Followers

Showing posts with label Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Fitnah. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

BONGKAR : PENDEDAHAN 9 Kes FITNAH PENGUNDI HANTU PRU13 Part 2


Pembangkang semakin GAGAL dalam usaha terdesak mereka untuk terus-terusan menjadikan PRU13 sebagai medan untuk mereka menimbulkan sebanyak mungkin perkara-perkara yang mampu menarik perhatian rakyat kononnya kerajaan Barisan Nasional melakukan penipuan dalam proses pengundian tempoh hari.

Fitnah kononnya 40 ribu warga Bangla di terbangkan ke Malaysia semata-mata untuk menjadi pengundi bagi memenangkan Barisan Nasional hanyalah sebuah cerita rekaan pemimpin dan macai-macai pembangkang yang terdesak untuk mengambil alih Putrajaya.

Seperti yang di janjikan MMI akan mendedahkan FITNAH seterusnya berkaitan pengundi bangla atau hantu yang di lalakkan kepada masyarakat dan rakyat Malaysia sebelum ini.

4. PAKISTAN WARGANEGARA MALAYSIA


Sekeluarga warganegara Malaysia berketurunan Pakistan juga menjadi mangsa dituduh Pengundi Hantu. Sekumpulan lelaki berbangsa Cina cuba menghalang keluarga tersebut beratur untuk mengundi di SMK Tropicana dan mendesak mereka untuk menyanyikan lagu Negaraku sebagai pengesahan warganegara.

Namun, kumpulan tersebut tersentak apabila ada ahli keluarga tersebut boleh bertutur Bahasa Kantonis .Malah ada jiran yang mengenali keluarga tersebut mendakwa bahawa mereka telah tinggal di kejiranan tersebut lebih 3o tahun!


#Kes Keempat Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

5. SUAMI ANGGOTA PDRM TURUT DITAHAN


"Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu. Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. 

Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.

Kejadian berlaku di Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya yang berketurunan India-Muslim.

Katanya, kumpulan itu datang ke arahnya dengan menjerit-jerit dan meminta beliau menunjukkan kad pengenalan miliknya. Mereka terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.

Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepadanya walaupun beliau puas  menafikan, namun langsung tidak diendahkan. Kumpulan terbut mula bertindak ganas apabila menendang dan memukul dadanya. Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas.

Beliau merupakan suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir. Tajudeen berharap kejadian tersebut tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. 

#Kes Kelima Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

6. SAYA BUKAN BANGLA!

Seorang pemuda ditangkap oleh sekumpulan yang menyamar sebagai polis menuduh beliau sebagai Pengundi Hantu. Beliau didesak untuk menunjukkan kad pengenalan oleh pihak tersebut.

Apabila menyedari mereka TERSALAH tangkap, kumpulan tersebut berpecah dan ada yang melarikan diri. Ahli kumpulan yang sempat ditahan memohon maaf atas ketelanjuran mereka.

Pemuda berkenaan mendakwa beliau membesar, bekerja dan bersekolah di kawasan berkenaan dan rata-rata penduduk di situ mengenali beliau.  Laporan polis telah dibuat sejurus kejadian tersebut berlaku.


#Kes Keenam Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

7. JPN SAHKAN RAMEISH WARGANEGARA


Pihak pembangkang sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila menggangap Rameish warga Bangladesh berdasarkan rupa paras fizikalnya.


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu ini pada laman facebook berkaitan Encik Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai ‘Bangla’ dan seterusnya telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini.

Semakan pada rekod JPN mendapati bahawa beliau adalah berstatus Warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan di lahirkan di negeri Pahang.

Psywarriors difahamkan bahawa lelaki tersebut dan keluarganya telah membuat laporan polis tentang fitnah pembangkang terhadap diri beliau.

#Kes Ketujuh Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

8. GAMBAR LAMA DIMANIPULASI


Gambar lama segerombolan pekerja asing warga Bangladesh tiba di KLIA menjadi sensasi topik Pengundi Hantu. 

Ada pihak yang mengakui gambar tersebut gambar lama dan sepatutnya jika ingin dijadikan bahan perlu ambil gambar terkini beberapa hari sebelum hari mengundi.

#Kes Kelapan Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

9. SALAH TAFSIR GAMBAR


Gambar ketibaan sekumpulan warga asing berbaris di KLIA dimanipulasi Harakahdaily dengan status di facebook "Lagi VVIP BN dilihat di lapangan terbang memasuki negara".

Walaubagaimanapun, pembaca iaitu Mohd Bukhari menafikan dakwaan tersebut dan tindakan beliau dipuji dan dianggap jujur. 

Komen beliau "Maaf, sy tkut bnda ni akn jd fitnah, jd sy nk kongsikn skit..sy tau ni d mana n sy bkerja d situ...sykt pnerbagn tu mmg ade penerbangan daily dri kathmandu Nepal ke k.l.....setiap hari...mmg penumpng dri Nepal rmai cmni...dri Awal pnerbangan ktm-kul thun lps...mereka akn bbaris pnjg cmni smbil pgang tngn ikut leader dri agensi pkerjaan...sblm leader tu nk msuk ambil pas kslmtn dulu n tnjukkn dokumen dri agensi tu......"

#Kes Kesembilan Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 


Berdasarkan 9 Kes yang dinyatakan terbukti pembangkang GAGAL menangkap Pengundi Hantu yang hanya dinilai  berdasarkan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status. Sedangkan umum mengetahui bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan keturunan. 

Sebaliknya mereka perlulah merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya agar tidak mewujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.

Jadi, dimanakah bukti dakwaan wujud 40,000 Pengundi Hantu oleh Ketua Pembangkang sebelum ini??

Seperkara yang MMI mahu semua pihak fikir dan nilai-nilaikan adalah apakah kemenangan calon-calon pembangkang khususnya di Selangor dan Pulau Pinang yang mencecah puluhan ribu undi itu benar-benar terdiri daripada undi rakyat Malaysia ?

Perlu di ingat Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan jumlah kaum Cina yang cukup tinggi khususnya di kawasan bandar dan sejauh mana mereka-mereka itu adalah warganegara Malaysia ???? Hahahaha...

Part 1 Klik SINI  

kredit to psywarriors 

MMI

BONGKAR : PENDEDAHAN 9 Kes FITNAH PENGUNDI HANTU PRU13 Part 1


Pilihanraya Umum Ke-13 telah berakhir. Namun, ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi.. Pihak yang tidak berjaya UBAH Kerajaan Malaysia cuba membuat pelbagai onar untuk menafikan kemenangan Pasukan Barisan 1 Malaysia...

Pemimpin pembangkang cuba menimbulkan huru-hara dengan menyarankan para penyokongnya untuk menangkap pengundi yang rasa-rasa mereka mencurigakan di tempat membuang undi tempohari. Ayat yang mereka gunakan adalah "Citizen's Arrest".

Daripada arahan yang diberikan, definisi mencurigakan adalah berdasarkan rupa wajah pengundi yang hadir dilihat seakan-akan warga asing. Arahan ini dilaksanakan oleh penyokong hanya berdasarkan rupa wajah seseorang. 

Bertambah tegang bila mana pengundi yang mereka tangkap berlandaskan "Citizen's Arrest" itu terbukti pula sebagai seorang rakyat Malaysia yang sah dan maklumat pengundi SPR jelas melayakkan dirinya untuk mengundi. 

Rakyat menghormati kedaulatan undang-undang yang sudah termaktub di negara ini, maka alasan "Citizen's Arrest" tidak diterima oleh umum. Di bawah perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:
Mana-mana orang yang menghalang seseorang pengundi yang selainnya berhak untuk mengundi daripada mengundi dalam sesuatu pilihan raya merupakan satu kesalahan.

Mereka yang melanggar akta ini boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya. Orang yang telah disabitkan itu tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari tarikh sabit kesalahan.

Jika pada tarikh itu seseorang itu telah pun dipilih dalam mana-mana pilhan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan.

Bak kata Siddharta Gauthama : " Three things cannot be long hidden : the sun, the moon, and the TRUTH.."

MMI cuba membongkar KEBENARAN sebenar disebalik dakwaan wujud Pengundi Hantu, sekaligus memBERSIHkan nama/imej individu yang tidak bersalah daripada terus menjadi mangsa fitnah terdesak pihak pembangkang.

1. CHUA, THE BLACK CHINDIAN


Chua Lai Fatt  merupakan rakyat Malaysia yang lahir dari perkahwinan campuran iaitu bapa berketurunan India manakala ibu berketurunan Cina menjadi mangsa fitnah puak pembangkang. 

Kesian Chua..Disebabkan warna kulit tidak 'sekata' dengan nama, beliau dituduh sebagai Pengundi Hantu yang memiliki kad pengenalan PALSU. Namun, ramai rakan-rakan yang mengenali Chua mempertahankan hak beliau sebagai pengundi yang SAH!!


Kata kenalan yang mengenali Chua :

Raymond Koh - "...he is one of my secondary school mate...chinese indian mixed la..
EricBear Lee - "...This is real name of him. He is adopted by chinese family. I know this guy at secondary school..."
Ethan N Lawrence Lee - "...I hate this kind of skin racist!!!He is born as indian but adopted by chinese family!!!He can speak Hokkien better than u or me!!!..."

#Kes Pertama Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

2. KESIAN SIVA


Seorang warganegara Malaysia yang juga seorang pengurus di sebuah syarikat, dikenali sebagai Siva, berbangsa India oleh rakan-rakan beliau dalam facebook TERPAKSA memperbetulkan FITNAH yang dilakukan oleh MACAI-MACAI PEMBANGKANG.

Golongan ini selalu melaungkan pihak lawan sebagai perkauman, rasis dan tidak adil. Namun apabila tiba hari pengundian, adilkah pihak-pihak yang kononnya perjuangkan KEADILAN menuduh rakyat Malaysia sebagai PENGUNDI HANTU??


Kata kenalan yang mengenali Siva :

Vatsn Shri - "Mereka adalah warga Malaysia dan mereka adalah abang saudara saya..."
Deena Darshini - "hoi mereka berdua ini abang ipar saya ok...mereka ini orang malaysia.... "

#Kes Kedua Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

3. OKU MANGSA FITNAH !

PRU13 mencatatkan sejarah baru apabila Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 30an turut menjadi mangsa fitnah pihak rakus inginkan kemenangan. Mereka menuduh mangsa sebagai Pengundi Hantu dan beliau ditahan sekumpulan lelaki selepas mengundi di SMK Sri Pantai, Pantai Dalam.

Pembangkang kali ini cuba berlagak hero kononnya sebagai PEMANTAU PILIHANRAYA sewenang-wenangnya menahan  orang yang mereka SYAK sebagai BANGLA..

Kad pengenalan milik mangsa turut dirampas selain mangsa dipaksa menjawab segala pertanyaan yang diajukan bertujuan untuk memastikan tahap kefasihannya berbahasa Melayu dan kepastian sama ada mangsa bertaraf warganegara atau sebaliknya.
   
Tetapi disebabkan kekurangannya yang bisu, dia telah dituduh sebagai Pengundi Hantu. Oleh kerana bimbangkan keselamatannya, satu laporan polis telah dibuat di balai berhampiran sejurus selepas kejadian itu.


Kata kenalan yang mengenali mangsa tersebut :

Zulhilmi - "...bdak ni duduk kt umah aku..Siasat betul then baru post...Budak ni selalu jd sukarela lps solat jumaat kat masjid medan bg surat kabar kerajaan selangor..Geng kita ni oi."
Little Nazz - "nie OKU edar risalah PR kat Taman Medan ler.."
Amir May - "bdk taman medan ni la bkn bangla.."

#Kes Ketiga Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

Nampakkan ?? MMI bagi 3 kes dulu nantikan pendedahan seterusnya part 2 akan menyusul.Lagi 6 kes fitnah puak pembangkang berkenaan pengundi bangla atau hantu ni yang akan kita dedahkan.

Apa pun yang pembangkang lakukan mereka sebenarnya GAGAL untuk mengemukakan BUKTI sebaliknya hanya FITNAH semata-mata !!


MMI

Uih Mat Bangla Ni Buat Apa Pula ??


Tengah MMI jalan-jalan dalam dunia maya ni tiba-tiba terjumpa satu video klip ni , layan sekejap dan terdetik dalam hati "Hebat juga lagu-lagu bangla ni , dah moden rupanya" dan kalau ampa semua klik video kat bawah tu MMI jamin mesti ampa layan punya dah tu heroin dia pun boleh tahan.


Amacam sedap juga kan ?? Tapi biasalah ada tiru-tiru video klip artis-artis luar negara juga.Dalam melayan lagu kat atas tu terfikir MMI , kat Bangla sana pun dah mula ada kemodenannya walaupun moden di Bangla tak sama dengan Malaysia.

Itu hakikatnya tapi yang pasti mereka juga sedang berusaha untuk membangunkan negara mereka seperti mana Malaysia satu ketika dulu.Jadi bagi MMI walaupun Bangla kat Malaysia ni sering di tuduh sebagai pendatang yang tak berapa kelas tapi pada dasarnya mereka datang untuk bekerja dan mencari rezeki seperti orang lain.

Macam Malaysia jugalah bukan semua rakyatnya baik sangat pun , cuba tengok kebelakangan ni aksi-aksi tembak dan bunuh menjadi-jadi malah ada juga di kalangan rakyat Malaysia yang jauh lebih teruk dari Mat-Mat Bangla tu sendiri apabila sentiasa berusaha untuk menghancurkan negara sendiri.

Bayangkan Mat Bangla datang ke Malaysia untuk rezeki tetapi puak-puak bangsat ni gunakan kesempatan itu untuk membuat fitnah.Tak percaya tengok gambar kat bawah ni..


Gambar lama segerombolan pekerja asing warga Bangladesh tiba di KLIA menjadi sensasi topik Pengundi Hantu. 

Ada pihak yang mengakui gambar tersebut gambar lama dan sepatutnya jika ingin dijadikan bahan perlu ambil gambar terkini beberapa hari sebelum hari mengundi.

Bodohkan ?? Puak-puak ni sanggup lakukan apa saja asalkan matlamat untuk mendapatkan sokongan rakyat berjaya.

Tapi satu perkara yang MMI boleh katakan sebijak-bijak puak pembangkang tu rasanya mat-mat Bangla yang datang ke Malaysia cari rezeki ni lagi bijaklah sebab mereka datang cari rezeki dan lepas tu akan balik negara asal.

Puak-puak pembangkang pula buat fitnah , kalau di takdirkan negara huru-hara kacau bilau rakyat Malaysia nak balik mana ????? BODO sungguh !!!

Sementara itu Siasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati propaganda 40,000 rakyat Bangladesh mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lepas, merupakan pembohongan oleh beberapa kumpulan berkepentingan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, dakwaan sesetengah pihak menerusi media sosial bahawa rakyat Bangladesh telah datang ke Malaysia dalam tempoh seminggu untuk mengundi dalam PRU-13, adalah tidak masuk akal.

"SPR akan meneliti setiap dakwaan dan melakukan penyiasatan bertujuan membaiki kekurangan yang berlaku semasa PRU13. Pihak yang tidak berpuas hati perlu mengemukakan petisyen.

"Tanpa maklumat terperinci dan kukuh, dakwaan dibuat adalah tujuan politik semata-mata," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada persidangan Dewan Negara.

Mashitah ingin tahu sama ada SPR bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap parti politik atau individu yang membuat tuduhan palsu dan fitnah ke atas badan itu, sebelum dan selepas PRU-13.

Justeru, Shahidan berpendapat bahawa ia terpulang kepada SPR untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana parti politik atau individu. - BERNAMA

Baguslah harapan MMI ambil tindakan supaya kegiatan fitnah ini tidak lagi menjadi bahan makanan puak pembangkang seharian kerana lagi lama kita berdiam selagi itulah mereka akan asyik dengan hidangan fitnah mereka.

Nantikan entri seterusnya pendedahan tentang fitnah pengundi hantu oleh pembangkang pada PRU13 yang lalu.

MMI

Thursday, 18 July 2013

FITNAH ~ PAS Di Tempelak Warga Tok Saboh #PRKKuala Besut


Parti Pas sekali lagi menangung malu di PRK Kuala Besut apabila fitnah mereka memburuk-burukkan BN ditempelak sendiri oleh warga Kampung Lay Out, Tok Saboh. Kuala Besut.

Yang memalukan ialah kerajaan Pas negeri tahun 1999 - 2004 telah membahagi-bahagikan lot di kawasan itu kepada penyokong Pas tanpa geran daripada pejabat tanah !

Dan tapak pembinaan pangsapuri di Kampung Tok Saboh adalah milik kerajaan dan bukannya dirampas daripada penduduk miskin, kata Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said.


Ahmad menjelaskan, sebenarnya pada 1999 Kerajaan PAS Terengganu memberi tanah kepada masyarakat tanpa menyertakan dokumen pemberian tanah yang jelas menyalahi undang-undang berkaitan pentadbiran tanah.

Walau pun menyalahi undang-undang, beberapa notis dikeluarkan dan ganti rugi tetap dibayar oleh kerajaan BN negeri Terengganu kepada keluarga yang terlibat.

Begitu rakus sekali kerajaan Pas Terengganu tahun 1999 - 2004 di Terengganu ! Lihat pendedahan di dalam video di bawah :




















Sampai macam tu sekali PAS sanggup bertindak , kerana ketaksuban untuk berkuasa mereka sanggup meggadaikan prinsip perjuangan sendiri lihatlah bagaimana FITNAH kini menjadi sebahagian daripada gerak kerja kempen PAS di Kuala Besut.

MEMALUKAN !!!

sumber Dr MiM 

MMI

Wednesday, 17 July 2013

FITNAH Di Kuala Besut ~ Giliran Mat Sabun Pula PUKOI CANANG !!!


Walaupun mereka mendakwa bahawa asas perjuangan parti Pas adalah berlandaskan Islam, namun itu tidak menghalang pimpinan parti itu untuk terus berbohong bagi memperdayakan rakyat. Ini kerana, sebagai contoh bagi meraih simpati dan sokongan pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ini, mereka di lihat begitu terdesak sehingga sanggup mereka-cipta pelbagai isu yang dirasakan boleh menambahkan undi.

Antara isu yang dimainkan di sepanjang kempen PRK Kuala Besut ini, seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dilaporkan berkata, kononnya calon BArisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Abdul Rahman tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut.

Malah serangan peribadi terhadap Tengku Zaihan juga membabitkan dakwaan kononnya pemilihannya sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.

Seterusnya dakwaan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad yang berkata kononnya dia diminta oleh ‘kaum keluarga’ calon BN yang mahu bertemu dengannya. Kononnya mereka ini bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap calon PAS, Endot @ Azlan Yusof pada PRK DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Sekiranya ada dikalangan rakyat yang membuat keputusan untuk mendengar dari sebelah pihak sahaja, pasti semua kenyataan yang disampaikan itu akan ditelan bulat-bulat. Tambahan pula mereka yang bercakap itu, mengunakan parti Islam dan simbol ulama, ditambah dengan jubah, serban dan janggut, sebagai platform untuk menghalalkan cara. Maka secara logiknya pasti ada dikalangan penduduk kampung yang merasakan mana mungkin pimpinan yang mewakili parti Islam mampu atau sanggup untuk menipu apabila berkata-kata.Baca Seterusnya 

Terbaru pula giliran Timbalan Presiden PAS Mat Sabu pukoi canang nak raih simpati pengundi sampaikan buat cerita kononnya ada pemimpin UMNO yang menyebarkan SMS meminta pengundi di Kuala Besut untuk memilih calon PAS.

Tu dia punya hebat Mat Sabu ni tapi ampa semua kenal dah kan siapa Timbalan Presiden PAS ni kaki kencing !! Haaa ingat dak lagi insiden kononnya kena langgar dengan kenderaan polis masa BERSIH dulu tu hihihihi ....

Alalalala ciannye die....

"Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta pengundi di sini memilih calon PAS.

"Tujuannya adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan kiri-kira 300 orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat malam tadi.

MMI petik kenyataan di atas daripada haramkah salah satu saluran utama penyebar fitnah PAS. 

Aduhai agak-agaklah Mat Sabun oi , habis di kaitkannya janji dapat sebarkan dakyah .. 

Untuk makluman gerak kerja kempen calon Barisan Nasional berjalan seperti biasa dan sentiasa mendapat sambutan dari kalangan penduduk Kuala Besut jika di bandingkan dengan calon PAS.

Mudah cita , pengundi lebih senang dan percaya dengan kredibiliti serta keupayaan calon dan Barisan Nasional itu sendiri.

Apa pun tahniah MMI nak ucapkan kepada Mat Sabun kerana dakyah yang kamu sampaikan itu telah memberikan kredit kepada Barisan Nasional.

Mat Sabun mungkin lupa rakyat Terengganu masih ingat apa yang telah PAS lakukan satu ketika dulu sewaktu berkuasa di Terengganu.

MMI

Tuesday, 4 June 2013

KANTOI Harakah Buat FITNAH Ish Ish !!


Tu dia jangan lupa Hadi Awang tu Presiden PAS dan kalau di ikutkan dari gambar kat atas sana tu jelaslah PAS menjadikan Harakah sebagai media utama pilihanraya baru-baru ni.Hmm biasalah setiap parti politik yang bertanding akan mempunyai media tersendiri cumanya media PAS ni agak menarik sebab bukan setakat melaporkan berita siap buat FITNAH lagi hahahahahaha....Jom tengok apa dia yang kata fitnah tu...


Perghh tu dia BUKTI yang selama ni di cari-cari puak-puak bangla sedang beratur nak mengundi.Huh patutlah bukan main lagi hantam BN.Tapi nanti dulu bro..MMI nak bagitau bukan setakat buat FITNAH harakah ni tapi dah sampai tahap menghina orang.


Orang Asli dituduh sebagai orang Bangla !

Lihatlah betapa jijiknya propaganda lidah rasmi pembangkang itu yang didakwa menabur fitnah di dalam facebook dan mungkin akan dipercayai oleh pengguna internet yang kebanyakannya generasi muda.

Dan bayangkanlah, propaganda kotor ini telah digunapakai untuk sekian lama terutamanya dikalangan facebookers yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina.Baca Seterusnya 

Kesian dan sedih dengan juak-juak macai pembangkang ni..Bukan boleh tegur nanti mengamuk macam budak-budak..MMI serah kepada semua untuk nilai sendiri.

MMI.

Friday, 17 May 2013

HARAM JADAH Lagi Cina BANGSAT Buat FITNAH !!


MMI pun tak pasti apa lagi yang tak kena sampaikan puak dajjal ni perlu pula buat fitnah dan kali ini ianya melibatkan produk buatan orang Melayu.Ya memang ada tindakan dari orang Melayu yang sudah memboikot pembelian dan produk buatan orang Cina tetapi bukan dengan cara memfitnah.

Tindakan puak-puak dajjal ini mencerminkan betapa busuknya hati mereka apabila sanggup mengaut keuntungan daripada orang Melayu yang selama ini menjadi kumpulan pembeli terbesar tetapi dalam masa yang sama mahu memboikot produk buatan orang Melayu  dengan FITNAH !! 


Bodoh piang betul depa ni, roti bonanza ni dah lama tukar wajah sejak sebelum PRU13 lagi, bukannya sebab takut tak laku pun!

Inilah kebodohan puak-puak ni, macam katak di bawah tempurung tak ikut perkembangan semasa asyik mau adu domba sahaja.Baca selanjutnya di blog anak seberang 


Kalau bangsat tu boleh kata gardenia produk UMNO nah ampa semua jangan lagi beli roti massimo sebab tu produk DAP !!...

MMI.

Saturday, 11 May 2013

Anwar Malu Besar Macai Pembangkang Cuba Alih Isu Dengan FITNAH !!!


MMI masih ingat masa zaman budak-budak dulu kalau keluar main petang-petang mesti ada ketikanya kalah dalam apa-apa saja permainan tapi kerana sifat tak mau mengalah tu kadang-kadang membohong ja kerja dia.Hihi biasalah budak-budakkan masa tu mana ada ingat dunia apatah lagi bab-bab politik ni.

Ingat lagi dulu-dulu ada ikut arwah orang tua pegi bawah khemah yang ada banyak bendera fuiyooo tempat pertama yang dituju meja makanlah hihi mesti ada makan punya.

Seronokkan bila kenang balik zaman dulu-dulu tapi zaman tu semuanya dah berlalu.Kini zaman sudah berubah gerak kerja bukan saja di bilik gerakan dengan gantung bendera tapi setiap sudut perlu ada jentera kerana serangan politik cukup hebat malah kadang-kalanya serangan itu mampu menyebabkan kita kalah sebelum bertanding.

Tak cukup dengan itu Fitnah pula menjadi sebahagian daripada gerak jentera pembangkang.Mana taknya saban waktu ada saja fitnahnya sampaikan orang-orang kat luar sana boleh percaya.Ish ish dasyatnya penangan fitnah pembangkang ni.

Untuk makluman semua kalau perasan Anwar sudah pun berjanji untuk mengundurkan diri dari dunia politik sekiranya beliau gagal menjadi perdana menteri dalam PRU13 baru-baru ini.

Seluruh rakyat menantikan detik dan saat itu untuk melihat sendiri sejauh mana Anwar boleh mengotakan janjinya.Nah belum pun keputusan rasmi pilihanraya di umumkan oleh SPR , Anwar awal-awal lagi sudah membuat kenyataan kononnya keputusan kemenangan Barisan Nasional itu adalah satu penipuan terancang.

Malah beliau kemudiannya menggerakkan pula himpunan tanpa permit yang menyusahkan banyak pihak di Kuala Lumpur baru-baru ini dan seperti yang dijangka beliau menggunaan pentas tersebut untuk mengumumkan yang beliau tidak akan berundur dari politik kononnya barisan Pakatan Haprak sebenarnya telah menang.

Hahaha fakta dan keputusan mana yang Anwar pakai MMI sendiri pun tak tau tapi yang pasti Anwar tidak mengotakan janjinya untuk berundur dengan mencari pelbagai alasan.

Sudahlah Anwar rakyat makin muak dengan sikap dan perangai kamu yang saban masa membangkang kerajaan.

Amat malang kemudiannya pasukan pembangkang boleh pula memfitnah Ketua Polis Negara , Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar yang beliau meletakkan jawatan kerana desakan daripada parti politik.

Punya celaka puak-puak ni sampaikan Ketua Polis Negara pun ampa fitnah memang biadap.

Untuk makluman sebenarnya Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei 2013 dan majlis persaraan beliau akan diadakan pada 16 Mei 2013 ini.Jadi tidak timbul soal beliau meletakkan jawatan kerana desakan mana-mana pihak.Baca Selanjutnya 

Bagi MMI tindakan puak-puak macai pembangkang yang melakukan fitnah ini sebenarnya membuka pekung mereka sendiri dan ianya amat memalukan kerana Anwar Ibrahim yang sepatutnya didesak untuk meletakkan jawatan.

Apa yang boleh MMI katakan ini adalah tindakan terancang oleh pembangkang bagi mengalih isu pokok Anwar yang tidak mengotakan janjinya.

Malu lah weiii...Puiiii !

MMI.

Fitnah ~ Nong Chik Bakal SAMAN Nurul Izzah !!!


Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bercadang menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kerana menyebar fitnah terhadapnya dan keluarga dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Kita dalam kajian untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga sepanjang kempen PRU-13 berlangsung.

"Saya kalah kerana pembunuhan karaktor terhadap saya dan keluarga yang disebarkan termasuk melalui media sosial," kata beliau.

Raja Nong Chik berkata, tindakan undang-undang terhadap Nurul Izzah yang memenangi kerusi P.121 pada PRU-13 itu bagi mempertahankan maruah beliau dan keluarganya.

"Sepanjang kempen saya tidak menyentuh satu ayat pun mengenai peribadi Nurul Izzah dan ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Inilah cara berkempen yang kurang sihat menyebabkan rakyat melakukan pemilihan berdasarkan andaian yang tidak benar," kata Raja Nong Chik.

Dakwa Raja Nong Chik, antara fitnah yang disebarkan Nurul Izzah termasuk kononnya beliau terlibat dengan pemilikan tanah di Bukit Kiara.

"Tiap-tiap kali berkempen, Nurul Izzah dan bapanya turut menimbulkan isu anak saya mendapat projek, sedangkan ia berlaku sebelum saya menjadi menteri. Ini pembunuhan karaktor terhadap saya," jelasnya.

Raja Nong Chik berkata, beliau banyak menerima undi daripada penduduk yang tinggal di Lembah Pantai yang mengetahui rekod kerjanya.

"Lebih kurang 31,000 pengundi luar yang balik mengundi memilih pembangkang kerana mereka terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga," kata Raja Nong Chik.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai di sini hari ini, beliau juga menegaskan tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam kerajaan.

Walaupun kalah dalam PRU-13 lalu Raja Nong Chik berkata, beliau akan meneruskan khidmat kepada masyarakat melalui UMNO dan BN.- UTUSAN ONLINE

MMI.

Sunday, 5 May 2013

Pembangkang Semakin Terdesak FITNAH Jalan Terakhir !!!


Perkembangan mutakhir pembangkang semakin tertekan apabila rakyat mula beralih arah dan tidak lagi mempercayai pembangkang.Rata-rata rakyat yang bukan dari kalangan penggerak parti menyatakan tindakan pembangkang melakukan provokasi keterlaluan menyebabkan sebahagian besar daripada mereka memberikan sokongan kepada Barisan Nasional yang sudah memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Perkara paling memalukan di lakukan oleh juak-juak pembangkang adalah melakukan pembohongan dengan menyatakan Tun Mahathir meninggalkan negara dengan menaiki jet peribadi.

Apa pun tindakan berniat jahat lagi jijik itu kantoi apabila gambar Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang baru selesai mengundi dipaparkan dilaman-laman media sosial sejak tengahari tadi.


Steady Tun !! JasaMu tetap Ku Kenang...Anwar ang dah boleh standby untuk jadi pensyarah selepas ni !!

MMI.

Tuesday, 9 April 2013

Thursday, 14 February 2013

Bila Kalut Tak Ketahuan Jadi Lagu Ni Lahhh...


Rasanya dalam 2 3 ari ni mesti ada juak-juak pencacai Pakatan Haprak yang menangis tak berlagu.Merintih tentang untung nasib sendiri sebab dah buat onar dan celaka pada parti sendiri.Bila niat tak elok tambah pula dengan sikap suka cari salah orang maka segala yang di rabankan sebelum ini akhirnya buka aib sendiri.

MMI juga yakin berita semacam ini sudah pasti tidak akan keluar di media-media pro pembangkang malah kalau ada pun ianya sekadar memenuhkan ruang.Anjing-anjing cai Pakatan Haprak yang baru-baru ni bukan main lagi menyalak akhirnya terkedu sebab dah termakan najis sendiri.

Kenyataan berbentuk penafian oleh syarikat pengurusan Psy membuktikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan dan Barisan Nasional sebelum ini adalah satu FITNAH jahat yang sengaja dilakukan bagi  tujuan sabotaj politik.

Nah ampa baca ni ,,,
Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.
"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.
Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.
Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu. 
Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College. - Bernama
Bila kalut tak ketahuan jadi lagu ni lah !! Hari ini juak cai pembangkang makin senak dan tergapai-gapai kerana jelas sekali mereka sebenarnya sudah tiada isu lagi dan ada ketikanya menjadikan FITNAH sebagai mukadimah melariskan jualan berita mereka.

Sedar atau tidak juak cai pembangkang ini sedang membuka aib sendiri dan rakyat kini melihat dan sedang menilai maka sudah pasti MMI perlu berterima kasih kepada mereka kerana memudahkan kerja buat MMI menyedarkan rakyat betapa Pakatan Haprak perlu di tolak dalam PRU13 nanti.

Tapi ada lagi best selain dari diatas , parti yang kononnya perjuangkan Islam ni turut sama bersekongkol dengan puak yang sering saja melakukan fitnah.

Apa ampa mau ka parti dan pemimpin yang semacam tu memimpin negara ?

MMI.

Thursday, 10 January 2013

Nizar , Harakah MUNAFIK ?!!


Tuduhan oleh Nizar dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Harakah Daily berkenaan RM207 bilion wang pampasan oleh kerajaan Jepun untuk buruh paksa yang di lesapkan oleh kerajaan akhirnya memakan diri.Tindakan yang dilihat sebagai satu lagi usaha untuk memburukkan kerajaan oleh pihak pembangkang jelas mempunyai motif lain yang lebih bersifat fitnah dan cubaan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.
Dalam kenyataan Harakah Daily (jika belum ditarik keluar) bertarikh 22 Oktober 2012 dengan jelas menyatakan Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.
Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.
Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004. 
Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.
Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.Baca Seterusnya
Bertepuk soraklah para juak-juak Pakatan Haprak dengan berita ini kerana mereka kini sudah mendapat "target" baru untuk menghentam kerajaan malah sudah ada bunyi-bunyi dan cakap-cakap puak PAS yang sudah berkira-kira mahu segera memasang bendera PAS di Putrajaya.

Namun apa yang diimpikan ternyata hanyalah khayalan semata-mata kerana laporan daripada MalaysiaKini menyentap rasa girang mereka yang sudah pun menari ala-ala "gangnam style" apabila laporan bertarikh 8 Januari 2013 bertajuk "Kedutaan Jepun tak pernah sahkan pampasan RM207b" menjadi penamat kepada tarian yang sedang rancak ditarikan.
Kedutaan Jepun hari ini berkata pihaknya "tidak pernah mengesahkan" pemberian pampasan kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada warga Malaya yang menjadi buruh paksa membina 'Landasan Keretapi Maut'.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha kedua kedutaan Takaharu Suegami berkata pampasan wang RM207 bilion yang didakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu, adalah di luar penglibatan dan pengetahuan kerajaan Jepun. 
"Kami mengingatkan kamu, bahawa pihak kedutaan tidak pernah mengesahkan RM207 bilion telah dibayar kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada mangsa projek 'Landasan Keretapi Maut'," katanya.Baca Selanjutnya 
Rujuk juga laporan berita daripada freemalaysiatoday

Kesan daripada kenyataan diatas , tiba-tiba sesuatu yang agak menarik berlaku pada 9 Januari 2013 hanya sehari selepas MalaysiaKini mengeluarkan kenyataannya.Apa lagi kalau bukan kenyataan daripada Harakah Daily yang tiba-tiba cuba memusing kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka sendiri.


Lihatlah bagaimana Harakah cuba menyelamatkan diri sendiri dengan menuding jari pula kepada portal-portal lain yang dituduh menokok tambah kenyataan mereka.Kemudiannya menyatakan bahawa Harakah tidak pernah membuat berita mengesahkan penyerahan wang pampasan bernilai RM207 bilion sedangkan dalam kenyataan terawal kita dapat membaca dengan jelas kenyataan berbunyi Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946 dan juga tuduhan Nizar yang di catatkan sendiri oleh Harakah sebagai mempunyai bukti berdokumen.

Haha lawak,lawak..Dimana integriti Harakah selaku akhbar dan saluran media utama pembangkang dalam membuat laporan ?

Mana bukti dan dokumen yang ada pada Nizar yang kononnya pembela mangsa kekejaman perang dunia kedua ?

Dan dari mana nilai RM207 bilion itu diperolehi ?

Kalau selama ini sering saja puak-puak ini menuduh UMNO dan BN sebagai kaki fitnah , apakah semua yang dicatat diatas itu hanyalah lawak jenaka sempena tahun baru ?

Agak-agaklah nak memfitnah orang sekalipun malah MMI rasa sewajarnya Harakah dan Nizar persoalkan tentang TABUNG MEMALI yang diberitakan mencecah jumlah RM1 juta yang langsung tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya.

MMI bukan buat fitnah kerana maklumat ini berdasarkan kenyataan dan pengakuan daripada C.N Al-Afgani sendiri.Baca Sini  

Dalam konteks ini Nizar dan Harakah sebenarnya sudah pun KANTOI dan selayaknya digelar MUNAFIK kerana sanggup berbohong dan mereka-reka cerita semata-mata mahu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan.

Jelas puak Pakatan Haprak perlu ditolak !

MMI.

Thursday, 13 December 2012

MalaysiaKini KANTOIKAN Deepak Si Benggaliwood


Isu fitnah terhadap PM dan isterinya oleh si Deepak artis Benggaliwood kesayangan Anwar ni semakin terungkai apabila rakaman video penafian keterlibatan Deepak dengan Bala kini tersebar di lama media sosial.

Paling menarik sekali video rakaman tersebut di rakam dan di keluarkan sendiri oleh MalaysiaKini portal pro pembangkang.Anwar "confirm" belengaih pungkoq sekarang , macam mana MalaysiaKini boleh pula kantoikan si Anwar sendiri ?

Tapi sebelum kita menengok video tersebut adalah lebih baik ampa semua ambik tau sikit perjalanan kisah pelakon terhebat ni bukan apa MMI tak mau ampa semua jadi lagu puak-puak pencacai noo dapat gula sekati dah cerita bab gula segudang.

Anwar dilihat sekali lagi berusaha menyerang peribadi pemimpin negara termasuklah Datin Seri Rosmah Mansor sendiri.Kali ini nama Deepak benggali jual karpet digunakan sebagai senjata bagi mengajak rakyat supaya membenci kerajaan.

Kisahnya si Deepak ni memang mengenali Datin Seri Rosmah atas urusan pelanggan dan peniaga, yalah si Deepak jual karpet dan Datin Seri membeli karpet daripada dia. Khabarnya mereka dah berurusniaga karpet sejak zaman Dato Seri Najib belum jadi TPM apatah lagi PM.Sambung Di Sini 

Kemudiannya diikuti dengan satu pendedahan melibatkan video rakaman penafian oleh si Deepak ni yang menceritakan bagaimana Anwar merancang serangan tersebut.Baca Sini 

Dan kini seperti yang MMI nyatakan tadi rakaman mahupun bukti jelas membuktikan segalanya adalah konspirasi oleh Anwar dan gerombolannya bagi menjatuhkan imej Perdana Menteri dan isterinya dikeluarkan.

Jom kita tengok..

 

Perhatikan pada minit 0.33 - saya tidak pernah terlibat dengan Bala

Minit 1.18 - saya langsung tidak terlibat dengan Bala, itu fakta, itu realiti. 

Persoalannya sekarang bagaimana Deepak boleh menyatakan sebelum ini beliau pernah berjumpa dan malah berbincang dengan Bala ? MENIPU la kerja puak-puak ni beb..Nah ampa baca lagi cerita seterusnya Klik Sini dan Sini.

Untuk makluman ampa semua sebagai pejuang di alam maya ni MMI dengan semua otai-otai blogger lain yang pro BN akan sentiasa berusaha mematahkan setiap fitnah yang dilakukan oleh puak pembangkang dan akan menyampaikan maklumat demi maklumat kepada ampa semua dengan tujuan supaya rakyat faham bahawa puak-puak Pakatan Haprak ni memang celaka sebab sanggup buat apa saja asalkan rakyat termakan dengan hasutan serta fitnah mereka.

Kami tidak rela PUTRAJAYA menjadi milik Pakatan Haprak !!

MMI.

Labels