Nampaknya ada setengah puak semakin galak untuk mempolitikkan isu pelajar bukan Islam yang makan dalam tandas sampaikan dah ke tahap nak kaitkan dengan isu perkauman.Inilah masalahnya apabila kita terlalu cepat melatah dan lagi apabila ada pihak setengahnya melihat kepada keuntungan politik semata-mata.
Seperti semua sedia maklum isu tersebut menjadi panas apabila beberapa keping gambar pelajar-pelajar berbangsa India makan di bilik persalinan atau tandas mula di sebarkan di media sosial.
MMI pun di antara mereka yang panas telinga kerana sebagai manusia normal kita sudah semestinya tidak dapat menerima keadaan sebegitu di perlakukan kepada anak-anak pelajar walaupun mereka berbeza bangsa dan agama dengan kita.
Baca juga di SINI
Namun apa yang cuba di lakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu di anggap SELESAI apabila gambar di atas mula di sebarkan di media sosial.Melihat kepada gambar di atas maka jelas sekali mereka-mereka itu merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam.
Maklumat daripada sumber menyatakan bilik yang sama juga digunakan oleh orang Islam untuk berbuka puasa.
Kepada semua pihak ingin MMI tegaskan jika di bandingkan tahap hina atau ketidakwajaran dalam kita menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai bilik makanan sementara maka sudah semestinya orang Islam lebih teruk di hina apabila berbuka puasa di situ.
Bukan tujuan nak memperlekehkan sesiapa atau menghina mana-mana kaum atau agama tetapi jika di bandingkan dengan isu pelajar-pelajar India dan orang Islam berbuka puasa di bilik yang sama , maka sudah tentu ianya satu penghinaan yang jauh lebih teruk di lakukan kepada orang Islam kerana ianya melibatkan rukun Islam.
Namun gambar diatas menyelesaikan segala-galanya maka terimalah kenyataan bahawa bilik persalinan tersebut tidak pernah di jadikan sebagai tandas dan ianya telah pun di ubahsuai untuk di jadikan bilik makan sementara.
Hanya mereka yang mempunyai niat untuk kepentingan politik sahaja akan terus-terusan menjadikan isu ini sebagai bahan untuk menghentam kerana selain dari itu ianya DI ANGGAP SELESAI !!
Dan kepada Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan , diharapkan agar beliau tidak cepat melenting membuat kenyataan :
"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
YB, orang Islam pun guna bilik persalinan itu !! sumber
MMI
HAI MASIH LAGI TIDAK MAHU MENGAKU KESILAPAN MEMBUAT KENYATAAN KE TIMB MENTERI PENDIDIKAN (MIC)..
ReplyDeleteSALAH KE MAKAN DI BILIK PERSALINAN.....SAMPAI NAK CARI PEGAWAI YANG MEMBUAT KEPUTUSAN (MAKAN DI BILIK PERSALINAN).... LAIN KALI BUATLAH HOMEWORK DULU JANGAN TERUS BUAT KENYATAAN MACAM NAK JADI HERO BENGONG.....BUAT MALU KEMENTERIAN JE....
Pada kita mungkin perkara ini sudah selesai tetapi hakikatnya jauh panggang dari api. Akhbar Batu Api tersohor di Malaysia iaitu Malaysiakini terus menuang petrol untuk menyemarakan api perkauman. Lihat sahaja video yang di Uploadkan ke youtube (bertarikh hari ini):
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=RUuN61OPn1o