Followers

Monday 15 July 2013

HOHOHO Ada Yang Dah Kelam Kabut Di Kuala Besut !!!


Kita tentu tersenyum sinis dengan keputusan parti Pas yang tidak membenarkan Azlan Yusof, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut untuk 'membuat kenyataan secara spontan kepada media'.

Mulai hari ini, pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan !

Alasannya ialah 'untuk mengelak kenyataan calon Pas itu daripada dimanipulasi oleh pihak musuh dan disalah tafsir oleh media'.

Setahu MiM, zip mulut calon pilihanraya ini adalah yang pertama dilaporkan sejak negara kita merdeka. Malah, yang lebih memalukan ialah media yang melaporkan kenyataan kontroversi itu ialah Harakah Daily!

Mananya yang dikatakan 'dimanipulasi dan disalah tafsir' sedangkan lidah rasmi parti Pas juga melaporkan berita yang sama iaitu kenyataan Azlan bahawa 'beliau bercadang melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya semasa ketiadaannya dalam 'kawasan'.


Yang kelakarnya ialah kenyataan pengurus kempen Pas Kuala Besut :

"Beliau (calon Pas) orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya.
Pengurus kempen sendiri mengaku calon Pas 'mudah tersalah cakap' dan Harakah Daily melaporkan berita yang bercanggah dengan kenyataan pengurus kempen Pas itu.

Gambar Hiasan
Nampaknya, bukan calon Pas sahaja yang terbelit tetapi pengurus kempen PAS PRK Kuala Besut itu juga. Malah, tindakan menzip mulut calon Pas itu membuktikan ketidakmampuan dan kurangnya pengalaman calon tersebut jika dibandingkan dengan Tengku Zaihan, calon BN.sumber Dr MiM 

Yang pasti dah ada yang kelam kabut di Kuala Besut ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels