Followers

Monday, 15 July 2013

Aku Dah Cakap Ada BARUA Dalam BN !!!


Tak tahulah apa lagi yang di biarkan , dalam tempoh masa 2 tahun kebelakangan ini sebenarnya dah ramai orang Melayu khususnya ahli-ahli UMNO yang di tipu oleh puak-puak cauvinis ini.Kalau 2008 yang lalu ianya diibaratkan sebagai "lesson" daripada rakyat kepada kerajaan kini selepas PRU13 rasanya ia bukan "lesson" lagi tetapi kerana kelemahan yang sememangnya berlaku dalam komponen Barisan Nasional itu sendiri.

Mana perginya hampir sejuta lebih ahli MCA ? Jangan dok menipu lah kalau bukan beralih arah kepada rakan lelap mereka DAP.

Malah tindak tanduk mereka sejak kebelakangan ini juga cukup jelas menunjukkan kegagalan paling maksima MCA dalam berdepan suasana politik tanahair.

PRU13 , apa yang di sumbangkan oleh MCA ? HANYUT !!! Chua Soi Lek selaku Presiden parti pun tak mampu lagi mengekang tabloid utama mereka , lihat saja The Star apakah ianya masih relevan sebagai saluran media Barisan Nasional ? Huh HAMPEH !!!

Terkini pula dok kalut kononnya kecewa apabila ramai pelajar Cina gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2013/14. 

Menurut Soi Lek, dia akan membawa isu ini kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kononnya menjadi tanggungjawab MCA untuk mempertahankan kepentingan dan kebajikan orang Cina.

Alo brader.... lu mau bising apa? Orang Cina dah tak mau MCA lagi. Lu duduk diam-diam layan cucu lagi baik. Biar orang Cina jumpa DAP mintak selesaikan masalah ni. Lu lupa ke, berapa ramai Cina yang bagi undi kat MCA berbanding yang bagi undi kat DAP? Lu jangan sibuk-sibuk, Cina dah tak suka sama lu.

Dan juga MCA jangan la pulak kata kononnya nak mempertahankan kepentingan dan kebajikan orang Cina, sebab kalau betul MCA nak jaga kepentingan dan kebajikan orang Cina, tentu ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong tak akan dikenakan apa-apa tindakan oleh MCA kerana menerima jawatan EXCO dalam pentadbiran kerajaan Johor. Walhal suara Datuk Tee itu adalah suara untuk mempertahankan kepentingan dan kebajikan masyarakat Cina! Aiyaaa Soi Lek... wa ingat lu sudah nyanyuk la!!!

Sebelum ni pun MMI dah sarankan supaya Soi Lek ni berundur bukan apa sebab LENGAI sangat !! Naik meluat dah tengok MCA ni sebab cakap banyak kerja HAMPEH !! Baca Sini 

Sudahlah jangan main sorok-sorok lagi , MCA dalam komponen Barisan Nasional ibarat JASAD tanpa ROH..Sesuatu perlu di lakukan bagi membuktikan kesetian MCA terhadap Barisan Nasional.

Bagaimana ?? Chua Soi Lek harus berundur kerana beliau bertanggungjawab terhadap prestasi BURUK MCA sejak pilihanraya 2008 yang lalu bukan dengan buat kalut kononnya nak perjuangkan kaum Cina !!


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels