Red Bean Army masih lagi menjadi isu panas di semua saluran media sosial malah tak ketinggalan juga di media-media cetak.Pelbagai pihak telah melontarkan pandangan serta pelbagai berita sudah pun kita dengar.Pasukan yang di percayai dibiayai oleh parti DAP ini bagi melakukan propaganda dan perang media sosial ini sedikit sebanyak telah menyedarkan banyak pihak betapa peranan media sosial itu amat penting khususnya dalam dunia politik hari ini.
MMI bukan memuji RBA namun itulah hakikat yang harus kita terima apabila gerakan mereka bukan sahaja sudah memberikan impak kepada UMNO dan Barisan Nasional malah turut mengheret undang-uandang,perlembagaan negara,institusi raja,pemimpin,kerajaan,SPR serta banyak pihak lagi ke kancah politik kotor lagi menjijikkan.
Apakah RBA hanya segelintir penyokong pembangkang yang menggunakan media sosial untuk menyuarakan suara mereka ? TIDAK !!! Mereka adalah sebuah organisasi tersusun yang di pacu oleh pihak-pihak tertentu yang pro-pembangkang bagi melakukan kerja-kerja doktrin politik supaya rakyat percaya dengan pro-paganda yang di mainkan.
Ada sesetengah pihak melabelkan gerakan seperti ini adalah jauh lebih berbahaya daripada sebutir peluru.Rasanya benar kerana peluru tidak semestinya tepat mengenai sasaran namun media sosial sasarannya jauh lebih tepat dan impaknya cukup hebat.
Tak perlu rasanya MMI menceritakan satu persatu kerana percaya semua pihak sudah pun melihat kesannya khususnya dalam PRU13 baru-baru ini.
MMI tak nafikan UMNO dan Barisan Nasional turut mempunyai jentera media sosialnya sendiri dan jika berdasarkan perkiraan MMI , jentera ini khususnya UMB serta mereka yang seangkatan dengannya sudah melakukan yang terbaik bagi berdepan dengan pasukan pembangkang.
Namun mungkin di pihak UMNO dan Barisan Nasional ianya memerlukan sedikit penambahbaikkan dengan melihat kepada sudut kelemahan yang boleh di perbaiki.MMI yakin sekiranya kita memperkasakan jentera media sosial seperti mana pembangkang melakukannya kita mampu malah jauh lebih baik dari itu.
Apa pun percayalah seluruh jentera media dan sahabat-sahabat blog yang meletakkan TANGGUNGJAWAB sebagai mukadimah dalam perjuangan ini sentiasa bergerak dan berusaha bagi memastikan UMNO terus relevan bagi membela nasib orang Melayu dan seluruh rakyat serta bumi bernama Malaysia.
Pesanan MMI jangan alpa dan lalai , kita bakal berdepan PRU14 dan pastikan segalanya bermula dari sekarang !!!
Berbalik kepada video RBA yang kini tersebar serta berdasarkan pemerhatian MMI mereka kini semakin berani malah secara terang-terangan muncul di tempat-tempat tertentu bagi menjalankan kerja-kerja mereka.Baca Sini
Untuk mengikuti video yang MMI maksudkan KLIK SINI Hihi...
MMI.
No comments:
Post a Comment