Followers

Tuesday 23 July 2013

TERKINI PEMBETULAN Fakta FITNAH Pelajar Makan Dalam Tandas !


Kecoh sejak tengahari tadi apabila gambar ini mula tersebar.Cerita dia macam ni Sekolah Kebangsaan Seri Pristina Sungai Buloh di laporkan telah mengarahkan murid-murid bukan Islam yang majoriti berketurunan India makan di dalam bilik persalinan dalam bulan puasa.

Jadi mungkin kerana tak ada tempat yang bersesuaian maka bilik persalinan atau tandas di gunakan.

Berikut merupakan pembetulan fakta merujuk kepada isu di atas..

Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR. 

Berita itu kini tersebar secara meluas di media sosial.

Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.


"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.


Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.


"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya.

Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.

Bukankah molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini.

Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.sumber tunfaisal.blogspot.com


Dalam masa yang sama Timbalan Menteri Pelajaran, P Kamalanathan dalam kenyataan petang ini menyebut, beliau meminta sekolah berkenaan untuk memindahkan kawasan makan sementara itu. 

"Tindakan itu sedang dijalankan pada masa ini," katanya lagi di Facebook. 

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan ke tandas.

Katanya, jika kantin berkenaan ditutup untuk proses naik taraf, satu kawasan yang lebih sesuai perlu dikenal pasti untuk dijadikan ruang makan.

"Ini bukan tindakan yang betul. Sekolah sepatutnya melantik satu pengendali kantin sementara untuk menjalankan operasi semasa Ramadan," katanya lagi. 

Siasatan ke atas kes berkenaan kini sedang berjalan untuk mengenal pasti jika sekolah itu tidak harus dikenakan tindakan, katanya.Baca Selanjutnya 

MMI

1 comment:

  1. Kenapa mesti guna bilik persalinan? Guna la dewan serbaguna atau ikhtiar lain. Sama seperti kat rumah kita tdk akan mengarah anak2 kita makan kat bilik tidur, kita akan menyuruh mereka makan kat ruang makan atau pun ruang tamu. Comman sence la skit. Tepuk dada tanya selera..mahu seribu daya tdk mahu seribu dalih.

    ReplyDelete

Labels