Sekarang ni bulan puasa dan selepas tu masyarakat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri maka sudah tentulah pelbagai jenis juadah akan di sediakan bagi memperlengkapkan kitaran sambutan hari raya khususnya bagi meraikan sebulan umat Islam berpuasa.
Banyak pihak pastinya ternanti-nantikan saat itu dah pastinya hidangan rendang adalah menu wajib bagi setiap isi rumah.Bila menyebut rendang sahaja sudah tentu bahan paling utama adalah daging ayam atau lembu.Kalau ada yang guna bahan lain tu mungkin mengikut citarasa masing-masing atau pun ada yang cuba buat pembaharuan contohnya rendang sardin hihihi...
Namun bukan rendang yang menjadi persoalannya , tetapi berkaitan harga ayam yang sedang panas sekarang ini berikutan harga yang dikatakan terlalu mahal.
Pelbagai rungutan dari kalangan pengguna berkenaan harga ayam sebenarnya sudah di ketahui banyak pihak dan MMI yakin ianya sudah pun sampai ke pengetahuan pihak kerajaan dan kementerian yang terlibat.
Seperti kebiasaan apabila tiba musim perayaan pihak kementerian terlibat akan memastikan setiap peniaga perlu mematuhi harga kawalan yang telah di tetapkan oleh mereka namun menjadi satu persoalan besar dan mungkin satu bebanan juga apabila harga-harga ini sebenarnya di tentukan oleh pihak lain.
Dalam masa yang sama terdapat juga kelemahan berkenaan harga kawalan khususnya dari segi pemantauan daripada pihak kementerian.
Tahukah kita pemantauan yang dilakukan oleh pihak kementerian terlibat kadang kalanya tersalah sasaran.Mereka lebih suka memantau peniaga-peniaga di pasar awam mahupun kedai-kedai terlibat sedangkan pada hakikatnya punca kenaikan harga berlaku kerana PEMBEKAL !!
Merujuk kepada seorang kenalan yang menjalankan perniagaan menjual ayam proses kenaikan harga ayam tidak dapat di elakkan kerana pembekal yang menetapkan harga.
Bayangkan apa yang perlu di harungi oleh peniaga apabila perlu mematuhi harga kawalan tetapi dalam masa yang sama harga yang di bayar kepada pembekal jauh lebih tinggi daripada masa ke semasa.
Sebagai contoh katakanlah harga kawalan sekilo ayam adalah RM7.00 dan harga yang peniaga perlu bayar kepada pembekal adalah RM6.80 sekilo.Adakah anda rasa untung bagi setiap kilo sebanyak 20 Sen itu berbaloi ?
Pernahkah anda memikirkan tentang kos operasi dan pembayaran gaji pekerja yang perlu di tanggung oleh peniaga ?
Disinilah sebenarnya pihak kementerian berwajib perlu memantau harga yang di tetapkan oleh pembekal.Pemantauan dan kawalan harga seharusnya di arahkan kepada pembekal bukannya kepada peniaga sahaja.
Pihak berwajib perlu tahu disinilah bermulanya kenaikan harga ayam yang kini menjadi rungutan kebanyakkan pengguna.
Seperkara yang harus semua pihak faham , kebanyakkan pembekal ayam dalam negara kita terdiri daripada mereka yang bukan sebangsa dengan kita.Setelah pembekalan di lakukan kepada peniaga yang kebanyakkannya terdiri daripada mereka yang sebangsa dengan kita maka dengan harga yang tinggi sudah pasti akan menimbulkan rungutan di kalangan pengguna.
Kemudiannya pihak kementerian dan mereka yang berkuasa akan melakukan pemantauan dan sudah pasti peniaga yang tidak mengikut harga kawalan yang di tetapkan akan di saman.
Soalnya disini adakah kenaikan harga itu bermula daripada peniaga (Melayu) atau pembekal (bukan Melayu) ??
Hati-hati dengan tindakan rakus pembekal ini kerana kesannya cukup besar bahkan ia mampu sampai ketahap kerajaan Barisan Nasional di persalahkan !! Tak percaya ? Anda pasti pernah mendengar "BN Barang Naik " !!!
Jadi hati-hatilah , kepada pihak berwajib lakukan tugasan anda sebaiknya ... Jangan bunuh peniaga kerana mereka perlu berdepan DRACULA !!
Psst bila ada isu kenaikan harga ayam pihak berwajib seharusnya mencari kaedah terbaik menyelesaikan bukan dengan minta pengguna beralih beli daging lembu...Itu BODO PIANG namanya Klik Sini
MMI
No comments:
Post a Comment