Followers

Sunday, 7 July 2013

Apa Sedang Berlaku Di MESIR Kini !!


Selain daripada kejadian rampasan kuasa oleh pihak tentera dan berita pengulingan Presiden Mohammed Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara itu keadaan di laporkan semakin meruncing.

Sebelum itu Fattah mengumumkan rampasan kuasa tentera di Mesir melalui televisyen kerajaan, ketika polis mula menahan pegawai-pegawai kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin.

Waran tangkap turut dikeluarkan ke atas sebanyak 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor media milik kerajaan.

Sekurang-kurangnya tujuh penyokong Mursi terbunuh dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Iskandariah dan di bandar Marsa Matrouh, menurut pegawai keselamatan.

Dalam masa yang sama sebanyak 50 orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penyokong dan penentang kerajaan sejak minggu lalu menjelang ulang tahun pertama Mursi dipilih menjadi Presiden Mesir pertama selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak dalam kebangkitan rakyat pada 2011.Baca Selanjutnya 

TERKINI

Berita terbaru: 9 pm waktu Mesir ( 3 am waktu Malaysia)

1) General Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.

2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya. 

3) Akhbar Chanell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.

4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah : Dr. Muhammad Mursi.

5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.

6) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels