Jika di ikutkan MMI seboleh-bolehnya mahu mengelak dari memberikan pandangan terhadap isu yang melibatkan UMB.MMI sekadar blog bertaraf penjaja dan tidak seperti mana otai-otai lain yang jauh lebih baik dan hebat-hebat belaka.Namun melihat kepada suasana terkini MMI terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku.
Rasanya tidak salah memberikan pandangan kerana kita berada di aliran yang sama iaitu dunia tanpa sempadan.Walaupun dunia tanpa sempadan ini yang sebenarnya membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan atau apa sahaja tetapi sekurang-kurangnya kita beruntung kerana masih lagi di berikan kekuatan serta hidayah daripada Allah swt dan kekuatan itulah yang menjadikan kita berbeza dari sesetengah mereka di luar sana.
IMAN yang merupakan teras kepada setiap insan yang menjadikan kalimah syahadah sebagai pembuka bicara sebenarnya memberikan kita berjuta mukjizat khususnya dalam kita berdepan dengan cabaran serta serangan dari pihak pembangkang mahupun musuh agama.
Bertitik tolak dari sinilah maka usaha kita untuk menunaikan amanah serta tanggungjawab bukan sahaja kepada agama tetapi juga kepada bangsa dan negara mampu kita laksanakan.
Seperti semua sedia maklum PRU13 sudah pun berlalu dan keputusanya BN mendapat 133 kerusi di parlimen bagi membolehkan YAB Datuk Seri Najib menubuhkan kerajaan.Pelbagai pihak tampil dengan pandangan masing-masing dan ada juga yang melihat ianya merupakan kegagalan BN mempertahankan kerusi sebelumnya iaitu 140 kerusi.
Namun hakikatnya BN masih berjaya menubuhkan kerajaan dan semua pihak tahu bahawa peratusan pengundi kaum Cina dan tindakan mereka memberikan laluan kepada pembangkang antara faktor penyumbang mengapa BN hanya memperolehi 133 kerusi.
MMI percaya semua pihak telah pun melakukan tugasan masing-masing dan begitu juga dengan jentera siber khususnya UMB.Sejak dari itu kita mula mendengar pelbagai perkara serta rungutan dari pihak-pihak tertentu tentang itu dan ini.
Ya !! MMI percaya ianya sedikit sebanyak kerana keputusan PRU13 yang tidak memberikan kelebihan kepada Barisna Nasional untuk mendapat majoriti kerusi 2/3 di parlimen.
Persoalannya apakah kita mahu menghancurkan segala yang telah kita bina sejak 2008 yang lalu (mungkin lebih lama) lebur hanya kerana beberapa masalah yang mungkin timbul setelah perjuangan penuh ranjau yang kita lalui itu tidak memberikan hasil seperti mana yang kita mahukan ?
Jangan lupa rancanglah semacam mana pun penentuannya tetap di tentukan oleh Allah swt.Jangan kita jadi umat yang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah di berikan olehNYA kerana jika itu yang menjadi pokok dan asasnya , kita sedang meletakkan bukan sahaja UMNO dan Barisan Nasional di kedudukan yang cukup bahaya tetapi juga bangsa, agama dan negara.
MMI melihat dan memerhati sejak PRU13 pelbagai pihak tampil menyerang sesama sendiri bahkan sudah ada yang mengherdik sesama sendiri.Untuk apa tindakan sedemikian di lakukan ? Bukankah kita lupa bahawa perjuangan kita jauh lebih berat dari itu kerana sejak awal kita selalu mendengdangkan bahawa perjuangan ini perjuangan keramat dan perjuangan ini untuk bangsa,agama dan negara.
Apakah di saat ini kita mahu memperlihatkan segala ikrar dulunya menjadi omongan kosong yang sebenarnya akan menampilkan wajah kita yang sebenar ? Ayuh sahabat-sahabat semua , misi kita jauh lebih penting dari bertikam sesama sendiri.
Matinya JEBAT di tangan TUAH bukan sekadar kemenangan tetapi ianya jauh lebih pedih dari itu kerana pertelingkahan itu menyaksikan 2 sahabat yang mengaku bersaudara bertikam sesama sendiri sehingga salah seorang darinya GUGUR menyembah bumi.
Apakah kita mahu mengulangi sejarah orang Melayu ini semula ? Sudah-sudahlah perjuangan kita masih jauh , Apatah lagi jika diikutkan waktu yang ada sekarang ini sebaiknya di fokuskan kepada usaha untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus cemerlang.
Kita sebenarnya tidak punya masa dengan hanya berbaki beberapa tahun sahaja selepas ini untuk Malaysia sekali lagi mengharungi PRU14 seluruh jentera sepatutnya memberikan sepenuh perhatian kepada matlamat yang paling utama untuk memastikan Putrajaya di pertahankan.
Sekiranya kita berdiri atas nama perjuangan untuk UMNO dan Barisan Nasional maka sudah pasti fokus dan tumpuan kita semestinya ke arah memperkasakannya bukan dengan merosak atau membunuh sesama sendiri.Pembangkang seawal hari pertama keputusan PRU13 di umumkan segala gerak kerja mereka untuk melakukan doktrin awal terhadap rakyat sudah pun di gerakkan.
"Black505" sebenarnya merupakan perkara paling utama yang harus kita lihat dan belajar.Bagaimana pembangkang boleh melakukannya dalam masa sesingkat dengan keputusan PRU13.
UMB Di Serang
Apa yang MMI lihat ada pihak-pihak tertentu sudah pun menyerang UMB pimpinan Tun Faisal.Malah pelbagai cerita dan kejadian sebelumnya dan terkini seolah-olah menjadi rencah dalam UMB.Namun MMI akui bahawa UMB tetap terbaik khususnya dalam membantu UMNO dan Barisan Nasional menghadapi PRU13.Malah sebelum itu pun UMB sudah pun terlibat dalam banyak PRK sama ada di semenanjung mahupun di Sarawak.
Seperkara yang menarik perhatian MMI adalah UMB tidak pernah menafikan hak mana-mana pihak untuk sama-sama berjuang mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional.Tun Faisal sendiri mengakui bahawa terdapat kumpulan-kumpulan lain yang turut bekerja dan menyumbang kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Maka kita sebenarnya sudah membuktikan bahawa sikap bekerjasama itu mampu di pupuk dan kita seharusnya bersyukur kerana semua pihak memainkan peranan masing-masing.TERUSKAN !! Jangan lagi menoleh kebelakang kerana matlamat kita sama.
Percaya bahawa manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan kerana fitrah manusia sebegitu maka mustahil UMB itu maksum.Namun seperkara yang harus kita ingat UMB juga antara penyumbang kepada gerak kerja jentera media maya menentang doktrin dan dakyah dari pembangkang sama seperti mana rakan dan sahabat-sahabat lain berjuang.
Dalam keadaan ini , bak kata orang tua-tua marilah kita sama-sama ambil yang jernih dan buang yang keruh agar segala perancangan dan tindakan kita selepas ini mampu memberikan hasil yang jauh lebih baik dari sebelumnya.
Sebagai contoh terkini , pembangkang melalui saluran media mereka hari ini sudah pun menyerang UMB dan Tun Faisal sendiri apabila mereka-reka cerita yang sebenarnya tidak wujud Baca Sini
Maka dengan kenyataan itu percayalah serangan khususnya daripada pembangkang terhadap UMB sebenarnya membuktikan bahawa gerak kerja , peranan dan kehadiran jentera UMB sebenarnya memberikan impak kepada pembangkang khususnya dalam peranan di media sosial.
Kepada Tun Faisal , teruskan usaha dan gerak kerja ini kerana anda sebenarnya sudah pun berjaya membawa UMB sebagai pasukan mahupun jentera yang kini di perakui keberkesanannya oleh mereka-mereka di kem pembangkang.
Memetik kenyataan daripada Tun Faisal ""Hari ini kedudukan jentera siber Pro-BN jauh lebih baik dari tahun 2008.Kehadiran kita semakin di rasai.Walaupun sedikit ketinggalan,keadaan jauh lebih baik.Pembangkang tidak lagi mendominasi ruang siber dan bebas melakukan pembohongan seperti dahulu".
SYABAS Tun Faisal !!
MMI.
No comments:
Post a Comment