Followers

Thursday 16 May 2013

Singapura Sudah Bertindak Malaysia Bila Lagi ??


Zahid Hamidi kini mengalas tugas yang berat apabila diamanahkan menjadi Menteri Dalam Negeri yang baru, kita semua sudah maklum tindakan menukarkan Hisham disebabkan KDN sekarang ini lebih dikenali dengan Kementerian Amaran .

Prestasi Zahid dalam menyelesaikan insiden Lahad Datu dan juga transformasi didalam ATM telah meletakkan beliau diantara menteri paling tinggi pencapaian KPI. KDN bakal berubah wajah,bertahun lamanya kerajaan dilihat begitu lemah apabila terlalu berlembut dalam melaksanakan undang undang apabila lebih banyak amaran daripada tindakan keras.

Rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada KDN,Zahid dilihat mampu melaksanakan apatah lagi sekarang ini negara diancam oleh haprak pakatan yang mahu menjatuhkan kerajaan negara cara keganasan dan rusuhan.Baca Seterusnya 

Harapan MMI semoga dengan pertukaran ini dapat mengembalikan KDN sebagai sebuah kementerian yang benar-benar tegas dan mampu memastikan tindakan-tindakan provokasi dan melampau oleh pihak pembangkang khususnya dapat segera di bendung.

Malah dalam beberapa perkara kita di lihat agak lemah kerana lebih kepada mengawal bukan mencegah.Mencegah dalam erti kata menghalang sesuatu perlakuan mahupun tindakan yang tidak berdasarkan kepada undang-undang.

BERSIH dan himpunan haram yang kini semakin menjadi-jadi , jangan hanya meletakkan anggota keselamatan bagi mengawal keadaan sebaliknya cegah dan suraikan malah tangkap saja mereka-mereka yang masih berdegil kerana kita ada undang-undang.

MMI agak kecewa kerana Singapura sendiri pun sudah bertindak apabila berlaku perhimpunan di negara mereka malah ianya perhimpunan  menolak keputusan PRU13 Malaysia.

Jika negara luar boleh bertindak takkanlah kita Malaysia masih mahu berdiam diri.

Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memberi amaran bersyarat kepada kesemua 21 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan haram di Merlion Park pada 11 Mei.
Dalam kenyataan hari ini, SPF berkata majikan mereka akan dimaklumkan mengenai perkara itu.
Ini berikutan amaran bersyarat telah diberi kepada sembilan individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di lokasi sama pada 8 Mei.
SPF berkata pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan membatalkan pas kerja seorang daripada 21 individu berkenaan kerana terlibat dalam perhimpunan
haram pada 8 Mei dan 11 Mei.Baca Seterusnya
Maka MMI menanti dengan penuh minat tindakan yang akan dilakukan oleh Zahid Hamidi yang sememangnya sudah diperakui ketegasan dan komitmennya mempertahankan negara.

Semoga Malaysia terus aman makmur dan sejahtera..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels