Gambar Hiasan |
Pagi tadi sewaktu MMI keluar membeli sarapan bagi menggalas perut sempat juga dengar dewan kedai kopi bersidang.Fuh kalau nak di bandingkan dengan dewan rakyat rasanya puak-puak dewan kedai kopi tu lagi hebat ! Tapi hebat bercakap sajalah..hihi jangan marah aaa..Apa pun rata-rata yang berhujah itu adalah merupakan mereka-mereka yang faham dan tahu perjalanan politik negara dan sudah semestinya dalam kumpulan terbabit terdiri dari pelbagai pihak.
Yang menariknya tentang hujah pagi tadi adalah berkenaan tindakan puak-puak macai pembangkang yang tidak mahu mengakui bahawa Barisan Nasional sudah memenangi pilihanraya umum ke13.Malah jika difikirkan balik rakyat Malaysia secara keseluruhannya sudah pun menolak Pakatan Haprak atau pembangkang.
Namun isu ini cuba ditutup dengan tindakan menganjurkan perhimpunan haram di semua tempat dan pasti tujuan utamanya adalah untuk menyelamatkan nyawa politik Anwar Ibrahim dan menimbulkan huru-hara supaya Malaysia di lihat terus terlibat dalam kancah kekacauan.
Maka berhujahlah Pak Meon (bukan nama sebenar) pagi tadi menyanggah hakikat kekalahan pembangkang dalam PRU13 dan beliau begitu bersungguh-sungguh menyatakan rakyat sudah menolak kerajaan Barisan Nasional.Himpunan haram dijadikan sebagai kayu ukur dan petanda kononnya keputusan pilihanraya baru-baru ini tidak benar dan ada pihak yang menipu.
Belum sempat Pak Meon habis berhujah , bangun pula Haji Sabri (juga bukan nama sebenar) menyatakan dengan penuh hormat bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya.Maka kita sebagai manusia harus menerima keputusan seadanya kerana apa yang telah dilakukan oleh kerajaan khususnya dalam memastikan pilihanraya benar-benar bersih sudah pun di lakukan.Malah hampir semua permintaan dari pembangkang bagi mendapatkan pilihanraya bersih sudah di terima pakai dan di gunakan.
Isu dakwat kekal juga menjadi topi menarik apabila Haji Sabri menyatakan bahawa pokoknya bukan soal dakwat boleh tertanggal atau tidak tetapi soal pelaksanaan untuk menggunakan dakwat.Persoalan yang ditimbulkan adalah mengapa melihat soal dakwat kekal sebagai satu perkara yang harus dijadikan sebagai kayu ukur untuk menyatakan pilihanraya tidak bersih sedangkan sudah terdapat nama dalam senarai yang di pantau oleh kakitangan SPR yang bertugas.
Apakah semua petugas SPR itu adalah mereka yang pro kepada UMNO dan Barisan Nasional ?
Kemenangan DAP di Pulau Pinang , adakah ianya satu kemenangan yang sepatutnya di tarik balik kerana isu-isu kononnya terdapat penipuan dalam pilihanraya ? Soalnya mengapa Guan Eng tidak mahu menolak kemenangan yang diumumkan oleh pihak SPR ?
"Meon hang tolong jawab sat kalau di pulau sana no DAP menang belambak pasai apa puak-puak tu tak tolak ?" Kata Haji Sabri..
"Sana betoi !!" Jawab Pak Meon...
Hihihi MMI bangun mendapatkan sarapan dan melangkah pergi sambil telinga ini masih mendengar rata-rata ahli sidang kedai kopi tertawa berdekah-dekah dan sempat juga mendengar dua jenis bunyi.
Pertamanya 'Hang ni pengkianat !!" dan keduanya bunyi enjin motor kapcai lampu bulat dihidupkan dan sudah semestinya Pak Meon adalah penunggangnya berlalu pergi sambil berkata "Esok kita jumpa lain nak pi beli ikan sat" ....
MMI.
ha ha ha ha
ReplyDeleteisi cerita sama di mana mana,
susunan cerita lain.
ha ha ha ha