Walaupun mereka mendakwa bahawa asas perjuangan parti Pas adalah berlandaskan Islam, namun itu tidak menghalang pimpinan parti itu untuk terus berbohong bagi memperdayakan rakyat. Ini kerana, sebagai contoh bagi meraih simpati dan sokongan pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ini, mereka di lihat begitu terdesak sehingga sanggup mereka-cipta pelbagai isu yang dirasakan boleh menambahkan undi.
Antara isu yang dimainkan di sepanjang kempen PRK Kuala Besut ini, seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dilaporkan berkata, kononnya calon BArisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Abdul Rahman tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut.
Malah serangan peribadi terhadap Tengku Zaihan juga membabitkan dakwaan kononnya pemilihannya sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.
Seterusnya dakwaan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad yang berkata kononnya dia diminta oleh ‘kaum keluarga’ calon BN yang mahu bertemu dengannya. Kononnya mereka ini bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap calon PAS, Endot @ Azlan Yusof pada PRK DUN Kuala Besut 24 Julai ini.
Sekiranya ada dikalangan rakyat yang membuat keputusan untuk mendengar dari sebelah pihak sahaja, pasti semua kenyataan yang disampaikan itu akan ditelan bulat-bulat. Tambahan pula mereka yang bercakap itu, mengunakan parti Islam dan simbol ulama, ditambah dengan jubah, serban dan janggut, sebagai platform untuk menghalalkan cara. Maka secara logiknya pasti ada dikalangan penduduk kampung yang merasakan mana mungkin pimpinan yang mewakili parti Islam mampu atau sanggup untuk menipu apabila berkata-kata.Baca Seterusnya
Terbaru pula giliran Timbalan Presiden PAS Mat Sabu pukoi canang nak raih simpati pengundi sampaikan buat cerita kononnya ada pemimpin UMNO yang menyebarkan SMS meminta pengundi di Kuala Besut untuk memilih calon PAS.
Tu dia punya hebat Mat Sabu ni tapi ampa semua kenal dah kan siapa Timbalan Presiden PAS ni kaki kencing !! Haaa ingat dak lagi insiden kononnya kena langgar dengan kenderaan polis masa BERSIH dulu tu hihihihi ....
Alalalala ciannye die....
"Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta pengundi di sini memilih calon PAS.
"Tujuannya adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan kiri-kira 300 orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat malam tadi.
MMI petik kenyataan di atas daripada haramkah salah satu saluran utama penyebar fitnah PAS.
Aduhai agak-agaklah Mat Sabun oi , habis di kaitkannya janji dapat sebarkan dakyah ..
Untuk makluman gerak kerja kempen calon Barisan Nasional berjalan seperti biasa dan sentiasa mendapat sambutan dari kalangan penduduk Kuala Besut jika di bandingkan dengan calon PAS.
Mudah cita , pengundi lebih senang dan percaya dengan kredibiliti serta keupayaan calon dan Barisan Nasional itu sendiri.
Apa pun tahniah MMI nak ucapkan kepada Mat Sabun kerana dakyah yang kamu sampaikan itu telah memberikan kredit kepada Barisan Nasional.
Mat Sabun mungkin lupa rakyat Terengganu masih ingat apa yang telah PAS lakukan satu ketika dulu sewaktu berkuasa di Terengganu.
MMI
No comments:
Post a Comment