ini mengumumkan BN memutus untuk memfailkan 21 petisyen Plihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jelasnya BN tidak mahu membangkitkan isu remeh di mahkamah, selain yakin petisyen yang difailkan itu mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar untuk dipertimbangkan.

PKR, PAS dan DAP memfailkan sebanyak 35 petisyen, meliputi 25 petisyen kerusi parlimen dan 10 petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri PRU13.sumber 

MMI.

Saturday, 25 May 2013

BEBAS !! Apa Hal Dengan MAJISTRET Ni ????


Seluruh negara tersentak apabila 3 OKT yang ditahan sebelum ini untuk siasatan di bawah Akta Hasutan dibebaskan selepas permohonan reman polis ditolak Majistret hari ini.

Mereka sebelum itu ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa menghasut kaum cina agar meruntuhkan kerajaan Melayu yang sedia ada secara jalanan.


Dengan pembebasan mereka ini membuatkan pihak polis gagal menangkap dalang di sebalik hasutan ini. Majistret yang menolak penahanan mereka ini juga perlu disiasat kemungkinan mempunyai kaitan dengan keahlian pembangkang.

Alasan Majistret Norashikin Sahat menolak permohonan polis ialah mendapati polis tidak menyatakan individu khusus yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam ceramah berkenaan.

Harap  pada Isnin ini PDRM dapat mengemukan tuduhan baru untuk menahan mereka sekali lagi.

Komen MMI , semuanya dah berlaku dan pihak PDRM perlu benar-benar bersedia bagi mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan.Agak janggal dan pelik apabila pihak polis sendiri gagal menyatakan siapa atau individu mana yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan tersebut memandangkan mereka mempunyai saluran dan sumber yang jauh mengatasi pihak-pihak lain.

Manakala di pihak majistret pula kadang-kalanya puak-puak ni serupa kayu pun ada.Takkanlah sampai langsung tak ada sumber mahupun maklumat dari luar yang cukup mudah di perolehi melalui saluran-saluran media baru dan internet ni.

Ya majistret semestinya tidak di bayangi oleh mana-mana pihak kerana tugasnya mencari kebenaran.tetapi dalam soal ini sejauh mana kebenaran yang telah si majistret itu berikan kepada rakyat Malaysia ? 

Hahaha ada yang kata hati-hati MMI nanti MMI pula yang di gari , Tak apa lah kalau nak gari nak buat macam mana kurang-kurang MMI tak jadi kayu yang tak ada OTAK !!

Psst senang sangatkan sana bebas sini bebas , ingat balik kes Anwar hari tu bebas tu...Hmmm majistret-majistret ni boleh percaya ka ? 

MMI.

Thursday, 23 May 2013

VIDEO Tian CHua Di Tangkap ~ Jadi Mayat Sebelum Waktunya !!!


Apa lagi nak kata kalau sebegini lembut tindakan anggota Polis ketika menangkap Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua yang akan didakwa atas Akta Hasutan.Seperti biasa, YB Batu ini telah melakukan drama dengan tidak memberikan kerjasama sehingga memaksa anggota Polis untuk mengangkat beliau untuk masuk ke dalam kenderaan.

Nasib baik ada video di atas. Susah sikitlah juak-juak cybertroopers "Red Bean Army" DAP untuk memfitnah Polis DiRaja Malaysia adalah ganas. Nasib baiklah "mood" YB ini agak baik pagi ini. Kalau tidak pasti ada telinga Pegawai Polis yang akan digigitnya.

Hihi dia dah jadi mayat sebelum waktunya...

Untuk video penuh Klik Sini 

MMI.

Macai & Pemimpin Pembangkang Makin PANAZZ , AYUH KDN Kasi Bersih Malaysia !!!!


Kegilaan puak macai pembangkang yang sanggup di kambing hitamkan oleh Anwar dan konco-konconya kini mula bertemu ruasnya.Jika sebelum ini mereka begitu galak turun berhimpun kini setiap dari mereka perlu berfikir dua kali.Malah sebelum ini jika Hishammuddin di tuduh sebagai menteri amaran kini dengan menteri baru di KDN puak-puak macai perlu membayar harga yang mereka sendiri tawarkan.

Harga itu tidak lain dan tidak bukan mereka bakal menerima tindakan daripada pihak berkuasa.

Seramai 18 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika menyertai himpunan bagi membebaskan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang di sini, malam tadi.

Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihak polis mengambil keterangan masing-masing. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan 18 individu tersebut. 


Keadaan semakin menarik hari ini apabila beberapa pemimpin pembangkang turut di tahan oleh pihak polis di beberapa tempat dalam operasi yang dijalankan.Untuk makluman semua penahanan mereka-mereka ini adalah di bawah akta hasutan.


Setakat tengahhari tadi, Harris Ibrahim ditangkap di restoren cina Yu Ai di Segambaut Utara.Mungkin tengah melantak makanan cina kot sebab puak-puak ni bukannya kisah halal haram.Manakala Tamrin ditangkap sedang makan di Chawan, Bangsar. 

Tian Chua pula ditangkap di LCCT cuba untuk dilarikan oleh Air Asia X yang diketuai oleh Azran Gay. 


Paling menarik tentang mamat bernama Chegu Bard ni menghilang dan cuba lari keluar menggunakan Singapura melalui Johor. Sesiapa nampak dia, tangkap dan bawa ke balai polis berdekatan.Jangan kasi can sama puak-puak ni.

Biar apa pun puak-puak bangsat kat luar sana kata , jutaan rakyat Malaysia sebenarnya senang dan setuju dengan tindakan pihak berkuasa menangkap puak-puak ni.Cumanya sejak tengahari tadi MMI di tanya bila pihak berkuasa nak tangkap dalang sebenar yang buat kacau di Malaysia ni ?? Betul juga lah bila nak tangkap Hishamuddin Rais , Kit Siang , Anwar Ibrahim dan banyak lagi yang dok bising kat luar sana noo ???? 

Ayuh KDN kasi bersih Malaysia !!!

MMI.

Wednesday, 1 May 2013

Dakwat Kekal ~ Lagi Manipulasi Politik Pembangkang #PRU13 #TolakPR


Sejak pagi tadi juak-juak pembangkang meroyan bagai nak rak semuanya kerana satu perkara.Mesti semua dah tau apa dia sebab gambar kat atas tu dah menceritakan segalanya.Ya betul !! isu dakwat kekal yang hari ini digunakan buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya negara Malaysia.

Sejak pagi tadi anggota keselamatan termasuk para isteri mula membuang undi pos di seluruh negara dan proses tersebut berjalan seperti biasa dan keadaan semuanya terkawal.Sehinggalah tiba-tiba puak-puak pembangkang mula meroyan kononnya mereka mempunyai bukti bahawa dakwat kekal yang digunakan hari ini boleh di cuci dan hilang sepenuhnya.

Fuiyoo memang hebatlah puak-puak pembangkang ni cuba ampa tengok gambar kat bawah tu siap ada anggota tentera yang masih beruniform boleh pula datang bertemu Nurul Izzah , tak habis takat tu siap buat demontrasi lagi macam mana dakwat kekal boleh hilang..



Nah kita bagi sekali dengan gambar muka dia apa sangatlah tengok tangan saja ye tak ? Apa yang perlu kita fokuskan sekarang adalah sejauh mana lelaki tersebut benar-benar anggota tentera ? Keduanya mengapa cepat benar beliau boleh sahaja sampai dan bertemu dengan Nurul Izzah ? Apa hubungan lelaki itu dengan pemimpin PKR seperti Nuruk Izzah dan Tian Chua ? One more thing siapa wanita yang memandu kereta tersebut ? 

Alo bro , MMI nak tahu juga dari kem mana si lelaki tu datang ?? kihkih

MMI rasa dalam sikit masa lagi identiti lelaki tersebut pasti di dedahkan..Kita tunggu jelah....

Seperkara yang agak melucukan berlaku hari ini , Mungkin ampa semua lupa kot ! penggunaan dakwat kekal sebenarnya dicadangkan oleh puak-puak pembangkang sebab katanya SPR dengan kerajaan sudah tag team tipu sana sini sampai pilihanraya ke12 yang lalu Pakatan Haprak menang 5 buah negeri.

Hahaha ampa tengoklah betapa bengongnya puak-puak ni hari ni meroyan pula pasai dakwat boleh hilang , Agak-agaklah nak pembohong pun !!

Sebaliknya ampa tengok betapa telusnya kerajaan kita pastikan penggunaan dakwat kekal ini dilakukan sebabnya Barisan Nasional sendiri pun tidak mahu memerintah negara dengan mandat hasil dari usaha dan gerak kerja menipu seperti mana pembangkang.

Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib telah pun menggerakkan kerja dan hari ini adalah masanya rakyat menilai serta membuat keputusan.Pilihanraya pada 5 Mei 2013 nanti dan gunakanlah hak ampa semua sebaiknya.

Apa yang MMI boleh kata segala usaha puak-puak pembangkang ni adalah cubaan untuk menarik perhatian rakyat supaya termakan dengan dakyah dan penipuan yang dirancang oleh jentera Pakatan Sulit lagi Terancang untuk merampas Malaysia dari sebuah kerajaan terbaik yang pernah rakyat Malaysia miliki.

Lihat gambar dibawah..


Kan dah kantoi , MMI dah sebut dah tadi tapi puak-puak ni nak juga buat terpaksalah kita jelaskan... harapan kita supaya ampa semua boleh jelaskan kepada rangkaian masing-masing.Penting ni sebab ianya melibatkan masa depan negara Malaysia.Maka menjadi tanggungjawab dan amanah kita untuk sama-sama pertahankan.

Sebelum tu MMI bawakan kepada ampa semua video bagi menjawab tuduhan dan fitnah Tian Chua dan pasangannya Nurul Izzah, berikut adalah video demontrasi mencuci dakwat kekal yang dijalankan oleh anggota polis di Muar, petang tadi. Jelas Bukan? Dakwat kekal tidak boleh dihilangkan dengan sebegitu mudah seperti dakwaan Tian Chua dan pasangannya Nurul Izzah!



Kepada semua Selamat Mengundi !!

MMI.

Saturday, 27 April 2013

VIDEO Tian Chua Kena Maki Di SABAH !!


Berikutan kenyataan puaka Tian Chua terhadap insiden di Lahad Datu banyak pihak bangun menyanggah kenyataan paling bangsat pernah dibuat oleh seseorang yang mengaku pemimpin.Tian Chua sememangnya layak di maki oleh rakyat Malaysia kerana setiap tindakannya selama ini jelas merupakan tindakan provokasi dan pecah belah.

Tian Chua bukan sahaja sudah menyakitkan hati setiap warga Malaysia yang cintakan negaranya tetapi turut menghina para wira negara kita yang mempertahankan tanahair dari pencerobohan pengganas khususnya mereka-mereka yang gugur.

Tian Chua tidak layak diangkat sebagai pemimpin masyarakat kerana langsung tidak mempunyai rasa hormat terhadap rakyat sendiri.

Video di bawah merupakan luahan hati dan rasa marah warga PERKEP Sabah terhadap Tian Chua kerana menghina anggota keselamatan..



Rakyat harus menolak Tian Chua dan Pakatan Haprak dalam PRU13 ini sebagai pengajaran paling berguna !! Jom kita nyahkan mereka dari bumi Malaysia..UNDILAH Barisan Nasional !!

MMI.

Wednesday, 10 April 2013

Siapa SAILANG Tian Chua ?? #PG13 #PRU13 #TolakPR


Siapa SAILANG Tian Chua ? Apa pula yang di buat mamat ni sampaikan kena sailang ? Kalau bercakap tentang si Tian Chua ni banyak pihak dah faham sangat dah.Sejak dulu kerja dia asyik sailang orang ja haa sekarang ni orang lain pula kasi sailang sama dia.

Di Parlimen Batu baru-baru ni Tian Chua turun buat ceramah , kawasan sendiri tu bro ! Fuh hampir 100,000 ribu penyokong dan orang ramai hadir memberikan sokongan kepada si Tian Chua ni , tak percaya ampa tengok sendiri gambar kat bawah ni..






Hahaha nampak sangat dah dekat-dekat nak pilihanraya baru kalut nak turun kawasan.Sama lah macam si Nurul Izzah tu sebelum ni bukan main lagi pi sana pi sini sampaikan rakyat dalam kawasan sendiri pun buat tak tau.

Pengundi di Parlimen Batu akan menyingkirkan Naib Presiden PKR, Tian Chua kerana sudah bosan dengan sikap wakil rakyat terbabit yang sering memberi alasan setiap kali gagal mengatasi masalah rakyat. 

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan dijadikan medan untuk pengundi memastikan Tian Chua tidak mampu terus membohongi rakyat kononnya beliau tidak mendapat peruntukan pembangunan parlimen disediakan kerajaan, selain tidak diberikan jawatan dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membantu memajukan kawasan itu. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas berkata, berdasarkan kajian jentera BN sejak lima tahun lalu, majoriti pengundi sudah muak dengan ketidakmampuan Tian Chua mengatasi masalah setinggan dan menyediakan perumahan untuk masyarakat berpendapatan rendah. 

“Kita ada 53 cawangan UMNO dengan 11,800 ahli dan dibantu dengan cawangan MCA, MIC serta parti komponen BN lain. Kali ini saya yang mengetuai jentera BN Parlimen Batu akan memastikan pengundi tidak terpedaya lagi dengan janji kosong dan pembohongan Tian Chua.Baca Selanjutnya 

Cerita mudah Tian Chua sudah kena sailang di Batu , lepas ni mengundi rakyat di Parlimen Batu perlu sedar dan perlu segera bingkas bangun dan ampa semua kena SAILANG Tian Chua supaya dia boleh lagi dok bohong rakyat.

Ingat duit rakyat Selangor yang bayar gaji dia di parlimen !! Ampa nak perkara sama berulang ka ???

MMI.

Wednesday, 3 April 2013

Pakatan Tumbang Di Permatang Pauh ?!!


Ish kenapa muka sampai macam tu sekali ? nak makan orang ke apa ? Hehe tapi ampa semua jangan risau mamat ni tak makan orang dia mantakedarah benda lain , lagi hebat punya yang boleh terkam-terkam Auww...

Parlimen dah bubar jadinya semua pihak menantikan masa untuk berkempen dan mengundi.Fuh bukan satu kerja mudah tu lagipun Datuk Najib dah bagitau awal-awal pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit dan penuh dengan cabaran.

Apa pun kita kena bersedia baik dari segi mental dan juga fizikal , kalau tak kena cara boleh pitam kat tengah jalan.Moralnya bermula dari saat ini semua jentera BN mesti bekerja lebih kuat malah 40 jam satu hari haa kepada yang tak faham tu cuba congak-congak tengok kot mana mai 40 jam satu hari tu...

Macam biasa Permatang Pauh antara kubu kuat Anwar dan parti PKR.Malah sejak dari tertubuhnya PKR Permatang Pauh cukup sinonim dengan PKR apatah lagi Anwar dan keluarganya walaupun jarang-jarang balik kawasan.

Lepas tu dekat-dekat nak pilihanraya tup-tup Anwar kata nak bertanding tempat lain ubah angin kata orang utara.Hmmm apa cer ???

Anwar Ibrahim mengakui keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umun ke-13 akan datang menerima bantahan daripada penyokongnya.

Bagaimanapun beliau membayangkan bertegas untuk berpindah kerusi ke Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya tercapai.

Sehubungan itu beliau dijadualkan untuk mengadakan perbincangan bagi 'memujuk' pemimpin tempatan berhubung hasratnya itu.

"Saya sedar ada bantahan yang kuat, oleh itu saya perlu jelaskan kepada mereka mengenai matlamat kita bagi melonjakkan sokongan di Perak.

"InsyaAllah saya boleh memujuk mereka kerana saya bukan mahu meremehkan penyokong saya di Permatang Pauh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya. mstar

Aisey strategi rupanya..Hebat Anwar ni tapi dengar cita katanya ada sikit gerun sama calon yang bakal berdepan dengan beliau sekiranya masih di Permatang Pauh ?

Yang tu kita biaq juak-juak dia pikiaq pi tengoklah naa..Cuma satu ja sebagai Ketua Pembangkang kalau dah keluar dari kawasan ni kira CABOK lah kata orang tua-tua.

Apa pun keputusan Anwar semuanya ada kesan dan antara kesan yang menyebabkan Anwar mungkin berubah hati nak ke Perak tu mungkin kerana mamat dalam video kat bawah ni..Jom layan..



MMI.

Thursday, 14 March 2013

Tian Chua Mengaku Tidak Bersalah !!


Seperti yang MMI jangkakan Tian Chua sudah pasti akan membuat pengakuan tidak bersalah seterusnya akan dibebaskan dengan ikat jamin.Berapa sangat ikat jamin yang dikenakan terhadap pengkianat ini ? 

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu.

MMI agak marah kerana ikat jamin terhadap pengkianat seperti Tian Chua hanyalah RM5,000 , bukan saja mereka mampu malah kelihatannya seperti main-main sedangkan ini berkaitan isu kianat.

Apa pun sekurang-kurangnya beliau akan di bicarakan pada 12 April nanti.

MMI.

Mengapa Rakyat Marahkan Tian Chua ?!


UCAPAN takziah dan al-fatihah kepada semua yang terkorban dalam insiden membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu terutamanya kepada keluarga yang pasti masih bersedih dengan kehilangan orang yang di sayangi.

Itulah harga yang perlu dibayar untuk menjaga kedaulatan negara daripada ancaman dan pencerobohan yang dilakukan, sesuatu yang perlu kita insafi, tidak ada orang yang berakal waras mahu melihat pertumbahan darah sebegini.

Dalam insiden di Kampung Tanduo, Malaysia telah memperlihatkan keperibadian sebagai Negara budiman apabila menggunakan pendekatan lembut dan diplomatik bagi menyelesaikan krisis yang akhirnya berlarutan tiga minggu.

Mungkin ibaratnya menarik rambut dari dalam tepung, begitulah yang diperlihatkan, tetapi kelihatannya pihak penceroboh yang kononnya mewakili Sultan Sulu umpama naik tocang dan mahu mengambil kesempatan daripada pendekatan lembut dan diplomatik.

Seperti yang dinyatakan, kerajaan jelas mahu krisis atau kekalutan yang tercetus diselesaikan secara baik dan berhemah, namun pada akhirnya darah sudah tertumpah.

Sebenarnya, perkara yang mahu dinyatakan di sini adalah sikap sebahagian daripada rakyat Malaysia apabila berdepan dengan krisis ini, seperti melatah dan melenting, seperti terkinja-kinja lalu membuat pelbagai andaian dan mereka cerita.

Lebih parah lagi apabila ada yang melihat dalam skop politik lalu meletakkan kesalahan kepada kerajaan semasa yang dilihat gagal dan lemah dalam mengendalikan krisis ini. Mahu dinyatakan di sini, isu seperti ini tidak sama seperti kes di Sauk atau Memali kerana pihak berkuasa negara perlu berurusan dengan suatu pihak daripada negara luar.

Sewajarnya, pendekatan yang diambil daripada sudut positif, tidak dengan menuding telunjuk seolah-olah pihak keselamatan kita lemah dan gagal mengambil langkah terbaik, sedang langkah kekerasan jika boleh menamatkan krisis ini pada tahap yang cepat akan memberi parut besar.

Namun, yang paling dikesal ialah sikap ahli politik yang mengaitkan krisis ini dengan parti politik lawannya, yang sebenarnya merupakan langkah dangkal dan pemikiran cetek, malah amat mendukacitakan kerana kenyataan bersifat politik kepartian itu timbul daripada penggubal undang-undang.

Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dalam kenyataanya kepada portal berita Keadilan Daily telah meletakkan krisis dengan kumpulan penceroboh bersenjata Filipina sebagai konspirasi terancang UMNO mahu menakut-nakutkan rakyat.

Menakut-nakutkan rakyat? Apakah gila gerangannya jika UMNO dan pemimpin negara mahu mencetuskan suasana kacau membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara di suatu sudut negara.

Tian Chua selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sewajarnya berfikir secara matang, bukannya membuat andaian berasaskan politik kepartian dengan mereka cerita salah mengenai lawan politik.

Beliau juga sewajarnya tidak bertindak sebagai seorang aktivis atau ahli politik berfikiran sempit dengan melontarkan tuduhan yang tidak diketahui kebenaran, dan dalam krisis di Felda Sahabat ini, ahli politik ini tidak mempunyai asas logika dalam berhujah.

Sebagai ahli politik yang diangkat oleh pengundi di kawasannya, Tian Chua sewajarnya berfikir dan bertindak sebagai seorang negarawan, jika tidak sebagai ahli politik bertanggungjawab dan berwibawa, bukannya sang oportunis mencari lompang untuk menyerang lawan politik dengan dakwaan yang sebenarnya tidak berasas.

Mencari populariti seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat ini sebenarnya suatu tindakan tidak bertanggungjawab dan bukan kerja orang yang budiman, tetapi serupa pengganas politik yang mencari ruang menyerang lawan dengan segala kekarutan.

Beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab dan tidak bersikap terdesak dengan membuat dakwaan murahan yang tidak membantu dalam menyelesaikan krisis, kekusutan dan juga ketakutan yang dialami oleh pihak terbabit, seperti penduduk di sekitar Kampung Tanduo dan Lahad Datu, amnya. Bertolak daripada dakwaan yang dilemparkan, sayugia mahu dinyatakan harapan untuk melihat wakil rakyat ini berubah fikiran bahawa beliau bukan lagi seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan seperti ketika tindakannya duduk di atas jalan raya.

Jadilah seorang ahli politik yang matang dan bijak kerana setiap tindakan, perbuatan dan percakapan akan memaparkan apakah nilai dan rupa diri kita di depan orang lain, terutamanya pengundi.

Beralih daripada dakwaan karut Ahli Parlimen Batu ini, terdedah sikap rakyat Malaysia khususnya di ruang siber dan media sosial sepanjang krisis ini berlangsung, dengan kebanyakannya melonggokkan kesalahan kepada kerajaan semasa.

Apakah logika yang digunakan oleh kelompok ini yang kebanyakannya penyokong pembangkang atau Pakatan mahu meletakkan kesalahan kepada kerajaan seolah-olah kerajaan tidak pandai atau tidak tahu berurusan dan bertindak.

Kebanyakan respons golongan yang menentang kerajaan ini lebih merupakan lontaran orang yang menjadikan perbuatan menghentam kerajaan sebagai hobi dan orang yang tidak mempunyai idea bernas dan akal.

Dalam hidup yang dikatakan maklumat di hujung cari, ternyata golongan kaki hentam ini adalah golongan kebal maklumat kerana maklumat yang datang tidak dicerna dan hadam, sebaliknya dipantul atau dilantunkan balik.

Dalam konteks politik pula, golongan ini lebih suka menghentam dan membantai untuk memuaskan nafsu anutan politik kepartian dan melihat segala peluang dan lompong yang ada untuk memburukkan kerajaan.

Akhir sekali, krisis membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata Filipina ini bukanlah isu politik domestik dan kepartian, sebaliknya hal keselamatan yang bersangkutan dengan kedaulatan sempadan negara.

Maka berfikirlah kita dengan cara seorang ahli keselamatan negara atau negarawan, bukan pemalu gendang politik kepartian sempit dan tidak bertanggungjawab.

Natijahnya rakyat yang jauh lebih waras dari Yang Berhormat bangun mencela dan menyatakan kebencian mereka terhadap tindakan tidak berasas beliau dengan membuat laporan polis.

Hasilnya Tian Chua hari ini berada di mahkamah.

sumber mysuara.net 

MMI.

Tian Chua Di Hadapkan Ke Mahkamah Pagi Ini !!


Akibat dari kenyataan yang menuduh peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah sebagai sandiwara, Naib Presiden Keadilan Tian Chua akan didakwa dibawah Akta Hasutan.

Kes Tian Chua dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 9 pagi nanti. Ini disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, Rozan Azen Mat Rasip didalam laman Twitter beliau semalam.


Rozan juga menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan supaya hadir beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kepada Tian Chua demi menegakkan kebenaran.

Naib Presiden Keadilan tersebut sebelum ini dengan pantas mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah merupakan sandiwara Umno walaupun pada ketika itu ia telah mengorbankan 2 nyawa anggota Komando Vat69.


Tian Chua juga dilaporkan sebagai berkata bahawa semua peristiwa di Lahad Datu hanyalah semata-mata strategi Najib Razak untuk menangguhkan Pilihanraya Umum ke 13.

Sehingga kini, beratus-ratus laporan Polis telah dibuat keatas pemimpin PKR tersebut dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat semakin menebal dengan tindakan biadap beliau.MPP 

Rakyat sudah bersuara maka pihak berwajib perlu jalankan tugas pastikan pengkianat biadap ini menerima huuman yang setimpal.MMI kata NYAHkan saja celaka ni dari bumi Malaysia !!

MMI.

Labels