Tanpa diketahui umum, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman.
Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid yang dipetik Bernama sebagai berkata pemimpin pembangkang berkenaan “menyanyikan lagu yang berlainan” apabila bersama dengan penyokong mereka.
“Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka.
“Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, malam Sabtu.
Persetujuan itu katanya, dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsiaan perjumpaan itu.
Macam yang MMI sebut di entri sebelum ini , masanya dah sampai untuk mengambil tindakan terhadap puak-puak bangsat ini.Jangan pedulikan tentang suara juak-juak macai pembangkang lagi kerana mereka bukan membawa suara majoriti rakyat Malaysia.
Huru-hara yang di cetuskan dengan membelakangkan undang-undang sudah cukup untuk membawa samseng-samseng ini kemuka pengadilan.
MMI.
Zahid ni mcm baru je dlm politik, xkn xtau prangai manusia2 klon syaiton dlm pakatan tu? Dpan angguk blakang geleng.
ReplyDeleteKalau dah nama pembangkang tu tak payah nak bemesyuarah dengan dia , pengalaman mengajar. Manusia berprinsip macam dulu kini dah jadi sejarah. Yang sekarang tinggal haprak.. tak payah buat baik. jalankan undang-undang. salah tetap salah. Jangan kasi can.. Rakyat pun tak percaya jenis pemimpin pembangkang yang haprak macam ni. He he he
ReplyDeleteKesian.... hehe
ReplyDeleteKalau ada umur, PRU akan datang, aku tak akan turun mengundi. Sama aja BN menang ke kalah ke - kerajaan tetap kena buli. Agaknya pembangkang ni ada hantu raya - semua orang takut!
ReplyDeleteMemandangkan Comment-Comment sekarang semacam ini, ini bermakna cara Zahid Hamidi berjaya..
ReplyDeleteAda Bran?