Berita yang dah lama rakyat Malaysia tunggu sebenarnya untuk melihat wakil pembangkang meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.Dan berdasarkan kenyataan terbaru daripada puak pembangkang ni , apakah ianya memungkinkan kesemua wakil pembangkang yang saban masa mengkritik tentang ketelusan pilihanraya baru-baru ini meletak jawatan mereka ?
Hahaha jom sama-sama kita ushar tengok apa sebenarnya yang berlaku...
Pakatan Pembangkang hari ini mengemukakan writ saman bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei lalu tidak sah kerana didakwa berlaku penipuan dalam penggunaan dakwat kekal.
Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, pihaknya menamakan tujuh individu di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk Pengerusi, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai defendan dalam saman tersebut.
"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang dapat kita buat adalah keputusan PRU itu akan diketepikan dan semua 222 kerusi Parlimen patut diisytiharkan tidak sah," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Pakatan pembangkang sebelum ini gagal membentuk Kerajaan Persekutuan seperti dicita-citakan apabila hanya mampu memenangi 89 kerusi yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP pada PRU lalu.
Enggan menerima hakikat kekalahan itu, pembangkang mengadakan demonstrasi jalanan dan ceramah bagi meraih simpati rakyat selain mempengaruhi orang ramai agar menolak keputusan pilihan raya yang telah diputuskan sendiri oleh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, pembangkang melalui kenyataan tuntutan saman yang difailkan itu turut menuntut mahkamah agar membatalkan keputusan PRU-13 dan satu pilihan raya umum dijalankan semula.utusan online
Menarik bukan ? Sebenarnya writ saman dan tuntutan yang di kemukakan itu langsung tidak relevan dan MMI yakin ianya akan di tolak sewaktu di mahkamah nanti.
Kerana apa ianya akan di tolak ? Jawapannya mudah kerana puak-puak ungka dalam barisan pembangkang masih lagi memegang jawatan Ahli Parlimen malah telah mengangkat sumpah taat setia untuk menjadi anggota Dewan Rakyat.
Mengangkat sumpah seterusnya menjadi anggota Dewan Rakyat bererti puak pembangkang mengesahkan keputusan pilihanraya ke13 adalah telus dan terbukti SPR sememangnya menjalankan kewajipan mereka dengan baik.
Alo brader sendiri angkat sumpah kemudian tuduh orang lain menipu Cisss memang puak YAHUDI lah ampa ni !!! Hanya mereka yang buta hati sahaja masih percaya dengan sandiwara paling bodoh yang di mainkan oleh pemimpin pembangkang ini.
Apa pun MMI "salute" sama Datuk Wan Ahmad apabila mengulas tentang isu writ saman dari pihak pembangkang tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak merasa tertekan dengan petisyen berhubung beberapa keputusan pilihan raya umum lepas, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini.
Beliau berkata, sekiranya diminta SPR akan mempamerkan bukti-bukti menjalankan kerja mengikut undang-undang dan peraturan.
"Kita tak tertekan (dengan petisyen) sebab yakin kita buat kerja mengikut undang-undang.
"Berbeza dengan segelintir pihak yang tidak baca semua undang-undang dan tahu nak menang (pilihan raya) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat post-mortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi negeri Pahang di sini.
Beliau berkata, sebarang keputusan yang dianggap bermasalah dalam PRU-13 perlu dibuktikan di mahkamah.
Katanya, Jabatan Peguam Negara telah meletakkan barisan peguam untuk mewakili (SPR) di mana-mana kawasan yang terlibat dalam petisyen PRU di seluruh negara.
"Peguam-peguam dari Jabatan Peguam Negara telah pun berjumpa dengan Pengarah-Pengarah SPR negeri dan Pegawai-Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang terlibat dengan permohonan petisyen," katanya.bernama
Steadylah Datuk , macam nilah baru betul .. keluar ja kenyataan terus balun balik , apa nak takut kita buat benda betul ye tak ??
Apa pun sama-samalah kita tunggu tengok puak-puak pembangkang ni cerdik ka tidak ?
Kita CABAR sikit , Kalau benar apa yang dinyatakan oleh puak pembangkang maka selewat-lewatnya besok pagi kesemua ahli parlimen pembangkang harus meletakkan jawatan sebagai bukti bahawa SPR dan pilihanraya ke13 tidak telus.
Jika sebaliknya ampa dok diam-diam lah rakyat Malaysia tak bodoh aihhhh...
MMI
Dah abis modal.....!Orang pah PRU kerja utk rakyat le.....dia orang ni tak dak kerja utuk dbuat utk rakyat kawasanya maka melalak ketajuk2 yg bukan2.Tak tau malu....!
ReplyDelete